Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, July 15, 2011

Nisfu Syaaban...Hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru

Artikel ini adalah untuk peringatan kepada diri saya juga. Hari Ahad ni 15 Syaaban... Semoga kita semua memperolehi rahmat, keampunan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat...Ameeenn...


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Suatu hadis yang dirawikan oleh Atha bin Yassar, "pada malam Nifsu Syaaban, dihapuskan oleh malaikat maut, setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain,Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah dimana namanya telah dihapuskan sebagai orang yang mati.Tetapi malaikat maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahakan, maka kemudian mencabutnya..."

Imam Ahmad merawikan bahawa Rasullullah merawikan :

Pada malam Nifsu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengumpul seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang musyirik dan orang yang memeberati dengan dosa.

Rasulullah S.A.W menyatakan:

Malaikat jibril mendatangiku pada malam nifsu syaaban 15 Syaaban seraya berkata 'Hai Muhammmad, malam ini pintu pintu langit dan pintu rahmat dibuka. Bangunlah dan sembahyanglah angkat kepalamu dan tadahlah dua tanganmu ke langit!

Aku pun berkata,"Hai jibril, malam ini malam apa?''

Jibril menjawab, "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu,kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar (arak), terus menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan sillaturahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan segala kejahatan itu..."

Rasullullah pun keluar, lantas megerjakan solat dan menangis dalam sujudnya, seraya bermohon, 'Oh Tuhan. saya berlindung kepada-Mu dari azab seksa-Mu dan dari kemurkaaan-Mu, tiada ku batasi pujian kepada-Mu sebagaimana engkau telah memuji diri-Mu. Maka bagiMulah segala puji pujian itu hingga Engkau redha...'

Rasullullah bersabda:

"Barang sesiapa memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah, beramal taat kepadaNya dan menahan dirinya dari perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah ia pada tahun itu dari berbagai cubaan dan penyakit.."



credit

3 comments:

Shalina Samsudin said...

saya nak copy dan letak di blog then link kan kat sini boleh ?
mohon share ye :)

Ms Fai Ayie said...

boleh jer Salina...dipersilakan ;)

Shalina Samsudin said...

thx kak :D

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015