Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Saturday, August 6, 2011

Istimewanya Ramadhan Al-Mubarak... Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin...


Blogwalking di blog MamaFaiz... Sangat tersentuh tentang penulisannya hari ini dan rasa terpanggil untuk dikongsikan bersama2 anda semua...Jom kita baca dan sama2 menghayatinya...Mudah2an kita semua beroleh sejuta Rahmat di bulan yang mulia ini... Jom layannnn..... Zasssss

Sesekali apabila mendengar tazkirah, mmg buat rasa diri insaf..Apabila menulis ttg topik ni, bukan kata saya ni baik..tapi sekadar berkongsi sesuatu yg baik..dgn tujuan utk ingatkan diri sendiri gak.....Mlm tadi tazkirah di masjid lepas terawih..Ustaz tu cerita tentang PELUANG.. bila bercakap tentang 'peluang' semua setuju yang mereka akan menggunakan
peluang yg diberi sebaik mungkin dalam apa jua situasi..... dalam isu ini, peluang beribadat di bulan Ramadhan... bagaimana anda menggunakannya?... Harini dah masuk hari keenam..

Jika anda memiliki 30hari Ramadhan bersamaan dgn 720 jam.. bagaimana anda menggunakan setiap minit,setiap jam yang berlalu... Bila ustaz tu tanya mcm tu.. hmm..saya terdiam gak.. sbb dok fikir hmmm apa saya dah buat setiap minit yg berlalu dalam bulan Ramadhan ni, sama ada dah gunakan sebaik mungkin peluang keemasan ini atau menyia2kannya.. Ustaz tu bercerita betapa ruginya mereka yang menjalani bulan

Ramadhan sama seperti hari2 dlm bulan yang lain.. Ramadhan ni bulan yg hebat,cuma orang yang masuk kedalamnya itu belum tentu hebat.
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan." Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.

Dan hari ini hari ke-6, masih dalam minggu bahagian pertama iaitu minggu yg penuh dgn rahmat Allah. Marilah kita memperbaiki amalan setiap minit utk memperolehi rahmat Allah.
Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.




Berikut antara amalan2 dan keistimewaaan sepanjang Ramadhan:

(i) Setiap amalan kebajikan digandakan oleh Allah sebanyak 1000x ganda
(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
(iv) Dituntut mengerjakan solat sunat tarawih, witir,solat2 sunat
(v) Banyakkn berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat,amalan2 sunat
(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’
(viii) Menghidupkan mlm2 Ramadhan dgn mendirikan qiamullail
(x)Rasulullah SAW menggariskan 4 amalan utama yang digalakkan iaitu;
1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar- Kita digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan
memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan.
Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang
tidak pernah disangkakan.
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015