Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, January 23, 2013

Pregnancy Check Up di KK Masai

Check up kali Pertama

24 December >> buat buku merah. 

Sampai kat KK Masai pukul 7.20am.. Orang dah ramai time tu. Bg ic, then tunggu nurse panggil nama. Kena gi makmal untuk check urine dan amik darah. Memang lama tunggu sebab org ramai.. kul 9 baru nama kena panggil. Pengalaman pertama buat buku, Fai tak tahu pula kena standby siap2 bawa bekas untuk tadah urine. Haha.. Nasib baik la ada botol kosong kat toilet. Bila turn amik darah pula, Fai ingat nurse tu cucuk hujung jari jer. Rupe2nya die amik 1 tube.. Adoiii.. Fai tak tengok pun masa nurse tu amik darah, takuttt... Sebab sebelum ni memang tak pernah kena amik darah. Hehe... Rasanya mcm mana? Sakittt wooo.. Aganya sebab Fai ni jenis yg tak bape tahan sakit..

Lepas tu kena hantar darah kat Farmasi pula. Tunggu result untuk Thalasemia.. Alhamdulillah negatif.. Bawa result tu ke tempat tadi.. Rupa2nya baru nak start buat buku. Yang tadi tu semua untuk direkodkan dlm buku merah tu nanti. Hehe.. Mule2 kena timbang, berat Fai masa tu 44.5kg jer. Nurse cakap "awak ni kecik sgt la dik". hehe... 

Time ni dah 10.00am. Kesabaran mula diuji... Setiap sorang yg masuk dalam jumpa nurse, amik masa sejam baru keluar. Mak aiii... Memang lamaaa.. Perut dah lapar. Badan dah mula menggigil... Msg husband mintak tlg amikkan air dgn kismis dalam keta. Dapat la jugak alas perut. 11.30 baru nama kena panggil. Nasib baik nurse yg bertugas tu baik. Xde check apa2 pun, cuma isi butiran peribadi jer. Nama, nama husband, no tel, alamat.. etc... Ada la jugak nurse check perut, tgk ok ke x.. Pung pang pung pang, dalam 12.15 baru settle.. Seksa rasanya... Macam dah tak sanggup jer lagi nak check up kat KK ni..





Check up kali ke-2

Semalam (22 Jan 2013).

Tak nak jadi macam hari tu, so 6.30 dah keluar rumah. Gelap2 dah sampai KK Masai. Beratur siap2... Pintu buka jer terus amik no. Alhamdulillah dapat no 3.. SUKEEE... Mcm biasa, kena check urine. Kali ni Fai dh standy bawa bekas untuk isi urine.. hehe. Alhamdulillah urine ok.. Amik darah lagi, tapi kali ni cucuk hujung jari jer. Untuk check HB.. HB Fai 12.9.. Alhamdulillah ok..

Lepas tu kena timbang. Berat 43.4kg, turun 0.6kg.. Fai memang dah agak turun sebab kurang makan. Makan sikit dah rasa tak nak. Check tekanan darah. Alhamdulillah ok.. Masuk jumpa doktor. Doktor tanya da muntah2 tak, doktor check kaki tengok bengkak ke tak, check mata.. Check perut.. Then doktor cakap, "saya nak scan nak tunjung awak jantung baby"

SUBHANALLAH..!!! ALHAMDULILLAH..!!! Nampak degup jantung "dia", nampak tgn dgn kaki "dia".. Subhanallah... Macam tak percaya ada lagi satu nyawa dalam rahim ni... Excited sgt nak cerita kat hubby. Hehe...

Pagi tu settle pukul 9.00.. Memang cepat..!!! Sukeee... Next appointment 19 Feb 2013..
 





Dulu, selalu ngelat amik ESP... NOW, Fai janji dgn diri sendiri tak nak skip ESP.. Sehari wajib amik 3sudu besar ESP.. Sebab Fai tak nak next check up nanti berat turun lagi.. Kesian kat baby... Lagipun ESP ni bagus untuk tumbesaran baby.. ESP ni sumber protein terbaik.. dan off course supplemen yg lain Fai tak kan skip lagi. WAJIB konsisten makan setiap hari... Semalam masa restok vitamin, Fiona (JB Shaklee Branch Manager) pesan "bila pregnant, jgn fikir nak makan sedap jer. tapi kena makan yg berkhasiat. Sebab apa yg kita makan sekarang adalah untuk baby... tak boleh fikir untuk u sorang jer.." Yup, its true.. dan yg lebih penting, tumbesaran dan perkembangan minda kanak2 bermula seawal dari dalam kandungan lagi.. Bukan senang nak dapat si "dia". Macam2 usaha kami lakukan.. Setahun lebih kami tunggu untuk dapatkan si "dia"... Fai takkan sia-siakan amanah dariNya.. Fai akan jaga "dia" sebaik mungkin dan hanya akan berikan yg terbaik untuk "dia".. In shaa Allah...

"Sayang, duduk diam2 dalam perut mak ye.. Mak dgn papa sayang awak tau.."






Fai CeritaCinta 
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

Fiza Rahman said...

Tahniah Fai. tertinggal ketapi ☺☺

Selamat menempuh 40 minggu nan indah. Take care.

Cho Zila said...

biasalahtu.. dah biasa nanti senangjer... gituler adanya...

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015