Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Tuesday, March 26, 2013

Bahaya kurang darah (anemia) ketika hamil

Masalah kurang darah antara perkara "popular" yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil. Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa ibu hamil sering mengalami masalah kurang darah ni. Meh Fai nak explain sikit. ececehhh.. hihi.. Thanks to blogger MamaAlyaBiz atas info ni...


Semasa hamil keperluan zat besi meningkat berikutan jumlah darah dalam badan si ibu bertambah sehingga 50% dari biasa. Zat besi penting untuk pembinaan haemoglobin. Haemoglobin ni pula PENTING kerana ia merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan dan SANGAT DIPERLUKAN oleh bayi yang sedang membesar dalam rahim si ibu.




Punca kurang darah:
  • Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam zat harian.
  • Mengalami muntah yang kerap pada trimester pertama kehamilan.
  • Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
  • Masalah perubatan seperti malaria, thalasemia, leukemia, buasir dan pendarahan dari faraj.

Tanda - tanda kurang darah di kalangan ibu hamil:
  • Pucat
  • Rasa letih dan tidak bermaya
  • Kesukaran bernafas / sesak nafas
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan berdebar-debar
  • Degupan jantung cepat

Kesan kepada ibu:
  • Mudah mendapat jangkitan.
  • Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat.
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
  • Kematian si ibu ketika melahirkan

Kesan kepada bayi:
  • Keguguran
  • Pembesaran janin terbantut
  • Anak lahir tidak cukup bulan
  • Anak lahir kurang berat badan
  • Anak mati dalam perut

credit to Che NamNam



# Perasan tak, kalau check up kat KK nurse mesti marah bila bacaan darah kita rendah?? Betul tak??



Seriuskah masalah anemia saya?

< 6.9 : SANGAT TERUK

6.9 - 8.0 : TERUK

8.0 - 9.5 : SEDERHANA

9.5 - 10.5 : RINGAN




Sedikit tips ringkas untuk ibu hamil yang mengalami masalah anemia:
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi macam kerang, kupang, lala, tiram, ikan bilis...  
  • Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus, daun pudina, cekur manis, dan daun remunggai. 
  • Elak meminum teh, kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain. 
  • Banyakkan  pengambilan makanan/buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi yang optimum ke dalam badan.. 


Semakin besar bayi dalam kandungan anda, semakin banyak zat besi yang anda perlukan untuk pembentukan haemoglobin. Ibu-ibu hamil jangan sesekali pandang ringan ye tentang masalah anemia ni. (peringatan untuk diri sendiri juga). Selain mengamalkan makanan seimbang, pengambilan Vitalea-Iron 2 biji sehari inshaAllah boleh membantu menangani masalah anemia ketikan hamil. (>___<)







Testimoni lain :

Penawar masalah tekanan darah rendah untuk ibu2 hamil...





Sebarang pertanyaan, feel free to contact Fai ya...


Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015