Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Tuesday, December 24, 2013

Set Berpantang Shaklee di Pasir Gudang,Johor

Pagi tadi sebelum hubby pergi kerja, sempat dia hantar Fai untuk COD Set Berpantang Shaklee kat sepupu. Hari Khamis lepas dia ada PM Fai nak kan set berpantang Shaklee ni.. Tup tup, pagi tadi hantar set berpantang Shaklee, rupa-rupanya dia dah bersalin. Dah 4 hari... Hihi.. Comel baby dia, tak sempat nak snap pic sebab hubby nak cepat,nak pergi kerja..

Sempat la Fai explain kat sepupu Fai tu cara makan vitamin yg betul.. Sepupu Fai ni tak ambil full set berpantang Shaklee, dia cuma ambil vitamin untuk cepat baik luka jahitan, vitamin untuk menyusu dan untuk diet. Fai cadangkan yg paling basic untuk dia.. ESP, Vitamin C Sustained Released, Zinc Complex, Lecithin dan Alfalfa..


Untuk cepat baik luka jahitan:
ESP - protein. untuk membina kembali tisu-tisu dan memulihkan badan selepas bersalin.
Vitamin C Sustained Released - membantu dalam proses pemulihan luka.
Zinc Complex - membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim). pilihan terbaik untuk menggantikan ikan haruan atau gamat.


Untuk menyusu:
ESP - memekatkan susu
Alfalfa - milk booster


Untuk diet:

Alfalfa - untuk detox, buang angin dlm badan.
Lecithin - untuk memecahkan lemak dlm badan. (juga sangat baik untuk merawat bengkak susu).



Set Berpantang Lengkap





Pengalaman Fai sendiri berpantang dengan Shaklee.

Pengalaman PERTAMA berpantang, bagi Fai takde lah menakutkan macam yg biasa Fai dengar. Rata-rata yg ada pengalaman bersalin, diorang bagitahu akan terasa ngilu pada tempat jahitan terutama masa kita tengah berjalan. Fai takde pula rasa macam tu. Time jalan tak sakit, cuma nak duduk kena kepit sikit dan posisi duduk tu kena betul. Hihi..

Yang paling best, badan tak rasa penat walaupun malam kerap bangun. Siangnya pula tak rasa mengantuk. Alhamdulillah Fai tak mengalami sembelit. Orang cakap dalam pantang tak boleh minum air masak banyak.. Salah sebenarnya tu... Air masak kena minum banyak tapi dalam kuantiti yg sedikit setiap kali minum. Kalau kurang air masak, tu yg boleh sebabkan sembelit. Berpantang dengan Shaklee, bagi Fai memang best. Badan rasa cergas, susu pun mencurah-curah. Setiap malam mesti baju basah lencun... Mula-mula tu Fai tak tahu, ingatkan si Adam ni kencing.. Rupa-rupanya air susu melimpah.. Hihi...

Luka jahitan alhamdulillah cepat baik.. 18 hari berpantang Fai dah ikut family beraya. Hihi.. Nasib baik la ibu, mak dgn mok ni modern. Dalam masa tempoh berpantang tu takde lah Fai duduk terperap je dalam rumah. Makan pun tak bercatu sangat. Semua Fai boleh makan, kecuali yg bisa2, yg sejuk2.. Tu je lah.. Kuih raya pun Fai boleh makan.Yang bestnya dalam pantang ni asyik makan je la... Hihihi...





Untuk anda yg masih tercari-cari set untuk berpantang, apa kata anda cuba Set Berpantang Shaklee. InshaaAllah inilah set berpantang terbaik yg anda cari...



Hubungi Fai untuk tempahan dan pertanyaan lanjut. I'm more than willing to help (>___<)


Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, December 18, 2013

Kenapa ibu hamil perlukan Omega Guard Shaklee

Antara manfaat minyak ikan sering dikaitkan dengan perkembangan minda bayi kerana mengandungi EPA dan DHA. Tapi pastikan minyak ikan yang anda pilih bebas dari unsur-unsur merbahaya seperti merkuri. Minyak Ikan terbaik adalah Omega Guard Shaklee. Antara sebabnya kerana ia melalui Proses Penyulingan Molekul Berperingkat untuk memastikan ianya selamat dari logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCBs (polychlorinated biphenyls) dan lain-lain.






Jom baca apa kepentingan Omega Guard untuk Ibu Hamil.


1. Perkembangan Otak Bayi

Menurut Dr Sears, ada 2 jenis asdi lemak penting untuk peranan minda manusia iaitu Omega-3 dan Omega-6. Kedua jenis Omega ini merupakan KOMPONEN UTAMA DI DALAM MEMBRAN SEL OTAK.


2. Pembentukan Mata Bayi

Retina mata bayi memerlukan kandungan Asid Lemak DHA yang tinggi. Asid Lemak DHA ini hanya oleh diperolehi daripada makanan yang mengandungi asid lemak. Lebih banyak makanan berasid lemak yang kita ambil, lebih bagus untuk pembentukan mata bayi.


3. Mengurangkan risiko eczema

Menurut kajian British Medical Journal walaupun ibu dan ayah bayi mempunyai sejarah eczema, jika si ibu mengaamalkan minyak ikan semasa mengandung, ia akan membantu mengurangakan risiko bayi untuk mendapat eczema. 

DHA dan EPA dari minyak ikan mengurangkan keradangan dalam tubuh bayi yang menjadi punca eczema atau pelbagai alahan kulit.


4. Melembutkan "laluan keluar" bayi

Minyak ikan mengandungi asid lemak yang secara tidak langsung akan melembutkan laluan keluar bayi. Ini akan memudahkan proses kelahiran.







Kenapa Omega Guard Shaklee??

Kerana Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan Jepun. Penyelidikan lanjut mengenai ikan laut air sejuk menunjukkan: Ikan laut air sejuk mengandungi ASID LEMAK TIDAK TEPU YANG SANGAT TINGGI, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, merawat penyakit lelah dan alahan kulit. 



Secara ringkasnya, ibu hamil perlukan Omega Guard Shaklee untuk membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Sangat penting terutamanya pada 3 bukan terakhir perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan.





Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, December 11, 2013

5 sebab kenapa anda perlu memilih Omega Guard Shaklee

Ada banyakkk supplemen MINYAK IKAN di pasaran.. TAPI apa bezanya minyak ikan di pasaran tu dengan Omega Guard Shaklee..??

Fai berani jamin Omega Guard Shaklee adalah MINYAK IKAN TERBAIK di pasaran.. Bagus sangat ke Omega Guard ni..??






Jom baca kenapa Omega Guard Shaklee ni dikatakan minyak ikan terbaik di pasaran..

1. Proses Penyulingan Molekul Berperingkat

Minyak ikan Shaklee melalui proses penyulingan berperingkat untuk memastikan ianya selamat dari logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, PCBs (polychlorinated biphenyls) dan lain-lain.

Tahukah anda kebanyakkan minyak ikan di pasaran mengandungi PCBs yg berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Anda boleh rujuk website Fish Oil Safety untuk info lanjut.

Selain daripada memastikan ianya 100% selamat, proses ini juga:
  • Memekatkan (concentate) dan menulenkan (purity) lemak Omega-3.
  • Mengurangkan oxidation dan pembentukan lemak trans (trans fat).
  • Mengurangkan bau dan rasa hanyir.

2. Minyak Ikan Kecil di Lautan Dalam

Minyak Ikan Shaklee diambil daripada ikan-ikan kecil di lautan dalam yang sejuk kerana ikan-ikan di kawasan tersebut tidak terdedah kepada pencemaran dan toksik seperti merkuri. 

Kajian juga menunjukkan bahawa ikan di lautan sejuk mempunyai kandungan Omega-3 yang lebih tinggi.


3. Kandungan Omega-3 yang Lengkap

Omega Guard Shaklee lengkap dengan kesemua 7 jenis asid lemak Omega-3 yang diperlukan oleh badan termasuk EPA dan DHA. 

Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA membantu:
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengawal kandungan kolesterol dalam badan.
  • Memastikan tekanan darah normal.
  • Memelihara mata, otak dan sendi.

Untuk wanita yang mengandung dan ibu yang menyusu, EPA dan DHA sangat penting untuk pembentukan otak bayi serta pembinaan sistem imun mereka.

Disebabkan badan tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 dengan sendirinya, maka adalah sangat penting untuk kita mengamalkan supplement Omega.


4. Kandungan DHA dan EPA yang Lebih Tinggi

Mengikut kajian yang tekah dibuat, Omega Guard Shaklee mempunyai kandungan DHA dan EPA yang lebih tinggi berbanding jenama lain. 

Anda boleh rujuk carta di bawah untuk melihat sendiri perbezaan kandungan antara Omega Guard Shaklee dengan jenama lain.


5. 100% Semulajadi

Minyak Ikan Shaklee adalah 100% semulajadi, tiada perasa dan pewarna tiruan serta tiada bahan pengawet.

* Jangan risau, Omega Guard Shaklee adalah Halal ya..


credit info: HERE



Siapa yang perlukan Omega Guard Shaklee?


1. Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan minda bayi semasa dalam kandungan
  • Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
  • Membantu mengurangkan alahan selepas bayi dilahirkan.




2. Ibu Menyusu
  • Membantu perkembangan minda bayi.
  • Meningkatkan pembentukan imun sistem anak.
  • Membantu si ibu diet tanpa mengganggu pengeluaran susu.


3. Kanak-kanak
  • Membantu perkembangan minda kanak-kanak.
  • Meningkatkan imun sistem badan.
  • Mencegah penyakit jenis alahan seperti asma, eczema, selsema, batuk.


4. Orang yang nak diet.
  • Meningkatkan metabolisma badan seterusnya meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Omega-3 membantu meningkatkan paras hormon Leptin yg berfungsi membantu kita mengawal selera makan.

5. Merawat Eczema
  • Asid lemak Omega-3 akan bertindak balas dengan "antiflammatory hormones". Maksudnya, ia boleh membantu sebagai agen anti radang.
  • Menguatkan membran sel - mencegah keradangan dan mengurangkan kegatalan kulit.
  • Melembapkan kulit - mengelakkan kulit kering dan mengurangkan eczema.

6. Untuk Kesihatan Optimum
  • Memelihara dari penyakit berkaitan jantung, obesiti, mengawal tekanan darah, menyokong kesihatan sendi dan macam-macam lagi.
  • Meningkatkan kepekaan dan daya ingatan.



Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee?
Jangan segan-segan ya hubungi Fai...
I'm more than willing to help (>___<)



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, December 10, 2013

Shaklee.. We are DIFFERENT..

Sabtu lepas (7 Dec 2013), selesai sudah majlis Recognition dan Motivation Rally anjuran Shaklee yang diadakan di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.. Fai dijemput hadir untuk terima sijil atas pangkat Coordinator Shaklee. Memang sangat teruja sebab ni lah first time pihak Shaklee jemput. Hihi... Apa yang Fai nak highlightkan kat sini, Shaklee adalah business FAMILY. Family adalah yang PALING UTAMA. Fai amik sijil atas pentas bersama-sama dgn hubby, dan siap angkut si Adam sekali... Sampai ada rakan yg bertanya hairan, "eh, boleh ea bawa baby sekali.." Hehe... That's why I choose Shaklee kerana suami dan anak2 tak diabaikan...


Jom layan gambar..

My hubby, tulang belakang Fai dalam Shaklee



bersama anak cucu yg hadir.. anda semua sumber kekuatan Fai


Semuanya terasa bagaikan mimpi.. Dulu Fai cuma coretkan semua impian Fai di entri ni.. SIDE INCOME DENGAN SHAKLEE... Masa tu memang saje-saje jer tulis. Tapiii tak sangka sekarang ianya benar2 terjadi.. Apa yg dicoretkan dalam entri tersebut menjadi KENYATAAN... Alhamdulillah...

Fai dah pun bergelar COORDINATOR..

Fai dah pun berjaya mendapatkan CAR BONUS..

Fai dah berjaya dapatkan satu tiket FREE untuk National Trip fully sponsored by Shaklee..sekarang tengah struggle untuk tiket kedua..nak pegi dengan hubby..

dan...

Fai dah pun officially WAHM in December 2013..



Alhamdulillah... Semua yg diimpikan dah pun jadi kenyataan.. Dengan Shaklee semua ni tak mustahil. Ni BUKAN cerita dongeng, TAPI ianya kisah benar...

Jom sama-sama keluar dari ZON SELESA. Kita semua boleh dapat lebih daripada gaji kita sekarang. Percayalah… Jika Fai boleh, anda pun boleh. Ramai yg dah buktikan mereka berjaya dengan Shaklee.  Ada yg income dah mencecah 5-6 angka dengan Shaklee. Jika mereka boleh dapat sehingga 6 angka bonus dengan Shaklee, kita pun PASTI BOLEH. Tapi mestilah kena ada SISTEM yg betul dan juga tunjuk ajar dari Mentor yg betul.
  
Jika anda inginkan hidup yg biasa-biasa bertukar menjadi LUARBIASA.. Anda perlu lakukan "sesuatu" yg LUARBIASA... Jom sertai Fai dalam Empire Infinite Limit. Fai akan bantu anda untuk sama-sama merasa apa yang Fai dah rasa dengan Shaklee. InshaAllah segala impian anda PASTI akan jadi kenyataan... dengan syarat, JUST DO IT..!!!

Jangan segan-segan hubungi Fai jika anda ingin Fai bantu untuk anda "keluar" dari kehidupan anda sekarang.. I'm more than willing to help... Fai cuma bantu 5% sahaja, selebihnya dari diri anda sendiri kerana hanya anda sahaja yang berhak untuk tentukan hala tuju bisnes anda..




# hidup luarbiasa hebat dengan Shaklee <3



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


Thursday, November 28, 2013

Vivix Shaklee satu penyelesaian untuk penyakit kronik

...Shaklee Vivix, feel 25 years younger and live 25 years longer... ini adalah guarantee dari pihak Shaklee sendiri kerana kajian telah dilakukan dan telah terbukti Vivix mampu buat kita kelihatan 25 tahun lebih muda...

VIVIX SHAKLEE mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang KAYA DENGAN POLIFENOL menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang MENGANDUNGI KHASIAT ANTIOKSIDAN DAN SEL ANTI-PENUAAN SEMULAJADI.

 
VIVIX adalah satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular. Di kala usia meningkat, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan.


Bagaimana VIVIX bertindak?
Badan kita berhadapan dengan 4 mekanisma penuaan selular.

1. Kemusnahan DNA
Setiap sel di dalam badan kita sentiasa diserang oleh berjuta-juta anasir pemusnah DNA yang boleh membahayakan data asas untuk sel genetik. Ia juga akan menghasilkan “typo” yang mengganggu fungsi-fungsi sel serta ketahanan.

Kandungan VIVIX membantu untuk memelihara dan membaikpulih sel DNA selular.

2. Pengawalan genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan selular penuaan dengan mengawal keseimbangan dinamik di antara kadar kemusnahan dan pembaikpulih. Ini termasuk sel hidup atau mati.

Kandungan VIVIX memberikan kesan positif kepada penyusunan genetik yang melambatkan proses penuaan selular.

3. Kemerosotan pengeluaran tenaga selular
Mitokondria di dalam sel kita menghasilkan tenaga yang kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Apabila keberkesanan mitokondria berkurang maka fungsi sel juga akan menjadi lemah.

Kandungan Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria.

4. Pengumpulan Protein AGE
Pengumpulan Advanced Glycation End Products (AGE) Protein yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan sel yang boleh menjejaskan integriti serta daya tahan sel.

Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.




Siapa yang memerlukan Vivix? 
Sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi untuk kesihatan.

Biasanya bila customer dah beli Vivix ni, disarankan tidak perlu mengambil suplemen lain kerana harganya yang agak "mahal". Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk MEMPERBAIKI SEL, MENGHAPUSKAN RADIKAL BEBAS DAN MEMPERBAIKI DNA..

TAPI, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Kesan akan nampak lebih CEPAT dan EFEKTIF jika anda mengambil Vivix bersama-sama supplemen lain ♥

 
credit: Bee&You


Jom baca apa kata mereka yang dah mencuba Vivix... Lets the picture speak for itself (>___<)





































Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, November 26, 2013

Vivix merawat kanser...






Baca testimoni dari blog Ustaz Taufiq (Tonik Ajaib, VIVIX Shaklee), tetibe perasaan sayu menjelma..
 
Ingat lagi, tahun 2011.. Sebulan lepas kahwin, Fai join Shaklee. Ramadhan 2011.. arwah abah (ayah mertua) disahkan mengidap kanser mulut dan terpaksa menjalani kemoterapi di HSI... Dalam hati memang Fai dah pasang niat nak berikan abah VIVIX sebagai ikhtiar terakhir untuk menyembuhkan penyakitnya. Tapi Allah lebih menyayangi beliau.. Lepas kemoterapi terakhir, arwah abah telah dijemput Ilahi pada 6 Muharam 1433H (tarikh masihi x ingat)...

Tapi Fai tak ralat kerana sempat berikan arwah ESP sebelum menjalani kemoterapi. Arwah abah memang sangat suka minum ESP, katanya badan rasa bertenaga... Ingat lagi, masa beliau dah mula tak larat nak bangun.. badan dah mula lemah.. beliau sendiri yg request ESP.. Kebetulan masa tu stock ESP dah habis kat rumah, husband "pecut" pegi branch dan belikan beliau setin ESP... Syukur stok ESP ada di branch. Itulah kali terakhir beliau minum ESP sebelum disahkan menghidap kanser dan terpaksa "berkampung" di hospital hampir sebulan... Semoga ruhnya tenang di sana.....

Fai sangat terkesan dengan kata-kata ini "boleh membantu org tua adalah kenangan paling manis sblm dia prgi tinggalkan kita.." Siapa yg tak sayang ibu, siapa yg tak sayang ayah..?? betul x..?? Pagi tadi ibu msg dan katanya "kalau ada duit lebih ibu nak beli vivix la bulan ni.." sayuuu hati seorang anak mendengarnya... Fai terdiam, tak mampu nak reply msg ibu.. "takpe bu, akak hadiahkan ibu vivix.. doakan akak boleh bagi ibu vivix setiap bulan..." Apalah nak dikira dgn sejumlah wang sekiranya ia dapat membuat org tua kita senyum bahagia... Fai TAK NAK MENYESAL UNTUK KALI KEDUA.....

 






Korang, jom hadiahkan Vivix untuk ibu dan ayah kita... 

"dapat membantu ibu dan ayah menjadi lebih sihat adalah KENANGAN PALING MANIS SEBELUM MEREKA PERGI MENINGGALKAN KITA..."





Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, October 30, 2013

Perkara ASAS penyusuan yang perlu anda tahu

Jangan bermimpi nak susu melimpah ruah kalau anda sendiri "terlalu rajin" nak amalkan 5 perkara asas dalam penyusuan...
Apa dia 5 perkara asas dalam penyusuan sehingga boleh menyebabkan susu  memancut-mancut sampai basah baju?

InsyaAllah sesiapa yang menjaga 5 Perkara Asas ini, susu akan melimpah ruah. anak kenyang dan ibu lebih tenang dan bertenaga..

Yang "terlalu rajin", susah la nak dapat susu melimpah ruah…






5 Perkara Asas Penyusuan Yang Perlu Anda Tahu

1. Amalkan Pemakanan Berzat dan Nutrisi Seimbang
  • Kurangkan makanan rapu dan minuman berkafein. Lagi power, eliminate terus! Pengalam Fai sendiri, satu hari tu saje test sarapan dengan minum teh o suam... Sejam lepas tu pam, memang susu merudum. Taubat, sekarang ni langsung tak ambil kafein lagi...
  • Amalkan Set Penyusuan Shaklee untuk membantu memastikan badan anda mendapat zat & nutrisi yang secukupnya
 
2. Emosi yang Ceria dan Tenang
  • Susu hanya boleh jadi lancar bila kita tenang, relax dan ceria.. Amalkan berzikir setiap kali pam/direct feed baby..
  • Salah satu cara utk ceria adalah dengan menatap gambar anak semasa pam susu... hihi.. 
  • Set Breastfeeding Shakleemengandungi B-Complex yang membantu merangsang hormon serotonin iaitu sejenis hormon “Ceria”.
 
3. Pengambilan air minimum 3 liter sehari
  • Lebih kurang 80% susu ibu adalah air. Nama pun susu, confirm lah cecair kan?
  • Jadi kalau air tak cukup 3 liter, makanlah vitamin apa pun… milk booster apa pun… Confirm susu tetap takkan melimpah ruah... Sejak BF Adam, Fai boleh habiskan sampai 4 liter air sehari. Memang akan rasa kerap haus. Tidur malam, Fai akan standby air masak dalam botol 1.5liter dan letak sebelah katil. Bila tersedar jer minum sikit-sikit..
 
4. Pam/ breastfeed 2 atau 3 jam sekali
  • Breast kita perlu dirangsang utk menghasilkan susu. Bukan setakat jaga pemakanan semata-mata.
  • Lagi kerap dirangsang, lagi banyak susu dihasilkan
  • Nak senang faham, konsep susu ibu adalah supply and demand. Lagi banyak demand, lagi banyak badan akan supply.
  • Kalau baby dah reject direct feeding, rangsang dengan cara pam breast setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Kalau rasa low lagi, buat power pumping
 
5. Doa kepada Allah supaya diberi kekuatan dan kesabaran untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun+
  • Sentiasa ingat, setiap yang bernyawa kat dunia ni, Allah yang tentukan rezeki dia
  • Jadi  kalau nak rezeki melimpah ruah, kena dekatkan diri kepada Allah dengan sungguh- sungguh. Berdoalah penuh pengharapan.







Berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee? 
Jangan segan-segan contact Fai ye...  I'm more than willing to help (>___<)


Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, October 28, 2013

Kisah Cinta Fai dengan Babywearing..

Mula terjebak dengan babywearing ni masa Mom's and Baby Expo di Johor Bahru, 29 September 2013... Fai dgn hubby mulanya nak survey stroller sebab ktorang ni "kaki" jalan... Senang nak angkut Adam ke mana2. Kalau tak, jenuh nak dokong si Adam tu sampai lenguh2 tangan. Haha... Lagi satu sebenarnya SANGAT TAK SELAMAT ok dokong baby bila berjalan...

Entah macam mana, masa baby expo tu ktorang tergerak nak ke booth Lunatots. Kebetulan sehari sebelum tu Fai memang ade survey online tentang Boba Carrier.. Ape lagi, Fai gunalah kesempatan yg ade untuk try la gadjet yg ada. Mule-mule Fai try Boba 3G, ok not bad. Then Fai try Boba Wrap pula. Memang rase selesa. Hubby yg tengok pun die cakap nampak Fai lagi selesa dgn Boba Wrap tu.. Ktorang round2 dulu... dah nak balik baru decide beli Boba Wrap tu... Masa tu harga memang murah, RM158 jer... 

Mase mula2 nak "mewrapkn" diri tu memang kekok sikit la. Yelah, langsung xde experience... Fai belajar  wrap guna Boba Wrap ni dari youtube... Tengok banyak kali and practise... Mule2 Adam pun macam tak berapa selesa. Tapi dah "gendong" banyak kali, Adam dah mula biasakan diri. Masuk je dalam wrap, enjut2 sikit... dalam 10 minit dah tido. Senang ibu dgn papa nak shopping. Hehehe...




Fai ade join group babywearing - Selat Tebrau Babywearing... dari situlah Fai banyakkkk belajar tentang babywearing ni. Memang sangat best group tu... Sekarang ni Adam dah 3 bulan, dah tak berapa sesuai dgn boba wrap ni sebab kainnya jenis stretchy... Adam akan mudah ke bawah bila digendong. 

Sabtu lepas hubby baik hati hantar Fai kat umah "otai" babywearing Kak Ayu, sebab Fai nak cuba Meitai dia... Kak Ayu punya meitai jenis Wrap Convertion Meitai. Memang SANGAT SELESA... Fai "sewa" seminggu nak kasi feel "bermeitai"... Hihi... 

Semalam (27 Oktober 2013), pegi majlis convo adik kat UTM dgn bermeitai. Hehehe... Nasib baik ade meitai, takdelah penat nak dokong Adam.. Parking jauh, kena panjat bukit pulak tu.. Adam pun nampak selesa sangat dalam meitai...

tengok tu, lena betul die tido...


K A M I




Seriously Fai dah mula JATUH CINTA dengan babywearing ni.... Rasa SANGAT DEKAT dgn Adam. Fai paling sukaaaa tengok Adam tido dalam wrap. Nampak Adam selesa sangat. Bonding antara kami makin dekat... Nak ke mana2 pun senang... Confirm lepas ni Fai akan rinduuu saat berbabywearing dgn Adam...

Ehem..! Nak kena cari jugak ni WCMT (wrap conversation meitai). Hihihi... Sejak dah berjinak2 dgn babywearing ni, rasenya dah tak perlu lagi cari stroller.. Jimatttt duit, hehe..

Kalau korang nak menjinakkan diri dgn baby wearing ni, nak beli wrap belilah WOVEN WRAP atau WCMT... bagi Fai, dua ni memang selesa sangat untuk menggendong baby anda ke mana2. Rasenya SSC Fai tak beli dulu kot sebab dah JATUH CINTA dgn wrap. hehehe...

Antara page yg korang boleh refer tentang babywearing:

BebeSachi

Yammie Babywearing Arts






# iklan jap: sesiapa yang nak COD Vitamin Shaklee area Pasir Gudang, boleh contact Fai... ada harga "special" untuk anda yg COD dgn Fai... (>_____<)



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, October 22, 2013

Ini semua salah ESP Shaklee...

Ehem2... ade yg tegur Fai semakin berseri-seri... alamak, yeke?? malunyerrr... 

Ini semua salah ESP... iyer, memang salah ESP..!! ni semua ESP punya "kerja"... Hihihi...


Meh Fai nak share sikit antara kepentingan ESP untuk kita..

  • nak KURUS - ESP mengawal selera makan
  • nak PUASA - ESP memberi rasa kenyang lebih lama, membekalkan tenaga sepanjang hari 
  • nak PERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU - ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu ibu
  • nak CANTIK - ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit
  • nak SIHAT - ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya.
  • kalau PREGNANT - ESP menguatkan rahim untuk pembentukan otot baby
  • NAK PREGNANT - ESP memelihara dan memulihara rahim dan membekalkan tenaga untuk si ibu

Patutlah stock ESP kat rumah tu kejappp jer licinnnn. Restock 4 tin, 2 hari dah habisss... Semua nak gebusss dan berseri2 dgn ESP. Bukan tu jer, sebab ESP ni banyakkkkkk manfaatnya... Memang bestttt..!!!

Pantang restock ESP kat rumah, MESTI ade jer yg akan beli... sebab mereka semua dah rasa sendiri kesannya... Fai pula, kalau sehari tak minum ESP memang rasa tak lengkap jer hiduppp..... hihihi.. (>_____<)

 
Pssstttt, jom transfrom diri jaDi CANTIK, SIHAT dan BERSERI-SERI dengan ESP Shaklee...







feeling cun dgn ESP... sila jgn muntah yerk... hehe





Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, October 10, 2013

Mengajar anak minum susu menggunakan botol...

Dulu masa dalam pantang, Fai risau sangat-sangat takut Adam tak nak menyusu dalam botol.. dan takut juga Adam akan keliru puting bila dah diberikan susu menggunakan botol...

Google info tentang bagaimana cara untuk mengajar bayi hisap susu dalam botol.. Memang banyakkk sangat info... Ni antaranya :



Alhamdulillah Adam budak bijak. Dia pandai minum susu dalam botol dan langsung tak keliru puting... Masa dalam pantang ada  la 2-3 kali nanny nya berikan Adam susu dalam botol... dan 2 minggu sebelum Fai naik kerja, hubby tolong berikan Adam susu dalam botol.. Rasenya memang tak sampai 5 kali pun Adam menyusu dalam botol sebelum Fai naik kerja. Tapi Alhamdulillah Adam sangat cepat adapt... First day hantar Adam ke baby sitter, akak tu pun cakap Adam pandai menyusu dalam botol. Lega hati ibu... Hihi...


rindu pula time Adam masih baby... hihi...



Dulu masa pregnant, Fai memang bercadang nak belika Adam botol mimijumi... Tapi bila baca review orang, membazir pula beli kalau Adam tak nak minum susu guna botol tu. Sebab ada yg cakap putingnya agak keras... Lastly, Fai cuma gunakan puting Orthodontic Shape Teat Jenama Fiffy jer... Murah pun murah, hihihi...


credit pic here



credit pic here







Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, October 7, 2013

ESP sangat membantu memekatkan susu ibu...

Sebelum ni Fai jarang nak share tentang breastfeeding kat sini.. Yela, sebab takde pengalaman. Tak best nak cerita berdasarkan pengalaman orang ni. Tak feel.. Hihihi...

Dulu, Fai cuma dengar jer kawan-kawan bagitahu ESP ni memekatkan susu ibu.. Bila ada customer yg tanya tentang Set Breastfeeding Shaklee, Fai akan bagitahu ESP membantu memekatkan susu ibu. Tapi Fai hanya bagitahu berdasarkan pengalaman kawan-kawan... Sebenarnya tak best, sebab rasa kurang yakin... Sebab Fai sendiri tak tahu susu tu akan jadi "pekat" yg macam mana..

Tapi, bila Fai sendiri breastfeeding... dan Fai memang ambil Set Breastfeeding Shaklee.. memang TAK DINAFIKAN, ESP sangat membantu memekatkan susu ibu.. Fai sendiri dah buat eksperimen dengan membandingkan susu perahan bila Fai minum ESP dengan susu perahan tanpa minum ESP...


Fai simpan freeze ebm dlm plastik aiskrim jer. Sebab senang nak thaw, rendam dalm air tak sampai 15min dah cair. Jimat masa. Hihihi... Susu sebelah kiri nampak lebih pekat, warna kekuningan dari yg sebelah kanan kan?? Hah, tu lah bezanya susu "berESP" dgn susu tanpa ESP. hihi... Fai sendiri yg tengok susu "berESP" tu nampak sedappp... nampak lemak berkrim jer...

Last week, seminggu Fai stop minum ESP sebab tak sempat nak pegi branch. Bila pam susu, sedih rasanya tengok susu cair. Lemah jer semangat.. Nak pam pun rasa malas... susu pun kurang meriah walaupun Fai makan Alfalfa, sekali pam paling banyak dapat 4 oz jer..



Sangat happy tengok hasil perahan untuk sesi pertama hari ni.. Dapat 7 oz... Dalam gambar ni cuma 5 oz jer, lagi 2 oz dah simpan dalam peti ais. Hihi... Alhamdulillah, syukur.. Memang sangat puas hati bila tengok susu pekat... dan yang paling best sebab susu meriahhhh. Sebelum ni, masa Fai stop ESP... setiap kali pam cuma dapat 4oz jer walaupun dah makan Alfalfa.. tapi bila minum ESP, dapat 7 oz.. Harap-harap sesi kedua dan ketiga nanti pun meriah macam ni juga. Lagi satu perkara yg Fai perasan, bila minum ESP rasa cik B cepat jer penuh...

Bagi Fai, Set Breastfeeding Shaklee amat membantu dalam menjayakan penyusuan especially menyusukan baby boy. Sebab baby boy ni SANGAT KUAT MENYUSU... dan yg Fai perasan, sejak dah start balik minum ESP.. Adam suka menyusu, sampai tersedak-sedak. Papanya cakap Adam minum susu ada ESP macam makan KFC. Hehehe... Adam pun tidur makin lena... sampai ibu terpaksa kejutkan untuk menyusu. hihihi... Sorry ye sayang, lepas ni ibu janji tak akan skip minum ESP lagi. Ibu akan standby stock ESP awal-awal...




Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015