Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Tuesday, January 15, 2013

Thank you Allah for the precious gift..!!

Jumaat, 21 December 2012.. Hari pertama Fai dapat lihat adanya "si kecil" kat rahim ni. Masa tu baby dlm perut ni baru berusia 9 minggu 1 hari... SUBHANALLAH... Tak tau nak bayangkan perasaan time tu mcm mana... Sebak, terharu.. happy.. semua adalah... Subhanallah... Syukur Ya Allah..!!!


baru sebesar 2.30 cm :-)



Setahun 9 bulan menanti.. Macam2 usaha... Pergi check pakar sakit puan, alhamdulillah doktor cakap ok. Pergi berurut, ni pun kebetulan kawan ibu yg suggest (Fai akan share tentang ni kat entri lain).. Jaga makan... Supplemen asas memang Fai tak pernah tinggal sebagai persediaan untuk mengandung. Alhamdulillah, akhirnya penantian kami berakhir. Terima kasih atas doa family, doa kawan2... Doa kawan2 blogger.. Sebab Fai suka blogwalking kat blog mummy to be... dan minta mummy2 ni semua doakan Fai cepat dapat baby, org cakap doa ibu mengandung ni makbul. Hehe..

Sepanjang trimester pertama ni semuanya ok jer... MORNING SICKNESS memang takde... Alhamdulillah... Cuma tak boleh terlebih makan jer la. Kalau tak, mesti rasa nak termuntah. Tapi setakat ni, xde lagi muntah2. Makan tak boleh banyak. Kena makan dlm kuantiti yg sikit tapi kerap. Memang best pregnant macam ni.. Hehe... Mungkin sebab Fai dah start ambil supplemen Shaklee ni dari awal, sebab tu takde alahan sangat. Member ofis pun semua tak tahu yang Fai pregnant, sebab tak nampak pun macam Fai ni tengah pregnant. Cergas semacam.. Hehe... Kalau macam ginilah gayanya.. Anak setahun satu pun Fai sanggup. Haha..

Akhir bulan kedua, Fai dah mula rasa sakit2 pinggang.. Tak boleh diri lama, nanti kaki rasa macam nak krem. Rasa lemah. Duduk pun rasa sakit pinggang.. Tapi rasa tu bukan setiap hari, kadang2 jer... Bila check balik, rupa-rupanya Fai terlupa nak makan Ostematrix... Lepas KONSISTEN makan ostematrix, Alhamdulillah takde rasa sakit pinggang lagi. Takde dah rasa kaki macam nak krem... Memang best sangat... (>___<)
 

Alhamdulillah, syukur sangat sebab Fai ditemukan dengan Shaklee sejak dari sebelum pregnant lagi...  Sebab Fai fobia sebenarnya, takut jadi macam ibu Fai. Ibu cerita.. Masa trimester pertama, ibu sampai kena masuk ward sebab muntah2. Ibu langsung tak boleh makan apa2.. Bila dah masuk air baru ok. Ibu asyik ulang alik ke hospital je sepanjang trimester pertama... Masa baru2 kahwin dulu, ayah pun ada pesan kat Fai "dah mengandung nanti jangan jadi mcm ibu, susah.. tak boleh makan, tak blh bangun.. muntah2 jer... empat kali ibu kau mengandung, semua mcm tu.." Memang Fai tak nak jadi macam ibu.. Masa tu memang Fai dah ckp dgn diri sendiri, "masa aku mengandung nanti xde muntah2, xde morning sickness.." dan sebab tu jugaklah dari awal lagi Fai KONSISTEN makan supplemen Shaklee (ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C). Sebagai langkah berjaga-jaga. Hehe... Alhamdulillah... Trimester pertama yg sangat best..!! Syukur dianugerahkan kesihatan yg baik sepanjang pregnant... Thank you Allah for the precious gift..!!


Jom join Fai pregnant dengan Shaklee.. Memang besttt... (>___<)





Fai CeritaCinta
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 852741
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

nn lylyn said...

tahniah =) sy belum diberi rezeki lg hukhuk

LYAfrina said...

alhamduillah fai..
tahniah ye..smoga baby mbesar dgn baik.. mama babypon takecare.. shaklee kan ada byk vit utk ibu mgndung kan...

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015