Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, September 12, 2012

6 Tips Wajah Kusam Kembali Ceria

1. Melakukan aktiviti luar
Dengan melakukan senaman pada waktu pagi misalnya, membolehkan anda menghirup udara segar sekali gus dapat membuatkan tubuh lebih rileks. Selain itu, udara waktu pagu juga selamat dari sebarang pencemaran. Malah ia turut membantu melancarkan darah dan membantu tubuh lebih rileks dan segar.


2. Minum air putih
Pengambilan air putih sekurang-kurangnya DUA LITER atau 8 gelas sehari adalah amat digalakkan. Namun ada yang tidak mengambil kisah hal ini dan melebihkan pengambilan air manis dan berkafein. Tidak kurang juga ada yang tidak minum apa pun di pagi hari. Sebaiknya, bagi anda yang gemar melakukan aktiviti luar, pastikan sebotol air putih dibawa bersama dan minumlah ketika memulakan aktiviti harian anda.
Cara ini, sel kulit akan terhidrasi dan lebih kenyal. Bagi kesan yang lebih baik,letakkan sedikit perahan lemon untuk meningkatkan metabolism tubuh anda selain menghilangkan rasa payau air putih tersebut.


3. Rawat mata
Bagi anda yang menghadapi masalah kesan lebam di bawah mata akibat kurang tidur tetapi tiada masa untuk melakukan rawatan spa, apa kata anda cuba terlebih dahulu krim mata atau boleh juga menggunakan pad mata bagi membantu menutupi atau menghilangkan lingkaran hitam atau bengkak mata.
Kaedah ini membuatkan mata anda merasa rileks selain dapat membantu melancarkan peredaran darah. Pastikan pad mata tersebut mengandungi bahan-bahan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam pada mata.


4. Bantuan kosmetik
Anda juga boleh mencuba kaedah moden dengan menggunakan kosmetikbagi menutupi kekurangan pada wajah anda. Krim pelindung cahaya matahari misalnya dapat menghindari dari terdedah kepada cahaya matahari selain turut membantu anda kelihatan lebih segar. Selain itu, dengan mengusap highlight, anda boleh juga menggunakan pembayang mata rona cerah yang disapu di bawah lengkungan alis dan di sudut mata. Ia akan membantu menjadikan mata anda lebih “hidup”.



5. Pemakaian maskara dan pemerah pipi
Bagi anda yang kurang gemar memakai solekan, apa kata anda gunakan mascara dan pembayang mata sahaja. Dua produk ini akan membantu menutupi kekurangan pada wajah terutama bagi anda yang tidak cukup tidur. Maskara akan membantu membuatkan mata kelihatan besar dan terbuka lebar. Manakala pemakain pemerah pipi rona merah jambu akan membantu membuatkan pipi lebih segar dan ceria.


6. Menggunakan madu
Anda juga boleh menggunakan madu untuk kulit wajah kerana madu juga bermanfaat sebagai pelembap semulajadi. Anda boleh menggunakan madu sebagai bahan mencantikkan wajah serta menghaluskan kulit kering atau pecah-pecah.. Bagi yang mengalami bibir pecah, sapukan sedikit madu terutama pada waktu pagi dan malam. Ia juga membantu membuatkan bibir merah dan seksi andai dilakukan setiap hari.
Bagi yang mengalami masalah liang roma besar, apa kata atasinya dengan madu. Jadikan madu sebagai masker kulit untuk mengecilkan liang-liang roma selain membantu menghaluskan kulit wajah. Caranya:

  1. Bersihkan muka dengan tuala yang telah dibasahi air suam untuk membuka liang-liang roma.
  2. Campurkan madu dengan oat lalu sapukan ke seluruh permukaan muka
  3. Biarkan selama 10-15 minit
  4. Cuci dengan air suam, kemudiandiikuti dengan air sejuk untuk menutupi kembali liang-liang roma.




Psssttt... Inginkan konsultasi berkenaan masalah kulit muka?? Feel free to contact me ya... I'm more than willing to help (>_____<)





Fai CeritaCinta 
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 H
P: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015