Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Saturday, April 14, 2012

Digelar "daging daripada ladang"....... Khasiat kacang soya yg perlu anda baca...

Hari ni sorang kat rumah sebab en hubby kerja... Dah settle kerja2 rumah dapat la update blog kejap... InsyaAllah lepas ni nk jalan2 blog kawan2 pula... Diharap info yg Fai kongsikan ni dapat memberi manfaat kpd semua..... Happy weekend... ^_^


Kacang soya merupakan satu daripada kekacang yang paling berkhasiat dan luas penggunaannya.  Mengikut kepercayaan orang China, amalan makan hasil soya menjadikan badan berisi, wajah berseri, dapat mengelakkan sembelit, merangsang pertumbuhan badan dan dapat membantu mengurangkan beberapa masalah fizikal lain.  








Kacang soya kaya dengan zat protein yang bermutu tinggi sehingga ia digelar 'daging daripada ladang'.  Satu paun tepung kacang soya dikatakan mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan 2-5 paun daging tanpa tulang, 3 dozen telur, 7.5 quart susu atau 2 paun keju.  Selain protein ia mengandungi vitamin B kompleks, biotin, asid folik, asid pantothenic, phridoxine, vitamin E, garam galian dan tiada kolesterol.  Protein kacang soya dikatakan protein yang lengkap kerana ia mengandungi kesemua asid amino perlu menjadikan ia protein terbaik yang boleh didapati untuk keperluan tubuh.  Protein soya juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam produk makanan lain seperti roti, pasta, hasilan daging dan juga rumusan makanan untuk ternakan ayam dan ikan.  Kacang soya dipercayai dapat menjadi penawar kepada beberapa penyakit seperti:-
  1. Kencing manis

    Kandungan
    karbohidrat dalam kacang soya mempunyai hanya sedikit kanji atau tiada kanji langsung.  Oleh itu hasil kacang soya sangat sesuai untuk pesakit kencing manis kerana karbohidratnya menghasilkan haba dan tenaga tanpa mengeluarkan gula.
     
  2. Penyakit kulit

    Protein kacang soya
    tidak menimbulkan masalah alahan pada kulit manakala kandungan protein daripada daging, telur dan susu kadangkala mendatangkan alahan kulit.  Oleh itu kacang soya dikatakan baik untuk mereka yang mengalami ekzema dan penyakit kulit lain.  Ada yang mengatakan sekiranya kacang soya dimakan secara berterusan ia dapat mengurangkan kegatalan kulit dan luka-luka ringan juga cepat sembuh.
     
  3. Anemia

    Kacang soya kaya dengan kandungan zat besi, menjadikan ia salah satu makanan yang sangat sesuai untuk pesakit anemia.  Pesakit anemia biasanya mengalami keadaan sistem pencernaan yang lemah, oleh itu hasilan soya yang diambil hendaklah dalam bentuk yang mudah dihadam.
     
  4. Tulang dan sendi

    Mengikut penyelidikan saintis Jepun terhadap segolongan wanita Jepun yang telah putus haid, wanita-wanita yang banyak mengambil soya dalam diet mereka, mempunyai tulang yang lebih kuat berbanding wanita yang kurang menggunakan soya dalam diet mereka.  Juga didapati penggunaan kacang soya yang tinggi dalam diet, dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sakit sendiri.  Dengan itu, mereka membuat kesimpulan, penggunaan kacang soya yang mencukupi dalam diet, ada hubungkait dengan perubahan jisim tulang pada wanita yang telah putus haid. 


Soya juga dikatakan sangat baik untuk wanita putus haid sebagai sumber estrogen yang selamat digunakan.  Bahkan ia juga dapat mengurangkan kesan-kesan yang teruk akibat putus haid seperti panas membara, peluh malam, tidak dapat tidur, mudah naik radang, kekeringan vagina dan beberapa masalah lain.   


Melalui kajian moden, saintis mendapati protein kacang soya juga dapat mengurangkan risiko barah payu dara.  Kacang soya yang kaya dengan bahan 'isoflavonas' dipercayai dapat menghalang kesan-kesan buruk daripada hormon estrogen.  Seterusnya mengurangkan risiko  pembentukan sel-sel barah tersebut.  Kacang soya juga dapat mengurangkan risiko barah prostat.  Diet yang banyak menggunakan kacang soya dikatakan dapat menyihatkan tisu-tisu prostat.



Selain kaya dengan zat pemakanan dan banyak kebaikannya untuk kesihatan badan, kacang soya juga tiada kandungan laktosa dan mudah hadam.  Oleh itu hasilan soya juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga bayi.  Biasanya doktor akan syorkan susu rumusan soya apabila bayi mengalami cirit-birit, tidak sesuai dengan susu rumusan berasaskan susu lembu, berpenyakit lelah dan alahan kulit seperti ekzema.



Ada pendapat mengatakan, makan hasilan soya sekurang-kurangnya sekali setiap hari dapat menolong mencegah obesiti dan baik untuk kesihatan badan.  Walau bagaimanapun, untuk mendapat kebaikan dan manfaat yang sepenuhnya, hasilan soya hendaklah dimakan dengan kadar yang mencukupi.  Mengikut saintis barat, 3-6 hidangan soya patut diambil setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya pada tahap maksimum.

 








Kenapa ESP menjadi pilihan ramaiiiii???




 ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.


membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 

mengandungi Isofalvones, berfungsi untuk meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat.


dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) - penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia)bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.


Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien...


sebab yg paling penting kenapa ESP menjadi pilihan ramaiii... kerana....... ESP memenuhi tujuh kriteria yg telah ditetapkan untuk pemilihan protein soya yg terbaik






 Siapa yang perlukan ESP??

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa: As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)


Lelaki: Protect from any disease (heart,cancer,etc)


Ibu mengandung: For a healthier pregnancy-well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil


Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat


Wanita: Keanjalan kulit... untuk kulit gebuuu... halusss... Untuk awet muda... (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).







Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",)








 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015