Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Sunday, July 31, 2011

Jadual makan vitamin ketika berpuasa...



Alhamdulillah kita semua dipanjangkan umur... dan dapat berjumpa Ramadhan pada kali ini... Jom tengok jadual makan vitamin ketika berpuasa bagi ibu2 menyusu dan bagi anda yang tak menyusu jugak... Hehehe...

Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu:
Sebelum/Semasa berpuasa:

§ Amalkan pemakanan seimbang.

§ Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.

§ Ambil supplemen –soyprotin,mealshake,performance drink,tablet2 vitamin

§ Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.

§ Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.

§ Ceria2 selalu.

§ Jaga fizikal-banyakkan rehat,tidur cukup,etc….jauhi stress

§ Psikologi-fikir positif insyaAllah susu cukup utk si kecil..banyakkan doa & istigfar


Ni testimoni yang mengamalkan performance drink :

Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang.. ~Mommy Lyna


Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga. ~genki Momma


testimony saya? – saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun. ~kak cery




Dan Khas buat semua ibu2 yang sedang menyusukan anak...Oppss, bukan ibu2 menyusu jer, yang tak menyusu pun boleh follow jadual ni...

Jadual pemakanan tambahan Shaklee di bulan Ramadhan/ berpuasa.

Waktu Sahur:

(1) Makan nasi atau apa jua juadah. Digalakkan makan sup dan makanan yg tinggi protin.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik). (kalau tak makan soy protin..ganti dgn MealShake)
(4) Makan 3 biji Alfalfa



Waktu Berbuka:

(1) Berbuka dengan juadah berbuka...with kurma...amat digalakkan

(2) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.



Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B complex dan Vitamin C…dan osteomatrix


Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan.Selain daripada pengambilan vitamin, amalkan mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Mesti ramai nak tahu apa itu performance drink kan? Baca disini. Minuman ni bukan je utk ibu mengandung atau menyusu...TETAPI SESUAI UNTUK SEMUA... (ala2 jus tang perisa oren..... i like...)



credit to my mama...MamaFaiz.. hikhikhik ;))


Sekiranya vitamin yang anda ambil tiada dalam senarai di atas, sila emel pada Fai di nnurfairuz@gmail.com untuk mendapatkan jadual makan vitamin anda...

Salam Ramadhan...

Insyaallah kita semua akan berpuasa pada 1 Ogos 2011... Puasa kali ni lain sikit sbb first time puasa sebagai isteri. Hihihi... Tapi puasa kali ni agak sedih, sebab kami hanya sambut berdua jer. Abah (Fil) Fai masih ditahan di hospital dan mama (Mil) yg jaga beliau... Kemungkinan besar mulut abah akan dioperate, tapi doktor masih belum bagi kata putus lagi...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar...

Rumah kami dah 2 minggu sunyi dengan keriuhan mereka berdua. Pagi2 dah tak dengar lagi mereka berdua bertelagah, tak dengar lagi mama bising kejut bangun pagi...dah tak dengar lagi abah mengalunkan azan subuh... Bila diingat balik sayu jer rasa hati...

Tapi Fai yakin Allah maha mengetahui... Setiap apa yang terjadi ni pasti ada hikmah disebaliknya...

Kawan2 doakan semoga abah cepat sembuh dan boleh balik berpuasa bersama kami... ;))


Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti.

Salam Ramadhan untuk anda semua dari Fai & Hubby (Ayie)...

Monday, July 25, 2011

Adakah anda mengalami simptom-simptom berikut??

Hari ni Fai nak share lagi tentang ESP~~~ pastinya HOT STUFF...
Sebelum tu nak tanya soalan ni...

Adakah anda mengalami simptom2 berikut :

1. Kulit wajah yang kusam?
2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4. Rambut sering gugur?
5. Lemah dan tidak bertenaga?


Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?


Risiko Kekurangan Protein (umumnya):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

~~~Jadi apa kata... Cubalah ini harini... Evergizing Soy Protein (ESP)~~~




Fakta ringkas:

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.

Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.

Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.


Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY. Apakah maksudnya?:

Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

credit to MamaFaiz


Friday, July 22, 2011

Usaha dengan doa... Masanya akan tiba... Dengan restu Illahi... Kelak pasti akan ditemui...

Salam Jumaat buat semua... Pagi tdi Fai join hubby layan lagu... Bila dgr jer lagu ni terus "jatuh cinta" dgn liriknya...

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Hehehe... Jom kte layan.......


video

OWh ho..
Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Thursday, July 21, 2011

Anak anda kurang selera makan? Selalu demam? Tak suka supplemen dalam bentuk tablet? Jom cuba Mealshake...

Maaf banyak2...Fai tak sempat nak mengarang sbb minggu ni masa padat sikit... Hehe... Anak anak kurang selera makan? Kerap demam? @ anda tidak suka telan vitamin... MEALSHAKE sesuai untuk mereka... Jom layan N3 yg Fai ambil dari MamaFaiz.com...


.....................................................................

Ni antara email yang baru2 ni dihantar ke saya... antara soalan Puan Ieda..

Salam kak..Saya ade terbaca blog akk mengenai produk shaklee......anak saya tidak berminat untuk makan. Hanya 1 2 suap sahaja dia akan makan selebihnye dia akan bermain2. Pelbagai vitamin dan resipi saya buat untuk membuatkan anak saya selera makan. Tapi dia lebih suka makan yang ringan2 seperti biskut, roti.. Adakah produk ini MEALSHAKE berkesan untuk membantu selera makan anak saya.
___________________________________________________

Jawapan MamaFaiz: Biasanya saya akan syorkan MealShake... tapi anda kene tahu.. apa itu mealshake.. apa kebaikannya.. dan apa kata mereka yang dah mencubanya..
___________________________________________________

Apa itu MealShake?

Shaklee Mealshake merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda...



Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..

  • a wholesome instant breakfast
  • a delicious,inexpensive meal in hurry
  • a nutrition packed meal supplement
  • a detectable snack any time
  • an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholestrol and sodium

Siapa yang perlukan MealShake?

Ianya sesuai utk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn, sering sembelit atau yang pun kanak2 obese. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung, menyusu, pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik dan kekal sihat)


Khas buat mereka tak suka makan supplemen berbentuk tablet kerana Mealshake ni serbuk, hanya bancuh sesudu mealshake ni dgn apa2 air (kecuali kopi,teh,nescafe dan air panas) dan minum. 


Disebabkan blog ni pun masih "setahun jagung" lagi... Jadi, jom kita baca apa kata customer2 MamaFaiz yg dah try MealShake??

Salam kak ira,
Ingat tak cerita sy pasal Akif yang sembelit? Lepas diintroduce meal shake, sy sgt2 nk try tuk Akif. since dalam tu ade fiber, jd boleh tlg melawaskan perut budak kecik ni. jd sy pon try,alhamdulillah, smggu lepas cuba, dh nmpak beza dia. tiap2 hr buang air besar n bowel movement pon smooth je, perut dh x buncit (hehe,kl buncit pon sbb minum air byk). N 7oz tu mcm xckup je, sbb die suka dgn rasa vanilla mealshake tu. Sy pulak, dulu nk minum susu punye lah susah. bila tmbah meal shake, segelas tu senafas je boleh minum (hehe..exegerate). sedaap! thanks, nnti nk beli, buat bekal puasa

Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau


...doktor beri ia antibiotik untuk anas makan selama 1 bulan..ngam 2 minggu cda tengok anas semakin kurus n tidak selera makan n minum.(kurus sampai neneknye di kampung terkejut bila melihat gambar anas yang cda MMs padanya)....kulit anas menjadi kasar...dan anas jadi sensitif...mudah menangis..tak bertenaga..dan dalam tempoh yang sama cda berhenti memberinye antibiotik dan menukarkannye dengan Meal shake..
2 hari selepas tu cda nampak perubahannye....anas dah mula ke dapur menunjuk apa saja makanan didapur..selera makannya bertambah!!! syukur.........dan dari tu juga anas semakin aktif.....tidak mudah meragam...dan sekarang selepas 1 bulan....badanya dah mula berisi...kulitnya semakin halus dan sekata.


Alhamdulillah. dengan milk shake+ susu, Vita lea for Children selama 1 minggu di samping kapsul minyak ikan Omega Shaklee guard... (sedap dikunyah begitu sahaja)......nakkan anak anda bijak?..pastikan diet hariannye tinggi kandungan DHA..untuk perkembangan otaknya. Sekarang Aiman akan mkn nasi 3 kali seharidan selalutgh malam dia tak boleh tidur sb lapar katanya.



Pn Ayu (Customer Lia) -masalah anaknye tak selera mkn 
AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake,Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat..
___________

Jadi utk menjawab soalan Pn Ieda sama ada produk ini berkesan atau tidak.. Hanya anda yg boleh jawab. Fai dah berikan fakta2 dan pengalaman ibu2... Pilihan di tangan anda... Ingat ye.. kesihatan bermula dgn nutrisi yang baik. Fai dah pilih yg terbaik itu. Anda bagaimana?


Untuk dapatkan harga istimewa utk produk-produk di atas atau inginkan pek trial jika ada kekangan budget, sila sms atau email kepada saya di nnurfairuz@gmail.com or 019-7428120

Tuesday, July 19, 2011

Apa yang boleh membantu jika terlambat bangun sahur?

Bulan Ramadhan bakal tiba, pasti ramai yang tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa. Suasana Ramadhan dirindui setiap tahun. Puasa itu sendiri melatih jiwa menjadi sabar, membantu membersihkan perut serta melatih kita bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH beri kepada kita.

Sudah pasti kehadiran Ramadhan ini , persediaan awalnya kita menyediakan kurma di rumah untuk berbuka dan bersahur. Apakah kebaikan kurma?

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.


Selain kurma, ramadhan pada tahun ini Fai akan memastikan sentiasa ada stok ESP (Soy Protein) dan Performance Drink di rumah. Insyaallah Fai akan membancuh segelas ESP dan PD untuk berbuka dan sahur...

Apa sebenarnya rasa ESP dan Performance bila dicampurkan?
Rasa seperti air lasi (ala-ala vitagen)

Boleh juga diamalkan bersama kurma diblend dan dicampurkan sekali dan ia menjadi rasa yang sangat lemak.

Betul ker kenyang dan bertenaga? Alhamdulillah, sejak mengamalkan supplemen Shaklee ni, Fai hanya minum segelas ESP yg dicampur dgn Performance Drink ketika sahur. Fai memang "tak berapa" rajin nk bangun sahur kalo puasa ganti ni. Sebab xde selera nak makan sahur sorang2. Hehehe... Alhamdulillah, memang rasa perbezaan yang ketara. Fai boleh bertahan sepanjang hari sehingga waktu berbuka tabpa rasa letih2 badan ;)

credit


Monday, July 18, 2011

Kenapa anda perlu mengambil supplemen?

Fai yakin masih ramai dikalangan anda masih ragu2 atau tertanya2... Penting ke supplemen ni?? Perlu ke?? Fai tertarik dgn artikel yang ditulis Kak Iffa mengenai kepentingan supplemen. Jom baca... Dipetik dan diolah dari entri di link sayamahusihat.com... Credit also to here...

_________________________________________________




1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar

Dalam sehari, bolehkan anda beritahu Iffa berapa kali anda tidak terdedah kepada pencemaran? TIADA?? Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

SATU lagi fakta penting yang anda perlu tahu: PENCEMARAN adalah satu faktor yang menyumbang kepada pertambahan RADIKAL BEBAS kedalam tubuh kita! Jadi tidak hairan ramai rakyat Malaysia kini mendapat penyakit yang misteri dan chronic.


2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.


3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar

Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan. Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.


4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat

Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!

Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.

Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.


5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa

Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!

Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.


6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan

Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.


7 - Kehilangan nutrien dalam makanan

Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?
_________________________

Itu dia 7 sebab yang perlu anda renung2kan... Insyaallah, Fai yakin pilihan Fai adalah yang terbaik iaitu Supplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana?

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website

Friday, July 15, 2011

Nisfu Syaaban...Hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru

Artikel ini adalah untuk peringatan kepada diri saya juga. Hari Ahad ni 15 Syaaban... Semoga kita semua memperolehi rahmat, keampunan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat...Ameeenn...


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Suatu hadis yang dirawikan oleh Atha bin Yassar, "pada malam Nifsu Syaaban, dihapuskan oleh malaikat maut, setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain,Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah dimana namanya telah dihapuskan sebagai orang yang mati.Tetapi malaikat maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahakan, maka kemudian mencabutnya..."

Imam Ahmad merawikan bahawa Rasullullah merawikan :

Pada malam Nifsu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengumpul seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang musyirik dan orang yang memeberati dengan dosa.

Rasulullah S.A.W menyatakan:

Malaikat jibril mendatangiku pada malam nifsu syaaban 15 Syaaban seraya berkata 'Hai Muhammmad, malam ini pintu pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah angkat kepalamu dan tadahlah dua tanganmu ke langit!

Aku pun berkata,"Hai jibril, malam ini malam apa?''

Jibril menjawab, "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu,kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar (arak), terus menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan sillaturahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan segala kejahatan itu..."

Rasullullah pun keluar, lantas megerjakan solat dan menangis dalam sujudnya, seraya bermohon, 'Oh Tuhan. saya berlindung kepada-Mu dari azab seksa-Mu dan dari kemurkaaan-Mu, tiada ku batasi pujian kepada-Mu sebagaimana engkau telah memuji diri-Mu. Maka bagiMulah segala puji pujian itu hingga Engkau redha...'

Rasullullah bersabda:

"Barang sesiapa memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah, beramal taat kepadaNya dan menahan dirinya dari perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah ia pada tahun itu dari berbagai cubaan dan penyakit.."



credit

Wednesday, July 13, 2011

Apa dan bagaimana untuk melengkapkan diet anda sepanjang berpuasa...

Tak lama lagi dah masuk Ramadhan.. dan sekarang sume tgh giat nak ganti puasa.. especially yang ibu menyusu lagi risau. takut efek pengeluaran susu... Anda ibu menyusu atau ibu hamil,atau hanya orang biasa... Anda perlu baca artikel ini... Artikel ni menjawab soalan umum : "Apa dan bagaimana untuk melengkapkan diet anda sepanjang puasa"

credit to MamaFaiz & Cik Pau


Anda harus mendapatkan cukup protein, vitamin dan mineral dan lebih disyorkan untuk anda ketahui bahawa vitamin tertentu seperti vitamin C dan B diketahui mudah termusnah abkibat stress, pencemaran atau kerana pengambilan pil perancang. Cara paling pasti untuk memastikan nutrisi yang diperlukan anda sehari-hari adalah cukup ialah dengan memilih suplemen berkualiti tinggi yang memenuhi atau melebihi keperluan RDA. Setiap kali anda memilih suplemen, pastikan anda menyemak label untuk RDA AS. Nilai minimum 100% dari AKG AS atau lebih untuk vitamin dan gabungan kalsium, magnesium dan fosforus harus sekitar 60/50/45% kerana jika lebih, maka tidak akan larut dan diserap ke dalam tubuh anda. mineral yang lain mesti mengandungi 100% dari AKG AS.



1. Protein dalam bentuk protein soya, yang mengandungi semua sembilan asid amino perlu dan rendah kolesterol lemak

2. Multivitamin yang mengandungi semua 12 vitamin dan 7 mineral penting hanya untuk memastikan bahawa anda mendapat semua vitamin dan mineral yang anda perlukan sehari-hari



3. Vitamin C 500mg mengandungi 120 mg dari bioflavanoids untuk penyerapan yang baik. Hal ini untuk membantu anda tetap sihat sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya;

4. B Kompleks yang bekerja paling baik ketika digabungkan dengan semua 8 ahli keluarga vitamin B iaitu asid folik, biotin, tiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Panthothenic dikenali untuk pertumbuhan, otak saraf, dan fungsi pembiakan dan mengawal hampir semua aktiviti sel dalam tubuh anda;



5. Serat/fiber diperlukan selama bulan Ramadhan sejak kita cenderung minum banyak minuman manis dan makan lebih banyak karbohidrat dan sedikit sayuran dan buah-buahan dan kuantiti kecil air putih, kita mungkin mengalami sembelit dan keadaan ini boleh dibantu oleh kehadiran serat/fiber. Hal ini juga memberi kita rasa kenyang lebih lama dan dapat mengurangkan rasa lapar terutama bagi ibu menyusu yang memikul tugas berat. Juga jika diambil ketika berbuka puasa akan membantu mengelakkan kecenderungan untuk makan berlebihan.



6. Minum tenaga dengan elektrolit/performance drink membantu mencegah dehidrasi dan memberikan tenaga sepanjang hari. Jangan memilih minuman tenaga berkarbonat dengan kadar gula yang tinggi kerana tidak baik untuk kesihatan anda.





Monday, July 11, 2011

ESP... Best Seller dikalangan wanita dan ibu2 menyusu... Kenapa??

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?



1. Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

2. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian

3. Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

4. Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia)bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.

5. Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

_____________________________________________

Siapa yang perlukan ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa: As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki: Protect from any disease (heart,cancer,etc)

Ibu mengandung: For a healthier pregnancy-well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil

Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

Wanita: Keanjalan kulit.. Untuk awet muda... (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

credit


Additional Info:

Parut jerawat/jeragat adalah sel mati yang tak dapat ditanggalkan/hilang dari muka disebabkan tiada sel baru yang cukup untuk menggantikan sel mati tersebut. Maka, pengambilan protein sangat penting untuk pertumbuhan sel baru. Protein yang cukup akan menjadikan kulit wajah yang kusam bertukar menjadi lebih cerah dan berseri...







WAJIB baca... Pasti anda akan jatuh cintaaa pandang pertama dgn ESP... Percayalah...

 

 

Friday, July 8, 2011

Apa persediaan anda sebelum berpuasa??

N3 hri ni saya copy dari blog Kak N... Jom layannn...

Salam ukhwah buat semua yang sudi singgah ke blog ibu hari ini dan semoga kalian semua sentiasa ceria dan bahagia selalu bersama keluarga tercinta.

Apa yang bakal ibu coretkan adalah bagaimana supplement membantu ibu2 yang sedang menyusukan anak sambil menyediakan stok untuk penyusuan sepanjang menghadapi bulan puasa nanti. Tidak salah mencuba demi kebaikan bersama...

Persediaan fizikal.

Untuk berpuasa dan menyusukan anak, si ibu perlulah mempunyai kesihatan yang optimum. Bagaimana nak menghasilkan susu dengan baik dalam keadaan sakit? Maka penjagaan makanan sangat penting. Sebelum berpuasa pastikan si emak jangan sesekali skip makan. Ambil meal seimbang dan jika mampu dapatkan supplement bagi membantu badan si emak mendapat semua keperluan vitamin yang tidak dapat dipenuhi melalui makanan yang diambil tadi. Pengambilan air juga sangat penting demi memastikan si ibu tidak dehydrate.


Pengambilan supplement yang disyorkan bagi persediaan menghadapi bulan puasa ialah:

ESP- membantu penghasilan susuibu dengan cepat apabila pengambilan air yang mencukupi.

Performance Drink- membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah si ibu agar tak mudah pengsan apabila berpuasa sambil menyusukan anak. Selain itu ia membantu agar badan ibu tidak dehydrate sepanjang berpuasa. *boleh diambil pada hari tidak puasa juga.

Alfalfa- well known milk booster. Kandungan protien di dalamnya membantu penghasilan susuibu dengan cepat. Option lain bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan ESP.


Basic vitamin- Multivitamin, B complex dan Vitamin C.
Pengambilan vitamin ini sebelum puasa sangat digalakkan kerana:

1. Supplement yang disyorkan membantu penghasilan susuibu dengan cepat jika pumping session yang konsisten dan air yang mencukupi.

2. Susuibu akan lebih pekat. Anak akan minum kurang tetapi cepat kenyang. Dengan ini si ibu mudah buat stok.

# Please do consult with me for those yang nak jadual pemakanan vitamin khusus pada bulan puasa.


Persediaan Mental:

Persediaan mental boleh dimulakan dengan menjaga solat dengan baik. Mulakan zikir yang mudah...seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Banyakkan mengaji antara surah yang digalakkan ialah al Waqiah. Solat2 sunat seperti Dhuha dan Tahajud membantu meningkatkan keimanan kita. Bila iman kita kuat, nescaya semangat untuk menyusukan anak semakin menebal.


Semoga ibu2 yang menyusu mendapat rahmat dan kebahagian di sisi Allah Taala. Amin.

Thursday, July 7, 2011

Performance drink minuman isotonik tanpa karbonat

Seronoknya berpuasa dengan Performance drink. Saya sendiri minum performance drink ini semasa ganti puasa beberapa hari ni... Saya dapat merasakan yang tekak tidak rasa kering dan tidak dahaga sepanjang seharian berpuasa. Seronok tau...

Ada antara ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak mudah rasa sakit kepala, pening2 semasa berpuasa. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tido, stress dan banyak lagi... Dalam kes ini, saya akan suggest mereka ini mencuba mengambil performance drink during sahur dan berbuka, demi memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi...

Ia berperasa oren... Ala2 oren tang. Sedaaappp...hehe.. Boleh dibancuh dengan ESP untuk dapatkan rasa lebih sedap. Cara bancuhannya tambahkan 1-2 sudu besar ke dalam 250ml air. Namun PD perlu disimpan ke dalam peti air demi memastikan ianya berada pada suhu sejuk.

Sekarang saya akan pastikan PD ni sentiasa berada dalam stokc simpanan di rumah. Buka apa, ia sangat bagus diminum pada hari panas terik dan tika demam agar badan tidak kekeringan akibat demam panas...


Fakta menarik mengenai Performance Drink (PD):


1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu...


credit


Untuk dapatkan harga istimewa utk produk-produk di atas atau inginkan pek trial jika ada kekangan budget, sila sms atau email kepada saya di nnurfairuz@gmail.com or 019-7428120

Wednesday, July 6, 2011

ESP memang best... Selepas seminggu consume ESP, Dewi mengakui EBM beliau tersangat kelihatan....



Tak ada apa lagi yg saya nk huraikan, cuma perasaan gembira melihat sahabat saya Dewi teruja dgn EBM beliau... Alhamdulillah, sesungguhnya yg baik tu dtgnya daripa Allah...

Gambar ni Dewi kongsikan di FB beliau. Jom kte baca ape kata Dewi, saya copy dri FB beliau...

yeaaa~MY "ebm" tersangat kelihatan ~pic atas: hindmilk vs. foremilk
pic bawah: layer lemak vs. hindmilk vs. foremilk


Jom kte tgk gambar dgn lebih jelas lagiii...



______________________________________

Sedikit Fakta tentang ESP

Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian

Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.


Ibu menyusu jer ke yg boleh minum ESP? Siapa lagi yang sesuai minum ESP?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease (heart,cancer,etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy - well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Ibu yang menyusukan: menambah dan mengekalkan milk supply; increase berat badan baby healthily

Wanita: keanjalan kulit … (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Monday, July 4, 2011

Untuk ibu2 menyusu/hamil yg bercadang nak berpuasa... Jom baca apa kata Liza dari Brunei...

Hari ni dah 1 Syaaban... Lebih kurang 28 hari lagi kte semua akan menyambut Ramadhan. Saya percaya ramai di kalangan kita sekarang tengah giat nak ganti puasa ataupn puasa sunat sempena Syaaban. Alhamdulillah... Biasanya saya akan mengesyorkan pengambilan Performance Drink dan juga ESP/MealShake untuk yg berpuasa...

Mari baca apa kata Puan Liza,seorang ibu menyusu dari Brunei...Diambil dari SINI...
_________________________________________________



_________________________________________________

Antara produk yang paling glemer dan hot sepanjang Puasa adalah Performance Drink dan ESP/ Meashake...


Kenapa Performance Drink? Ianya minuman berglukos yang mengandungi formula opticarb iaitu membantu badan kita cergas sepanjang hari walau berpuasa. Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar. Ia membantu si ibu tidak dahaga sepanjang seharian berpuasa. Satu [1] canister(tin) hanya berharga RM82.50 ala2 jus tang orange flavor.









Untuk dapatkan harga istimewa utk produk-produk di atas atau inginkan pek trial jika ada kekangan budget, sila sms atau email kepada saya di nnurfairuz@gmail.com or 019-7428120
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015