Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, December 12, 2011

Hanya tinggal kenangan... Al-Fatihah buat allahyarham Hussin Bin Omar...

Salam buat semua... 

Maaf sebab lama menyepi dari berblogging... Hari ni baru ade kekuatan untk berblogging mcm biasa walaupun masih bersedih... Hari ni genap 11 hari pemergian ayah mertua Fai, Hussin bin Omar. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember 2011 jam 12.40pm bersamaan 6 Muharram 1433H... Hanya doa yg dpt  dipohon pada Ilahi agar ruh arwah abah diredhai oleh Allah. Semoga Allah melapangkan kuburnya selapang-lapangnya. Semoga kubur abah menjadi seperti taman syurga yang dijanjikan kepada ruh orang beriman... Amin.... Al-Fatihah...

Arwah seorang yg dekat dgn isteri dan anak2. Pemergian arwah sgt terasa sbb beliau sentiasa meninggalkan pesan kpd mama dan kami anak2nya... Yg paling best, arwah langsung tak membezakan antara anak dgn menantu. Semua dilayan sama rata. Arwah seorang yg simple, tidak cerewet. Walaupun sakit, tapi arwah tak pernah membebankan isteri dan anak2nya. Arwah seorang yg merendah diri, suka berkawan dan suka menolong org tak kira sesiapa pun. Mulianya hati arwah sbb arwah tidak pernah berdendam pd org yg pernah berbuat jahat kepadanya... Malah, arwah membalas perbuatan jahat mereka dgn kebaikan... Insyaallah inilah yg akan kami pegang sampai bila2... 


Sebelum meninggalkan kami buat selama-lamanya, arwah sempat berpesan kpd kami semua. Setiap seorag ditinggalkan pesanan yg berbeza. Tapi semua yg dipesan arwah berlaku secara tak sengaja dan kami pun tak sangka itulah pesanannya yg terakhir... Pesanan arwah buat diriku, "Kalo duduk diam jer kita takkan tau ape2. Kita kena korek, kalo tak korek org tak kan bgtau kita..." Abah, insyaallah Fai akan pegang pesanan ni sampai bila2... 


Buat en.hubby, Redhalah atas pemergian ini kerana sudah tertulis arwah akan pergi meninggalkan kita semua pada tarikh, masa dan saat itu. Sesungguhnya Allah amat menyanyai arwah kerana tidak lagi membenarkan arwah menanggung sakit... Berdoalah... dan Yakinlah bahawa Allah menempatkan ruh arwah abah di kalangan org2 yg solih...


Coretan ini hanya sekadar peringatan untuk diri sendiri dan takde niat disebaliknya. Fai memohon rakan2 mendoakan kami sekeluarga kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Sekali lagi Fai memohon semoga Allah melapangkan kubur Allahyarham Hussin bin Omar selapang-lapangnya. Semoga kubur abah menjadi seperti taman syurga yang dijanjikan kepada ruh orang beriman... Amin.... Al-Fatihah...

1 comment:

mama tims said...

takziah fai..
semoga arwah dtempatkan dkalangan org beriman..amin..

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015