Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, June 27, 2011

Kekalkan Keremajaan... Bantu lambat penuaan wajah...

PROSES PENUAAN boleh diperlahankan dan penyakit yang dihidapi golongan berusia boleh dielakkan dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk
  • Rambut menipis dan mula beruban.
  • Kulit menipis dan kurang anjal.
  • Muncul garis halus.
  • Tenaga semakin berkurangan.
  • Lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal.

Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.


Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan".
"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.

Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya.

Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.


Hanya sesudu teh sehari dan anda rasakan sendiri perbezaannya. Apalah nilai Vivix ini kalau nak dibandingkan dengan rawatan penyakit/special treatment beribu2 diluar sana.. Info lain tentang Vivix



credit to Kak N, Shaklee & Harian Metro

Thursday, June 23, 2011

Pengalaman Dilla dan GLA... Cyst tak jadi dibedah selepas 2 bln makan GLA... Alhamdulillah...

Siapa pernah dengar apa itu cyst??
Org perempuan mesti familiar dgn word cyst ni kan

"An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia"

Kali ni saya nak share pengalaman Dilla yg disahkan ada cyst after postnatal check up. Jom kita baca kisah Dilla... Dipetik dari blognya

Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....D ah besar 5cm katanya....

Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm... Inilah gambar scan saya...



Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03cm



Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pada 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut. Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...



Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?

1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex:GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

2) Memakai Pad Herba Avail.

3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:" Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah...



Alhamdulillah, Fai pn turut bersyukur Dilla terselamat daripada dibedah...




Anda nak cuba GLA ni? GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

Nak mencuba GLA Complex? Dapatkan daripada Fai pada harga RM 73 (60biji) atau e-mail saya di nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan tawaran hebat daripada Fai!!



credit

Tuesday, June 21, 2011

Bagaimana nak sukat pengambilan air sehari??

Semua orang tahu bahawa air penting untuk kesihatan, dan secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Namun, berapa ramaikah individu yang benar-benar mengamalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari?

Secara peribadi, Fai rasa agak sukar untuk menyukat air masak sebanyak 8 gelas sehari. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh masukkan sekali kiraan secawan teh atau kopi dalam kiraan 8 gelas air sehari. Tapi, bagi Fai 8 gelas air sehari hanyalah untk air masak sahaja (plain water).


Adakah 2 Liter Air Sehari Mencukupi Buat Anda?

Ada pendapat mengatakan bahawa lelaki perlu minum sebanyak 3 Liter (13 gelas) air, manakala 2.2 Liter (9 gelas) air bagi wanita. Jumlah ini perlu ditambah sekiranya kita melakukan aktiviti berat yang banyak menghasilkan peluh, dan bagi individu yang tinggal di negara yang beriklim panas, macam kita di Malaysia ini.

Namun, bukan setakat kurang minum air akan memudaratkan badan (dehidrasi dan lain-lain), terlebih minum air (over-hydrated) juga tidak elok untuk sistem dalaman kita. Jadi, bagi anda yang ingin mengetahui secara tepat berapakah jumlah air yang patut kita minum seharian, Fai ada jawapannya.

Formulanya ialah:
2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu di minum, dalam unit Ounce (oz)

Di Malaysia, kita biasa guna unit kilogram (kg) dan Liter (L). Maka,Fai buatkan contoh seperti di bawah. Andaikan berat anda ialah 43kg.

(1) Tukarkan unit kg kepada pounds (klik di sini) ->
43kg = 94.80 lb


(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2 per 3 ->
94.80 x 2/3 =63.20 oz


(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter (klik di sini) ->
80.83 oz = 1.87 L


Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 43kg mcm Fai, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 L air sehari, ya!


Bagaimana Nak Sukat Cukup 2 L air sehari/tak?

Mengikut kajian terhadap diri sendiri, faktor utama yang menyebabkan Fai MALAS untuk minum air kosong sebanyak 2 liter terutama di ofis ialah "malas" untuk berulang-alik ke tandas.

Sejak makan vitamin ni, Fai nekad untuk menggunakan botol bersukat sebagai penanda. Fai sediakan sebotol air 1.5 L di ofis. Fai akan pastikan air tersebut diminum setengah botol air sebelum rehat tengah hari. Manakala, setengah botol lagi dihabiskan sebelum pulang ke rumah di waktu petang.

Malam pula Fai akan pastikan minum air 1 botol kecik 100+ (500ml)... So, total ckup la 2L air sehari... Hehe...

Nampak skema kn? Namun, jika untuk kesihatan, apa salahnya...

Apabila "tangki" sudah penuh, maka tiada alasan lagi untuk tidak mahu ke tandas *-^


Bagaimana Nak Tahu Bahawa Pengambilan Air Sudah Mencukupi?
(1) Jarang merasa dahaga.
(2) Hasilkan 1.5 liter (6.3 gelas) atau lebih urin sehari.
(3) Warna urin ialah jernih, hampir tiada warna (colourless).

Awas jika warna urin anda ialah keruh dan kuning pekat!!!


Ini cara Fai. Anda pula bagaimana?


credit to GenkiMomma

Saturday, June 18, 2011

Anda perlu tahu apa yang anda makan... Ia AMAT PENTING!!!

N3 ringkas jer sbb byk hal yg nk disettlekn. Hehehe... Harap dapat membantu anda di luar sana. Niat Fai hanya ingin berkongsi because sharing is caring *-^

Pemilihan suatu makanan tambahan (vitamin) adalah sangat berbeza dari pemilihan membeli kereta. Kita boleh tahu bila kereta itu tidak berfungsi dengan baik. Jika rosak ia boleh dibaiki atau diganti. Kesilapan membeli makanan tambahan menyebabkan kesan jangka panjang. Tiada penyakit yang terjadi semalaman. Ketahui apa yang anda masukan ke dalam mulut anda kerana kesihatan anda beberapa tahun lagi adalah akibat dari apa yang anda makan sekarang.

Tuesday, June 14, 2011

LATEST PROMOSI + TIPS EKSLUSIF... Untuk anda yg impikan kulit wajah bersih, berseri dan awet muda…

PROMOSI ISTIMEWA JULY UTK MEREKA YANG MAHU KELIHATAN CANTIK, BERSERI DAN AWET MUDA. 



Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA (Asia Linolenik Gama) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan. GLA ini sesuai untuk lelaki dan wanita.

Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.

Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. Vitamin E ini dapat membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Tawaran ini sangat terhad!

Jika anda berminat, sila dapatkan konsultasi dari Fai cara pengambilan yang betul dan Fai akan berikan Tips Terkini untuk keberkesanan pengambilan vitamin terutama buat anda yang impikan kulit wajah yang bersih, berseri dan awet muda…



Lain2 kisah & testimoni untuk kulit cantik… Klik HERE


credit

Tuesday, June 7, 2011

"The perfect breakfast on the go!"... Kepentingan sarapan?? Sarapan membantu anda kekal langsing??

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian.

Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Bagi mereka yang selalu meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi / tidak sempat untuk bersarapan kerana perlu bergegas ke tempat kerja… Shaklee Tripple Gem adalah penyelesaian untuk anda. Anda hanya perlu membancuh satu sudu besar ESP dan satu sudu besar Performance drink serta 1/4 cawan Meal Shake dibancuh sekali bersama 250-300ml air masak biasa atau jus oren… Hanya segelas minuman ini ianya sudah memadai untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari… Mudah, ringkas, cepat dan amat berkhasiat… Jom kita tengok apa fungsi ketiga2 minuman ini…


Meal Shakes

Makanan Segera, Tanpa Curiga
Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kita semua tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Meal Shakes adalah pilihan protein soya terbaik anda.


Energizing Soy Protein (ESP)

Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.


Performance Drink

Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

Performance drink digalakkan disimpan di dalam fridge supaya ia tidak mudah keras.

Friday, June 3, 2011

Shaklee GBS... Ianya EKSLUSIF hanya untuk customer kami...

Anda tahu apa beza membeli produk suplemen di luar dgn membeli dari kami??

Alhamdulillah kami kini sudah makin maju setapak dengan menyediakan laman sosial(SHAKLEE GBS)di Facebook untuk kami berinteraksi dengan semua customer kami. Sebarang kemusykilan boleh ditanyakan di laman sosial ini... Namun sebarang konsultasi lebih kepada customer dan pengedar sahaja. Kami juga turut berkongsi segala petua dan cara hidup sihat selain topik penyusuan...

Sekiranya anda adalah customer Fai dan belum dijemput ke laman sosial ini, sila emailkan kepada Fai (nnurfairuz@gmail.com) ID FB anda supaya mudah bagi Fai untuk "mengADD" nama anda dalam group tertutup ini. Ianya adalah TERTUTUP dan Fai perlu menjemput anda untuk menyertainya.

Sebagai customer, anda sangat berharga bagi Fai...
Semestinya laman tertutup ini EKSLUSIF hanya utk anda...

Ni komen salah seorang customer group kami setelah berada didalam Laman EKSLUSIF itu...

Thursday, June 2, 2011

Herb-Lax Shaklee...Bukan ubat julap...

Harini nak cerita pasal detoks... Sebab apa? Sebab ...5 JUTA org MALAYSIA MENGALAMI MASALAH PENGHADAMAN SEPERTI KESAKITAN BAHAGIAN PERUT, KEMBUNG, SEMBELIT...puncanya?? USUS yang kotor...

Antara supplemen natural yang disyorkan untuk mereka yang menghadapai masalah penghadaman/nak detox ataupun sebagai penawar perut meragam ni lah dia... Herb-Lax Shaklee...ni bukan ubat julap ye....

Originally formulated by Dr. Forrest C. Shaklee, Herb-Lax® encourages a mild cleansing action to aid the body's natural processes. Herb-Lax® contains senna leaf, a traditional herb used for more than 3,500 years as a natural laxative. FUNCTIONS->> Encourages a mild cleansing action to aid body's natural processes, particularly during occasional bouts of irregularity



Herb-lax is the most effective, gentle colon detox and cleanser on the market today. It contains 9 herbs and is recommended to take before going on your supplement program. So, herb-lax first... Which helps to pull the toxins and poisons out of your system. If you want to use as a laxative, use at night, and if your are looking for a body purifier... Take with your meal.

The body has two main functions: Assimilation and Elimination.

In order to assimilate properly the body should eliminate properly. If you take your automobile and put the finest gas and oil in it, then plug up the exhaust... See how far you will go?? Just how much benefit will you be able to receive from the finest products going into the car, if your auto cannot properly eliminate toxins and poisons which flow out from an inefficient exhaust?

The human body works somewhat on the same principle. The colon for solids, kidneys for liquid, lungs for carbon dioxide, liver for detoxification, skin for perspiration. Many people who had not perspired for years reported perspiring after using Shaklee herbs and supplements. Herb -lax is not a laxative. It does not in any way force elimination as a laxative does. When you are not ready... Herb-lax works as a laxative only if you need one. It is considered a normalizer. Only one of the herbs works in the colon. Herb-lax is not harmful in any way and is not habit forming. According to the FDA ruling, anything that works in the colon must be labeled as a laxative and carry a warning, and Herb-lax does not drain the body of nutrients.

Every person's needs are different, so its usage depends on the individual. Debris does build in the colon and toxins continue building up in the system from the foods we eat even if problems do not exist in the colon at the present time. Did you know that the standard American diet takes three full days to pass from the dinner table to bowel movement, and in countries whose food passage time is 24 hours or less the following diseases are extremely rare: cancer of colon and rectum, coronary heart disease, appendicitis, hemorrhoids, diverticulosis, and varicose veins.

In summary, remember that your colon knows only to do one thing and that is to absorb. It does not know the difference between good nutrients and toxins , so it will keep reabsorbing good and bad. To avoid body pollution, keep your colon clean and healthy. Remember all disease starts in the colon. So lets keep things moving, and in the end..... everything will come out fine!

Hmm... apa lagi. Jomlah beli Herb Lax Shaklee, 120 tablets for RM42 (harga ahli,15% diskaun)... Tak kenal maka tak cinta... Sharing is caring

CREDIT

Wednesday, June 1, 2011

Vitamin Sintetik?? Silica Gel?? Pastikan vitamin pilihan anda jenis yang terbaik...

Cuma nak share disini salah satu keunikan Shaklee... Jenama ni tak mengandungi silika gel. SILICA GEL?? Alaaaa, yg bungkusan kecik biasa ada dlm kotak kasut,kotak beg tu.Fai tak sempat nak ulas panjang pasal topik ni sebab sedikit terkejar2 harini...Hehe...

Sintetik...natural...silica gel...Jom baca apa yang Mommy Lyna dah tulis tentang topik ni.
(Fai copy N3 ni dri blog MamaFaiz)

Seorang rakan bertanya, "Kenapa Shaklee? Kan ada banyak jenis vitamin di farmasi? Pilih sajalah kat situ lebih senang". Ya, pil vitamin memang mudah didapati, di store2 farmasi malah supermarket juga ada menjual vitamin.

Masalahnya, bagus ke? Vitamin ni tak sama macam buah. Buah, di mana2 pun sama, kecuali mungkin dari segi rasanya. Buah strawberi di negara kita mungkin lebih masam dari strawberi di England, tapi kedua2nya masih buah yang sama dihasilkan dari pokok strawberi.

Tapi vitamin2 ni dihasilkan di kilang2 berbeza, dengan bahan2 berbeza.
Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'seakan vitamin'. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya.

Jadi kita mesti berhati2 dalam memilih vitamin, bukan main pukul rata saja.
Apa keistimewaan Shaklee? Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan bijian silika di dalam peket Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika untuk menyerap lembapan.

Kenapakah? Kerana bila vitamin sintetik ini akan bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.

Buktinya, cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal (kecuali B-complex akan berbau sedikit tengik jika dibiarkan dalam suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar hitam! Anda boleh cuba kalau tak percaya.

Anda juga boleh mengambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapat lihat sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu.


Macam mana bentuk silika gel sebenarnya?
Ini antara bentuk silika gel boleh ditemui dlm beg tangan baru, kasut baru dan vitamin sintetik.





Mengapa group kami boleh membuat trial pack untuk 30 hari makan? Bukan 14 hari? (thanks to kak N,pengasas trial pack). Ini kerana dalam Shaklee sendiri tiada kehadiran silika gel. Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Ini kerana apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.

Jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik... Why not get a better one? Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita... Maaf Fai tak dapat nak hurai panjang. Sedikit busy hari ni...

credit to Kak Cery & Mommy Lyna
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015