Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, December 31, 2012

Kekurangan zat besi (anemia) boleh bawa maut kepada ibu hamil

Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.


Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi.
  • Kurang pengambilan asid folik (bantu proses penghasilan darah merah) & Vitamin C(bantu penyerapan zat besi dalam badan)
  • Ibu yang kerap bersalin.
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dan lain2.
  • Jangkitan cacing.
  • Pendarahan dari faraj atau buasir.
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.



Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

 
Tanda2 kekurangan zat besi:
  • Badan letih dan lesu
  • Kulit kelihatan pucat
  • Sering hilang fokus
  • Semput
  • Sakit kepala da pening
  • Jantung berdebar dengan cepat
  • Sering lupa
  • Tersangat kurus
  • Loya
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Kepada ibu :
  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin

ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!
 

Kepada Janin :
  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bula
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut



Jadual di bawah antara senarai makanan yang biasa disarankan oleh mana-mana Klinik Kesihatan untuk ibu mangandung.


credit

TAPI,tidak semua makanan yang disenaraikan boleh dimakan sesuka hati. Contohnya organ dalaman. Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains. "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walaupun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Sememangnya dari segi perubatan, organ dalaman dikatakan baik untuk menambah darah. Namun begitu, anda digalakkan membaca Pertembungan Sains dan Ilmu Wahyu dalam pemakanan.  Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda dan anak dalam kandungan...





Pilihan Fai adalah Vitalea-iron Shaklee.




Pengambilan 2 biji Shaklee Vita-lea Iron Formula dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil. Tips tingkatkan HB semasa hamil dengan Vitalea-Iron Shaklee:
  1. Ambil 2 biji Shaklee Vita-lea Iron Formula setiap hari
  2. Pengambilan zat besi bersama Vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum!
  3. Elakkan ambil zat besi bersama kalsium/susu. Ini kerana kalsium/susu boleh mengganggu penyerapan zat besi yang maksimum.
  4. Pengambilan asid folik (SHAKLEE ADA B COMPLEX yg mengandungi asid folic dan semua jenis Vitamin B yg diperlukan badan) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal dalam badan.


credit






Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015