Recent Articles

Search This Blog

Loading...

Wednesday, March 28, 2012

Tips mudah untuk wajah berseri dan bebas jerawat...


Fitrah manusia, sukakan benda yang cantik… Semua orang nak cantik, nak sentiasa nampak muda, kalau boleh nak org cakap kita ni “kakak” kepada anak kita. Betul tak?? Fai pn mcm tu. Off course la kembang semangkuk bila ada org puji mcm tu kn? Hihi… Bagi Fai, kecantikan bermula dari dalam. Fai percaya, bila badan kita sihat insyaAllah kulit muka pn akan sihat, nampak awet muda.

Lagi-lagi cantik untuk suami. Mestilah kte org yang paling bahagia bila kena puji dgn cik abg syg kn? Time tu rasa mcm org tgh bercinta… Mcm satu dunia tu kte yg punya… Sorry, terrover pulak. Hehehe…






Jom tengok TIPS mudah bagaimana nak menjadikan wajah berseri-seri selalu… Credit to MamaCergas ^_^


1. Mencuci wajah 2 kali sehari 
Tips menghilangkan jerawat yang pertama adalah dengan cara mencuci wajah 2 kali sehari. Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteria penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. Namun ingat..jangan mencuci wajah apalagi menggosok wajah secara berlebihan kerana itu akan meningkatkan penghasilan minyak sobaceous yang dapat menyebabkan masalah kulit pada wajah. Cucilah wajah 2 kali sehari dengan menggunakan sabun yang lembut. 


2.Sesuaikan kosmetik dengan jenis kulit anda.
Jika kulit anda berminyak maka gunakanlah kosmetik untuk kulit berminyak, jika kosmetik yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis kulit anda… Jerawat akan segera mendatangi kulit wajah anda. Jadi berhati-hatilah dalam memilih kosmetik.

 
3. Seboleh mungkin hindari kosmetik yang berminyak.
Secara alami wajah kita akan menghasilkan minyak, bahkan kulit kering sekalipun. Jadi seboleh mungkin jauhi daripada menggunakan kosmetik yang berlebihan kerana minyak dan debu kerana ianya akan menjadi medium bakteria penyebab jerawat untuk bermukim di wajah kita.

 
4. Keringkan wajah kita dengan tuala yang bersih setelah cuci muka atau mandi, kerana bakteria juga menyukai tempat yang lembab dan hangat.

 
5. Minum air putih.
Hampir 70% kulit kita terdiri dari air, dengan minum air minima 2 liter sehari, maka kulit kita akan sentiasa segar dan sihat.

 
6. Gunakan pelembab kulit.
Menggunakan pelembab akan membantu menyihatkan kulit kita, terutama dari kulit kering dan pecah2. Namun pelembab disini bukan bererti pelembab yang berminyak. Sekarang sudah banyak produk kosmetik yang bahan asasnya daripada air.

 
7. Pastikan kulit anda bersih sebelum tidur.
Selalu cuci muka anda sebelum tidur agar sel-sel kulit berkembang dengan baik.

 
8. Banyakkan makan sayur dan buah.
Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin yang menyihatkan kulit kita. Perbanyakkanlah makan sayur atau buah, terutama yangmengandungi vitamin E. Dengan kulit yang sihat, maka jerawat akan sukar untuk tumbuh dan berkembang.

 
9. Tidur yang cukup dan teratur.
Kulit juga sama seperti kita, memerlukan rehat yang cukup. Jadi biasakanlah untuk tidur yang cukup dan teratur. Kerana saat kita tidur, sel-sel kulit akan berkembang dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun keesokan harinya kulit kita akan kembali segar.


Selain itu, boleh juga cuba amalkan petua awet muda olehUstazah Fatimah Az zahra






Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Takde budget?? Jangan risau, kami ada menyediakan pek kecil yang bersesuain dgn budget anda.. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

0 comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)