Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, April 27, 2012

Alhamdulillah genap setahun...

Salam Jumaat semua... Terima kasih kepada yg sudi singgah di sini... Alhamdulillah, pejam celik pejam celik 8 April 2012 genap setahun Fai dgn Shaklee. Syukur sangat2 ditemukan dengan Shaklee kerana Shaklee mengubah kehidupan Fai! BUKAN kerana keuntungan berbisnes semata2... TAPI....... Diri ni mula mendekati Pencipta. Mula YAKIN dgn kekuasaanNya... YAKIN bahawa DIA MAHA PEMBERI... Sepanjang setahun ni macm2 yg Fai dah lalui. Tapi semua tu adalah sebagai pembakar semangat untuk jadi yang lebih baik antara yang terbaik... Setiap rezeki yang dikurniakan adalah berkat ehsan dariNya, bukan sebab Fai ni hebat atau rajin. Sejak dgn bisness ni, mula tertanam sifat SABAR dlm diri... REDHA dgn setiap ketentuanNya... Dulu memang jarang sekali mulut ni nak berzikir... mengaji... Solat sunat apatah lagi... Zakat memang tak pernah tunaikan... Tapi segalanya berubah... Alhamdulillah... Sebelum ni Fai memang tak pernah join mana2 MLM... TAPI Shaklee ni bagi Fai memang UNIK. Setiap kali terima bonus kami akan diingatkan tentang kewajipan berzakat... bersedekah... Diajar amalan zikir harian untuk menguatkan rohani... Diajar untuk BERSYUKUR atas setiap pemberianNya... Diajar BERSANGKA BAIK dgn Allah, bersangka baik dengan sesama manusia... POSITIF!! dannn yang paling UTAMA, restu dari suami... perlu utamakan suami dan keluarga dalam setiap perkara yg kita lakukan...  Syukur kerana ditemukan dgn Master Cery MamaFaiz... Atas bimbingan beliau dan rakan2, Alhamdulillah Fai mampu bertahan hingga sekarang...

Fai mula berblogging sejak berjinak2 dgn Shaklee. Tujuan utaman BUKANLAH untuk keuntungan (bisness) semata-mata... Tapi nilai persahabatan tu yg lebih utama. Fai tak anggap anda yg membeli dgn Fai sebagai customer, TAPI Fai anggap SEMUANYA SAHABAT Fai... KAKAK2 Fai... Seronok setiap kali bertanya khabar, boleh tukar2 pendapat... Boleh berkongsi apa jer dgn kamuuu semuaaa... Walaupun ada yang Fai tak pernah jumpa, tak pernah tengok muka pun ade juga, contact melalui emel jer... Tapiii semua dah macam kakak2, kawan dan adik Fai sendiri... Kalau dulu Fai tak ada kawan kat Pasir Gudang, sekarang dah semakin bertambah... Nieda, Kak Sha, Kak Earni, Kak Noorziza, Kak Ju, Wawa, Kak Nana, Kak Nurul... Bukan area Pasir Gudang jer ye, merata Malaysia dah..... Maaf ye memang tak dapat nak listkan satu2... Sampai esk pun tak habisss... hihi... TAPI anda semua memang best!!! Sayangggg semuaaaa......


Alhamdulillah, sejak berShaklee ni, Fai, husband, mama, ibu dan adik2 jarang sakit kuat... Kalau demam sesekali tu adatlah... Hehe... Banyakkk perubahan positif sejak consume vitamin Shaklee ni... Nak list satu2 memang tak habiss nak taip. Hehe... Dannn sebab itulah Fai kongsi kebaikan Shaklee ni dengan semua. Kalau boleh nak semua orang amik suplemen Shaklee ni untuk diri, suami, anak2, mak, ayah... bla bla bla... Hehe... Tapi Fai tak boleh la nk paksa2 orang kan?? Fai hanya mampu untuk BERKONGSI kebaikan Shaklee dengan semua... Dannn terpulanglah pada amda..... Kat sinilah tempat Fai berkongsi, lagi satu di FB Fai Shaklee... Secara jujurnya membantu orang lain memperbaiki taraf kesihatan  itulah saat yg paling manis dlm berShaklee ♥  BUKAN bisnes semata2... Seronok bila dapat testimoni dan feedback yang best dari customer... Seronok sebab dapat tolong mereka transform diri jadi yang lebih baik dari sebelum ni... Kalau dulu muka pucat lesi, badan gempal... cepat letih... tak bermaya... muka berminyak, berjerawat... banyak parut di muka... masalah susu kurang... Alhamdulillah semunya berubah dengan Shaklee...  Memang itulah perasaan terindah dan tak dapat yang digambarkan dengan perkataan... Segala yang terjadi ni dengan izin Allah jua...




Dengan izin, restu dan dorongan dari En Hubby la yang buat Fai mampu bertahan sampai sekarang... Tak lupa juga sokongan dan dorongan dari Master Cery MamaFaiz, kakak2 Fai di JB... Kak Bee, Kak Zura, Kak Yana... Geng2 group Mamafaiz&Jutawan2 Shaklee... Terlalu banyakkk rasanya nama yg nak ditaip ni... Huhu... Sayangggggg semuaaaa... Semoga ukhwah yang terbina ni berkekalan sampai bila2... Dannn yg paling penting Fai YAKIN takkan bertukar dengan yang lain... MUKTAMAD! Semoga diri ni mampu mendaki 7 gunung dengan jayanya!!! Aamiiinnn... (^_^)



Thanks kepada yg sudi baca... Lega rasanya bila dah meluahkan semuanya kat sini. Tetiba mood nak meluahkan perasaan pulak pagi ni. Hehehe ;p







5 comments:

Cery said...

lega kan?.. menulis ni salah satu release stress..
sbb tu akk suke menulis... just share. and keep on writing..:-)))

mama pipie said...

congratulationss... semoga bertambah murah rezki ye

Puan Kutu said...

Alhamdulillah,moga makin berjaya dan murah rezeki..:)

IntaNBerliaN said...

oo dah lama jugaklah yer...

moga awk terus success :-)

Fai Shaklee said...

@cery: of course mama! ;)

@mama pipie, @Puan Kutu: thanks sis. aamiiinnn, mudah2an ;)

@IntanBerlian: baru setahun jagung. hihi. thanks kak ;)

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015