Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, December 6, 2012

Kepentingan kolagen ke atas badan kita... Dapatkah anda bayangkan apa yg akan terjadi pada sistem badan kita jika kolagen dalam badan semakin berkurangan???

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.



FUNGSI KOLAGEN 

1. menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin, prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin - melembapkan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin - menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin - memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur yang baik.
2. mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
 
3. melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
 
4. menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
 
5. menampung air dalam tubuh.
 
6. meningkatkan penyerapan kalsium.
 
7. menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
 
8. menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik




KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN KITA
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan (inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf





TANDA-TANDA PENUAAN
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan



KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.





Harap entri ni bermanfaat buat semua. Kolagen BUKAN sahaja untuk kecantikan, malah ia sebenarnya AMAT PENTING untuk melindungi ORGAN-ORGAN dalam badan kita... kerana kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu, dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada selepas usia 45-50 tahun... Dapatkah anda bayangkan apa yg akan terjadi pada sistem badan kita jika kolagen dalam badan semakin berkurangan???


Sharing is caring...



Fai CeritaCinta 
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

Puan Kutu said...

kolagen ni mmg bagus utk tampil lebih muda.woo baru tahu y sebenarnya kolagen nie baik juga utk fungsi organ

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015