Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan...

Insyaallah kita semua akan berpuasa pada 1 Ogos 2011... Puasa kali ni lain sikit sbb first time puasa sebagai isteri. Hihihi... Tapi puasa kali ni agak sedih, sebab kami hanya sambut berdua jer. Abah (Fil) Fai masih ditahan di hospital dan mama (Mil) yg jaga beliau... Kemungkinan besar mulut abah akan dioperate, tapi doktor masih belum bagi kata putus lagi...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar...

Rumah kami dah 2 minggu sunyi dengan keriuhan mereka berdua. Pagi2 dah tak dengar lagi mereka berdua bertelagah, tak dengar lagi mama bising kejut bangun pagi...dah tak dengar lagi abah mengalunkan azan subuh... Bila diingat balik sayu jer rasa hati...

Tapi Fai yakin Allah maha mengetahui... Setiap apa yang terjadi ni pasti ada hikmah disebaliknya...

Kawan2 doakan semoga abah cepat sembuh dan boleh balik berpuasa bersama kami... ;))


Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti.

Salam Ramadhan untuk anda semua dari Fai & Hubby (Ayie)...

2 comments:

Ena said...

salam ramadhan buat fai sekeluarga ye..

moga fil fai cepat sembuh.

Ms Fai Ayie said...

thanks kak ena...

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015