Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul 1433(H).....

...KASIH ABADI...
[Nukilan rasa Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood] 
Ku hayati kisahmu ya Rasulullah..
Hatiku tersentuh..airmataku berderai..
Betapa mendalamnya kasihmu..
Melebihi dalamnya lautan biru..
... Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya ...
Namun hatimu ya Rasulullah..
Masih diselubungi kerisauan..
Andai dikau pergi dulu..
Bagaimana nanti dengan nasib umatmu..
Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA..
Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU..
Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH..
KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI..

Sesungguhnya ya Rasulullah...
Kami rindu untuk bersamamu..
Moga airmata kami pada malam ini..
Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah..
Moga di syurga kita bertemu..
Kekal abadi buat selamanya..
 
 Sebak bila dengar ustazah sampaikan nukilan ini dalam rancangan Semanis Kurma Khamis lalu... Siapakah yang lebih layak diagungkan dan dirindui selain Kekasih Allah; 
Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.   
Semoga kita sentiasa mengamalkan dan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.
Semoga satu hari nanti, kita akan bertemu dengan Baginda s.a.w dan Rasulullah s.a.w akan senyum apabila melihat kita... Ummatnya yang tidak pernah berhenti merindui & berusaha meneladaninya. InsyaAllah... Amin.

 



Salam Maulidur Rasul 1433 daripada Fai & Family



1 comment:

Ros said...

Salam Fai,

Bagus sangat info ni....TQ....

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015