Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, March 30, 2012

My favourite song... Suke sgt2 lagu ni... The Climb - Hannah Montana


I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing

The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking


I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa




Boleh klik sini untuk dengar... ;)








 
Imam AlGhazali menyenaraikan tahap-tahap berikut utk menjadi seorang usahawan:
  1. memiliki ilmu asas dan ilmu utk mengenal sesuatu (bidang khusus yg dipilih)
  2. taubat dari dosa2 yg lalu
  3. tahan menghadapi godaan
  4. tabah mengharung rintangan
  5. ada kuasa pendorong
  6. muhasabah diri atas kelemahan dan kecacatan akhlak
  7. memuji dan bersyukur ke hadrat Allah SWT
 
7 tahap ini sering dikenali sebagai gunung 7... iaitu 7 puncak yg perlu didaki oleh seseorang utk menyediakan diri sebagai seorang hamba Allah yg taat dan patuh pada Tuhannya sebelum memulakan sebarang usaha/pekerjaan



 Masih berusaha mendaki 7 gunung niii...
Thanks to MamaCery and all my laling... Love u all dear... Big huggg...










Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",)

Thursday, March 29, 2012

Kenapa perlu beli ESP?? Boleh tak kalau nak beli vitamin jer, tapi tak nak ESP?? WAJIB baca... Pasti anda akan jatuh cintaaa dgn ESP

Jika berkemampuan, Fai pasti akan sugget anda untuk add on sekali ESP dengan setiap pembelian vitamin. Kenapa ye?? Jom baca….. Credit to all my laling in Jutawan Group ^_^



Esp adalah protein, ianya bantu sihatkan sel. Sel yang sihat dapat menyerap vitamin lain yg diambil dgn lebih baik. Kalo sel tak sihat, vitamin akan ambil masa lebih lama utk diserap dan beri kesan pada kita. Sbb tu Fai akan syorkan setiap customer untuk add on ESP  dgn setiap pembelian mana2 vitamin. Sbb bila amik ESP, sel badan jadi sihat… Bila sel dah sihat, vitamin2 tu semua akan diserap dgn cepat oleh bdn berbanding mereka yg tak ambil vitamin bersama ESP…  Its true… Mostly customer yg amik vitamin dgn ESP, pasti akan repeat order lagi sbb kesannya memang tersangattt best… (pssttt: sebenarnya mereka ni semua termasuk Fai, dah jatuh cinta dgn ESP. hihihi) 







Kenapa ESP Shaklee??



BONUSNYA… Kulit semakin gebu, anjal,berseri, awet muda… bantu pudarkan parut2 di muka, hilangkan jerawat kat muka… bertenaga… dll…







Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Wednesday, March 28, 2012

Tips mudah untuk wajah berseri dan bebas jerawat...

Fitrah manusia, sukakan benda yang cantik… Semua orang nak cantik, nak sentiasa nampak muda, kalau boleh nak org cakap kita ni “kakak” kepada anak kita. Betul tak?? Fai pn mcm tu. Off course la kembang semangkuk bila ada org puji mcm tu kn? Hihi… Bagi Fai, kecantikan bermula dari dalam. Fai percaya, bila badan kita sihat insyaAllah kulit muka pn akan sihat, nampak awet muda.

Lagi-lagi cantik untuk suami. Mestilah kte org yang paling bahagia bila kena puji dgn cik abg syg kn? Time tu rasa mcm org tgh bercinta… Mcm satu dunia tu kte yg punya… Sorry, terrover pulak. Hehehe…






Jom tengok TIPS mudah bagaimana nak menjadikan wajah berseri-seri selalu… Credit to MamaCergas ^_^


1. Mencuci wajah 2 kali sehari 
Tips menghilangkan jerawat yang pertama adalah dengan cara mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan kerana itu akan meningkatkan penghasilan minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut. 


2.Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda.
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda… Jerawat akan segera mendatangi kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

 
3. Seboleh mungkin hindari kosmetik yang berminyak.
Secara alami wajah kita akan menghasilkan minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi seboleh mungkin jauhi daripada menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu kerana ianya akan menjadi medium bakteria penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.

 
4. Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi, kerana bakteria juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.

 
5. Minum air putih.
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minima 2 liter sehari, maka kulit kita akan sentiasa segar dan sihat.

 
6. Gunakan pelembab kulit.
Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan bererti pelembab yang berminyak. Sekarang sudah banyak produk kosmetik yang bahan asasnya daripada air.

 
7. Pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar sel-sel kulit berkembang dengan baik.

 
8. Banyakkan makan sayur dan buah.
Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyakkanlah makan sayur atau buah, terutama yangmengandungi vitamin E. Dengan kulit yang sihat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.

 
9. Tidur yang cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kita, memerlukan rehat yang cukup. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Kerana saat kita tidur, sel-sel kulit akan berkembang dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.


Selain itu, boleh juga cuba amalkan petua awet muda olehUstazah Fatimah Az zahra






Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Takde budget?? Jangan risau, kami ada menyediakan pek kecil yang bersesuain dgn budget anda.. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Monday, March 26, 2012

Tips cantik lepas bersalin... Nani Rustam mantain vouge walaupun 7 orang anak...

Ada ibu2 yang tengah mengandung risau dengan perubahan bentuk badan... Boleh ker nak mantain cun  macam anak dara walaupn dh bersalin 3-4x?? Kalau nak badan tu cantik, ramping dan sihat seperti sediakala, mahu tak mahu, terpaksa la buat apa yang sepatutnya di amalkan oleh ibu-ibu lepas beranak. Jom baca Tips Cantik Nani Rustam, model terkenal tahun 80an






-->
  • Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.

  • Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.
 
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
 
  • Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.

  • Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal. Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak. Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.

  • Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.


  • Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.

  • Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.

  • Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.

 

credit here











Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",)

Friday, March 23, 2012

Syukur...





Setiap kedip mataku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang melihat, tetapi buta.

Setiap tarikan nafasku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mencium, tetapi tidak mampu membau.

Setiap suara yang kudengar Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mendengar, tetapi tuli.

Setiap desir angin yang kurasa Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang merasa, tetapi bebal.

Setiap degup dan detak jantungku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang hidup, tetapi mati.

Akhirnya Ya Allah,
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku,
Yang dapat membuatku buta, bebal, tuli dan mati.


Ya Allah,
Janganlah Kau tarik semula segala rahmat dan nikmat yang telah Engkau berikan kami semua...

 


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim: Ayat 7)



credit: DiariHati

Thursday, March 22, 2012

Produk penjagaan kulit boleh menyebabkan kanser?? Berhati2 dgn apa yg anda pilih...

Menurut laporan yang dilakukan oleh Environmental Working Group, sebanyak 33% produk perawatan kulit mengandungi sekurang-kurangnya satu bahan yang boleh menyebabkan kanser

Berhati-hati dengan produk kecantikan yang anda guna. Pilihan di tangan kita semua. Pilihan Fai... semestinya Shaklee kerana ianya semulajadi, selamat, tiada pewarna tiruan, tiada pengawet, tiada silika gel... dannn yang paling penting Shaklee dijamin HALAL ^_^
 
 
 Sharing is caring...
Vitamin untuk penjagaan kulit muka
Rahsia kecantikan Mizz Nina
Rahsia kecantikan dengan ESP (Soy protein)
 





Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Wednesday, March 21, 2012

Petua mencantikkan dan menegangkan payudara

Petua ni Fai ambil dari 101 petua… Semoga ianya bermanfaat… Selamat mencuba…

 




  • Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.

     
  • Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.
 
  • Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.

  • Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

     
  • Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

     
  • Amalkan minum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.





Suplemen yang boleh membantu payudara lebih anjal, klik SINI ^_^







Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",)

Tuesday, March 20, 2012

Kulit muka bebas jerawat, semakin gebu, licin dan “flawless’ dengan ESP (soy protein) Shaklee…


Semua customer yang ada masalah jerawat, jeragat dan masalah lain yg berkaitan kulit muka... Fai akan cadangkan untuk add on ESP (Soy protein) Shaklee untk kesan yg optimum… Kenapa perlu add on ESP??

Jom baca apa yg Puan Lia tulis tentang ESP dan masalah jerawat ni...

ESP membantu baik pulih masalah kulit berjerawat? Mcm tak percaya pulak.. tapi serius… itulah kenyataannya.. Cuba baca fakta dibwh ni..

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat. 








Tahukah anda?? Energizing Soy Protein Shaklee adalah makanan tambahan (protein) yg indeks glisemiknya rendah. Pilihan tepat dan terbaik utk anda yg mempunyai masalah kulit berjerawat... Sebab tu la Fai akan suggest semua customer agar add on sekali ESP ni, ianya sangat membantu mereka yg ada masalah berjerawat. TAPI ada syaratnya tau??? Kena DISIPLIN minum ESP... Tak boleh skip2…


Kenapa Fai pilih ESP?? Kerana ia memenuhi 7 kriteria panduan pilih suplemen protin dannn yang paling penting. Harganya tersangatlah berpatutan dengan kualitnya… dannn yang pasti… anda akan terus JATUH CINTA dgn ESP ni. Dah la sedappp, buat kita rasa kenyang, best pulak untk kulit… Banyakkk kebaikan lain yg anda akan rasa sendiri. Hehe… Eh, Fai tak paksa anda untk beli ESP ye. Yang penting, pastikan protein soya yg anda pilih tu memenuhi 7 kriteria di atas...





Pssttt: Klik gambar untuk panduan vitamin yg membantu dalam penjagaan kulit muka ^___^






Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",)






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Friday, March 16, 2012

ESP dan Alfalfa… Set Penyusuan bertukar menjadi Set Malam Pertama. Testimoni panasss minggu ni…

Kisah testimoni PANASSS yg dikongsi di group ekslusif customer kami “Shaklee Golden Lounge”. Ni betul2 panasss. Mana taknya, set penyusuan bertukar menjadi SET MALAM PERTAMA… Wah, yeke ni??? Betul, ni  PENGAKUAN SEBENAR SECARA IKHLAS… Tapi tak dapat la Fai nak share secara details testimoni tu kat sini, P&C. Lain pulak nanti jadinya nanti. Hehe… Sape2 yg nak tahu testimoni penuh, kenalah emal | PM Fai ye... ^_^
 

Jommm baca apa testimoni panasss tuu... Psssttt, ni antara sebab tak putus2 orang nak beli Alfalfa dan ESP (energizing Soy protein) tau… Rugi anda tak cuba, hehehe ^_*



Testimoni Kak Beeha dlm Shaklee Golden Lounge

 
Ini pula pendedahan Pn Ifa (nama FB Ciput Bob, pelanggan Pn Iffah Anuar) mengenai kehebatan Alfalfa yg dikongsi di group ekslusif customer kami “Shaklee Golden Lounge”... 
 
Itu lah rahsia ifa skrg nih. Perkara yg x pernah ifa fikir n mimipikan pun (pujian dr hubby tentang nikmatnya hubungan suami isteri) mendapat pujian selama ini.
Nak tahu rahsianya.............ALFALFA LAH...... betul, ifa mkn mmg niat utk tambahkan susu ibu, sbnrnya ifa dpt tahu alfalfa ni juga utk eratkan hubungan suami isteri, tp x lh sampai tergerak hati nak niat ke arah itu. tapi, pujian suami 3 hari lepas benar2 memeranjatkan ifa. x sangka.
selama 4 bulan pengambilan set 3M Platinum sejak dari dalam pantang lagi secara konsisten n disiplin, ini lah hasilnya.... pertambahan susu ibu sekaligus memberikan kenikmatan dalam hubungan suami isteri yg menjadi faktor kebahagiaan rumah tangga kami. Benar, setiap usaha yg istiqamah pasti akan dapat hasilnya. dan sekarang, ALFALFA benar2 menjadi produk kepercayaan n semestinya ada dlm list kehidupan ifa. x sia2 melaburkan RM466 pada ketika itu (sblm bersalin, walaupun waktu itu mengalami masalah kewangan), kerana hasilnya sangat2 menakjubkan dan merasai perasaan yang x pernah dirasai ketika dipuji oleh hubby.
Bagi kaum ibu diluar sana, jika anda telah mangamalkan alfalfa secara istiqamah n berdisiplin, nantikan hasilnya....tidak perlu kita mencuba produk yg memberi kesan sampingan, cukup dgn hanya alfalfa dan tambahan supplement lain. Terima kasih Ya Allah kerana telah memakbulkan doa ifa selama ini.





Hah... betul kan?? Tak perlu Fai cerita panjang lebar. Sesiapa yang pernah cuba ESP dan Alfalfa PASTI akan tersenyum dan mengakui ianya memang betul. Bukan sahaja sebagai milk booster, tapi amat sesuai untk sesiapa yang mengalami masalah keputihan, senggugut, sembelit, angin dlm badan, elergic dan termasuklah masalah keintiman...  ^_^


PERINGATAN: Alfalfa TIDAK boleh diambil oleh pesakit SLE




Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Thursday, March 15, 2012

Petua awet muda...

Siapa yang taknak kelihatan muda kan?? Semua orang nak kelihatan cantik dan awet muda. Selain jaga pemakanan, makan suplemen, pakai toner - moisturizer - compact powder dan sebagainya... Kita juga tak boleh lupa untuk memohon kepadaNya... Mungkin ramai yang dah tahu mengenai petua ni... Petua awet muda dari Ustazah Fatima Az zahrah. Petua ni ayah jumpa di internet, ayah bagi pada Fai sejak sebelum kahwin... Happy reading... ^_*

Cara Pertama:
 
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.


Thanks Princess Diaries untuk ayat ni...


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

 


Cara Kedua:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.




Semoga mendapat manfaat... ^_^





Tuesday, March 13, 2012

7 kriteria yang perlu ada untuk memilih suplemen SOY PROTEIN...



Harap info ringkas ni dapat membantu anda memilih soy protein yang terbaik... Thanks to Kak Cery untuk info ni...
  1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic… sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  2. Soybean tu mestilan Non GMO (tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  3. Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium



Pilihan Fai, mestilah Energizing Soy Protein Shaklee... Kenapa Fai pilih ESP?? Apa keistimewaannya?? Adakah ianya memenuhi ketujuh2 kriteria pemilihan soya seperti di atas??


Suka bancuh ESP + orange sunkist, sgt sedapppp. hihi...


  1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic >> Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.  
  2. Soybean tu mestilan Non GMO (tak dihasilkan secara genetic) >> Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. 
  3. Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu >> ESP mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol >> Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan >> ESP tidak mengandungi kesemua bahan2 tersebut. Tetapi mengandungi paras asid amino yg tinggi dan mengandungi Isoflavones.  
  6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan >> Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
  7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium >> Ya, ESP mengandungi unsur kalsium...



Inilah sebab2 kenapa Fai sukaaa sangatttt dengan ESP Shaklee ni... Sharing is caring... Info lanjut tentang ESP boleh klik SINI...





Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Friday, March 9, 2012

Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama kita...



Sesungguhnya "Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Kekuasaan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"...




"Rezeki datang sebab ihsanNya bukan sbb kita hebat atau rajin..."
 credit: Master Cery Mamafaiz

Wednesday, March 7, 2012

Rahsia kecantikan Mizz Nina terbongkar... "Saya adalah pengguna produk suplemen Shaklee..."

Mungkin ada yang dah tahu tentang ni pada tahun lepas lagi sebab pengakuan Mizz Nina ni dalam majalah Rapi Mei 2011.. Hehe... Buat yg belum tahu tu, hari ni Fai nak share dengan anda apa dia rahsia kecantikan Mizz Nina... Jommm.......



Thanks to Sis Iffa for the lovely pic


"Saya mengambil minuman kesihatan dalam bentuk susu. Ia membantu mencuci sistem dan pencernaan saya. Selain itu saya turut mengambil multivitamin, vitamin C dan zinc untk rambut. Kadang-kadang saya akan mengambil B Complex.. Saya adalah pengguna produk suplemen Shaklee. Akhir sekali yang ingin saya kongsikan, saya juga mengamalkan minuman dari ekstrak buah-buahan beri. Minuman ini melancarkan peredaran darah dan meningkatkan tenaga saya"



Sharing is caring... Sharing is loving... 




Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 






 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Tuesday, March 6, 2012

Radikal bebas punca segala penyakit... Bahaya ke radikal bebas??

Thank to Sis Yana untuk info ni... Enjoy reading ya =)




Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.
Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..



PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?

Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan....





 
Oleh itu... Ringkasnya, radikal bebas ini ada dimana-mana sahaja.. dalam udara yang kita sedut, dalam makanan yang kita makan, ketika senaman, juga dalam air yang kita minum.

Berikutb beberapa jenis makanan yang tinggi paras radikal bebasnya..
  • makanan berlemak tinggi
  • makanan bergoreng
  • makanan yang dimasak menggunakan microware
  • makanan berbakar di atas arang
  • dan lain-lain...

Tahukah anda??? SATE yang enak juga tinggi kadar radikal bebasnya...!!!!!



BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?

Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti yang telah disenaraikan diatas. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan kanser. Di sini saya berikan contoh bagaimana radikal bebas menyerang sistem imun manusia.







Perlu saya ingatkan sekali lagi, hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!
PENCEGAHAN??

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.

ANTIOKSIDAN... APA SUMBERNYA??

Terdapat banyak sumber makanan yang mengandungi antioksidan, termasuklah sayur-sayuran, kekacang, minyak ikan, bawang putih dan lain-lain.

Perlindungan terhadap radikal bebas ini perlukan berterusan dan konsisten untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Kini, pelbagai supplement telah diproses utnuk memudahkan kerja anda melindungi diri sendiri dan orang tersayang...!

Berikut adalah beberapa supplement yang merupakan antioksidan. Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin C







Bagaimana vitamin ni membantu melawan radikal bebas?? insyaAllah Fai akan update pada entri akan datang... Tunggu ya...








TAHUKAH ANDA?? PROSES PENUAAN ADALAH DISEBABKAN OLEH RADIKAL BEBAS DAN FAKTOR USIA. AKIBAT DARI TINDAK BALAS RADIKAL BEBAS TERSEBUT MENJADIKAN KULIT KITA ROSAK, KUSAM, BERKEDUT-KEDUT SERTA MUNCUL PIGMENT-PIGMENT HITAM PADA KULIT...





Sharing is caring



Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 






 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015