Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, September 18, 2013

Adam Hussin, permata bernilai untuk ibu dan papa...

Masa ibu tulis entri ni, ibu tengah rindukan Adam sangat2... Rasa tak sanggup nak berpisah dgn Adam.. Ibu nak Adam ada depan mata ibu jer sayang... Tapi ibu terpaksa sayang... Setiap hari ibu minta Adam doakan bisnes ibu semakin maju dan ibu boleh berhenti kerja December ni untuk jaga Adam kat rumah... Ibu yakin, doa anak ibu ni akan dimakbulkan...

24 Julai 2013, pukul 9 malam ibu dah mula rasa contraction tapi tak kerap.. Pukul 2 pagi rasa semakin kerap. Ibu ajak papa pergi hospital... Pkul 3 pagi ibu masuk labour room, tepat 7.47 pagi Adam Hussin selamat dilahirkan. Bergenang air mata ibu pertama kali tengok Adam. Kulit Adam putih bersih je masa keluar dari perut ibu. Ni sebab ibu ikut pesan Nenek Mak, nenek cakap "minum air kelapa banyak nanti baby putih bersih jer." Adam anugerah terindah untuk ibu dan papa... Duat tahun ibu dgn papa berusaha untuk dapatkan Adam. Akhirnya Allah makbulkan doa kami... Subhanallah... Rasa diri ni kerdil sangat dengan kekuasaanNya.. Petang tu jugak Tok Dad, Nanny, Mommy dan Ummi datang tengok Adam. Ibu tahu, diorang semua happy sangat2 dengan kelahiran Adam... yang buat ibu happy sangat2, baby ibu ni sangat pandai melekap untuk menyusu. Adam memang budak bijak. Adam dengar apa yg ibu selalu cakap dengan Adam masa dalam perut... Adam memang takde masalah nak menyusu badan... Syukur sangat...


hari pertama di dunia


Mula-mula ibu stress sebab masih tak boleh nak biasakan diri lagi... Bila Adam nangis malam, papa, tok dad dgn nanny tolong jaga Adam. Masa dalam hari, Adam suka dipeluk baru Adam boleh tidur... Hari ke-8 Adam tanggal pusat, nenek mak datang botakkan Adam. Adam nangis, terpaksa la ibu bagi nenen sambil nenek mak cukurkan Adam... hihi...


papa cakap Adam mcm super saiya.. hihi..


Semua orang cakap Adam anak papa.. hehe... Adam memang anak papa pun kan? hihi... Tengok lah tu, baru bape hari kat dunia, cara tidur dah macam orang besar. Sama pulak tu dengan cara papa tidur... Hihi...




Adam jenis tahan sakit. Masa inject sebulan, Adam nangis kejap jer... Dapat nenen, terus tidur. Adam budak kuat..! Adam membesar dgn sihat dengan susu ibu. Timbang sebulan, Adam 4.2 kg... 


Adam sebelum check up sebulan


Hari ni Adam genap 57 hari. Rasa kejap jer masa tu berlalu... Rasa macam semalam ibu baru lahirkan Adam... Adam, doakan ibu berhenati kerja dan dapat jaga Adam sepenuhnya December ni. Ibu tak sampai hati nak tengok Adam membesar kat tangan orang. Inu nak tengok setiap perkembanganAdam... Adam dah pandai bezakan malam dengan siang. Waktu siang Adam tidur sejam - sejam setengah baru bangun minta susu. Malam jer, Adam tidur 2-3 jam baru bangun minta susu. Anak ibu memang bijak... Setiap hari sebelum pergi kerja, Adam akan bangun dan main2 dulu dgn ibu dan papa... Dah penat main, Adam minta nenen, pastu tidur... Bila ibu balik kerja, Adam mesti manja2 dulu dengan ibu. Adam mesti nangis sebab nak ibu tidurkan Adam, padahal boleh jer tidur sendiri guna buai eletrik tu... Nenek mak selalu cakap Adam ni pandai cari akal.. hihi... yang buat ibu rindukan Adam, ibu rindu bila Adam tengok mata ibu setiap kali menyusu... Ibu tak tahu nak cakap macam mana perasaan ibu masa tu sayang... yang penting, ibu nak Adam tahu yg ibu sayang sangat2 kat Adam. Adam cinta hati ibu dengan papa...


Adam - 57 hari (>___<)

Sejak dari mengandung - berpantang.. sampai sekarang (menyusu), ibu ambil supplemen Shaklee.. Sebab ibu nak Adam membesar dengan sihat... ibu nak Adam dapat khasiat terbaik dari susu ibu... Ibu ambil Nutriferon sebab ibu nak imun sistem Adam kuat... ibu makan OmegaGuard Shaklee sebab ibu nak Adam jadi budak bijak... Alhamdulillah, susu untuk Adam pun banyakkk. Doakan ibu dapat susukan Adam sampai umur 2 tahun ye sayang...dan dengan Shaklee juga ibu akan berhenti kerja duduk rumah jaga Adam... ibu nak buat Shaklee fulltime dari rumah semata-mata kerana Adam... Love u sayang <3



>> Retire young with Shaklee << 


Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, September 15, 2013

Set Menyusu Shaklee di Pasir Gudang, Johor

Iklan jap: Fai adalah pengedar sah Shaklee anda.. Sesiapa yang tinggal di kawasan Pasir Gudang,Johor boleh dapatkan vitamin Shaklee dari Fai.. Siang anda order dan buat bayaran, malam vitamin sampai rumah. Best kan?? hihi...

Dah lama tak menulis kat sini.. Sejak ada baby ni, timing semua lari. Ibu kena pandai curi masa, time baby tido lah masa untuk buat semua benda. Hihi... Pagi ni Fai nak share pengalaman sendiri menyusukan Adam...

Fai cuti bersalin tak lama, dapat la duduk rumah sampai hari yg ke-51.. Hari ke-52 dah start kerja... Benda yg Fai paling risau >>> TAKUT STOCK SUSU TAK CUKUP untuk Adam. Memang Fai risau sangat2. Masa dalam pantang, ada juga pam.. Tapi sekali pam cuma dapat dalam 3-4oz jer... Sehari Fai cuma boleh pam 2 kali, sebab baby lebih banyak direct feed... Kadang2 sehari dapat pam sekali jer.. Dalam masa pantang ni, Fai cuma dapat kumpul 36oz stock susu.. Huwaaaa, memang rasa nak nangis.. 2 hari sebelum start kerja, Fai dah hantar Adam kat babysitter sebab nak tengok sehari bape oz Adam minum. Babysitter cakap dalam 10-12oz.. Untuk permulaan ni, Fai bekalkan Adam Chilled EBM. Fai pam hari ni, dan bekalkan untuk Adam esok.

Alhamdulillah, ada rezeki untuk Adam.. Kat ofis, sekali pam Fai dapat dalam 5-7oz.. So, dalam sehari Fai boleh kumpul dalam 15-21oz untuk 3 kali pam... Bagi Fai jumlah ni dah cukup banyakkkkk. Terlebih2 untuk bekalkan Adam ke babysitter, siap boleh buat stock untuk Frozen EBM. Syukur.. (>___<)


Sarapan dgn segelas Esp + 3 biji Alfalfa, sejam lepas tu baru pam


Sesi kedua



Antara yg Fai amalkan:

>> Minum air masak 3 liter sehari. 
Sejak menyusukan Adam ni, air masak memang jadi bestfriend Fai.. Tekak ni asyik rasa kering jer. Sehari memang Fai pastikan cukup minum 3 liter air masak...

>> Kerap kosongkan breast.
Bila kat rumah, memang direct feed jer.. Adam ni menyusu tak ikut timing, ikut suka hati dia jer. Haha... Bila kat ofis, Fai akan pam 3x sehari dan sesi pam tu sama setiap hari >> 10.00am, 1.00pm, 4.00pm..

>> Pengambilan suplement.
Fai memang ambil SET BREASTFEEDING OPTIMUM.. Sebab Fai nak Adam dapat khasiat sepenuhnya dari ibu dia... Alhamdulillah, Adam membesar dgn sihat. Sesiapa yg jumpa Adam masa dalam pantang, bila jumpa Adam sekarang semua tegur Adam dah semakin semangat, hihi...

>> Elak stress.
Ibu menyusu memang tak boleh stress. Susu akan kurang. Biasa sebelum pam, Fai akan kosongkan minda dan tarik nafas dalam-dalam dan bayangkan perkara yang indah-indah... Kadang2 LDR sampai 2x.. Memang rasa puas sangat2...


Ibu-ibu di luar sana yg mempunyai masalah berkaitan breastfeeding, feel free to contact Fai.. Kita sama-sama share ilmu...




Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, September 3, 2013

Baby Shaklee Saya




  
Alhamdulillah Fai selamat melahirkan baby boy, 24 Julai, 7.47am...

Berkat istiqamah dengan Shaklee,inilah hasilnya... Baby Shaklee - Adam Hussin... Hihi... Apa yg fai ambil...

Pregnant:
>> ESP
>> Vitalea
>> B complex
>> Ostematrix
>> Omega

Berpantang dan Menyusu:
>> ESP
>> Vitalea
>> B complex
>> Ostematrix
>> Zinc
>> Vivix


Masa pregnant takde sakit2 pinggang dan krem.. HB pun cantik jer, last check up HB 13.2... Energetic, 3 hari sebelum deliver sempat lagi COD vitamin. Hihi...


Masuk labour room 3.00am, 7.47am selamat bersalin baby boy seberat 3.0 kg.. (siapa kata mkn vitamin baby besar?) 


Berpantang dgn Shaklee memang best.. Luka jahitan tak rasa perit/sakit. Berpantang hari ke-18, Fai dah ikut beraya. Hihi... Walaupun tak cukup tidur, tapi badan tak penat. Orang cakap baby boy ni kuat menyusu, tapi Alhamdulillah setakat ni takde rasa penat2 lagi dan susu pun meriah (tapi kena lah amalkan konsep Supply vs Demand ye..)


Shaklee bukan sahaja mengubah kehidupan Fai dari segi kewangan tetapi mngubah kepada kesihatan yg lebih baik.. Really fall in LOVE with Shaklee... Hanya yg dah cuba jer akan tahu INDAHnya BERCINTA dengan SHAKLEE...


Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015