Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, October 28, 2013

Kisah Cinta Fai dengan Babywearing..

Mula terjebak dengan babywearing ni masa Mom's and Baby Expo di Johor Bahru, 29 September 2013... Fai dgn hubby mulanya nak survey stroller sebab ktorang ni "kaki" jalan... Senang nak angkut Adam ke mana2. Kalau tak, jenuh nak dokong si Adam tu sampai lenguh2 tangan. Haha... Lagi satu sebenarnya SANGAT TAK SELAMAT ok dokong baby bila berjalan...

Entah macam mana, masa baby expo tu ktorang tergerak nak ke booth Lunatots. Kebetulan sehari sebelum tu Fai memang ade survey online tentang Boba Carrier.. Ape lagi, Fai gunalah kesempatan yg ade untuk try la gadjet yg ada. Mule-mule Fai try Boba 3G, ok not bad. Then Fai try Boba Wrap pula. Memang rase selesa. Hubby yg tengok pun die cakap nampak Fai lagi selesa dgn Boba Wrap tu.. Ktorang round2 dulu... dah nak balik baru decide beli Boba Wrap tu... Masa tu harga memang murah, RM158 jer... 

Mase mula2 nak "mewrapkn" diri tu memang kekok sikit la. Yelah, langsung xde experience... Fai belajar  wrap guna Boba Wrap ni dari youtube... Tengok banyak kali and practise... Mule2 Adam pun macam tak berapa selesa. Tapi dah "gendong" banyak kali, Adam dah mula biasakan diri. Masuk je dalam wrap, enjut2 sikit... dalam 10 minit dah tido. Senang ibu dgn papa nak shopping. Hehehe...




Fai ade join group babywearing - Selat Tebrau Babywearing... dari situlah Fai banyakkkk belajar tentang babywearing ni. Memang sangat best group tu... Sekarang ni Adam dah 3 bulan, dah tak berapa sesuai dgn boba wrap ni sebab kainnya jenis stretchy... Adam akan mudah ke bawah bila digendong. 

Sabtu lepas hubby baik hati hantar Fai kat umah "otai" babywearing Kak Ayu, sebab Fai nak cuba Meitai dia... Kak Ayu punya meitai jenis Wrap Convertion Meitai. Memang SANGAT SELESA... Fai "sewa" seminggu nak kasi feel "bermeitai"... Hihi... 

Semalam (27 Oktober 2013), pegi majlis convo adik kat UTM dgn bermeitai. Hehehe... Nasib baik ade meitai, takdelah penat nak dokong Adam.. Parking jauh, kena panjat bukit pulak tu.. Adam pun nampak selesa sangat dalam meitai...

tengok tu, lena betul die tido...


K A M I




Seriously Fai dah mula JATUH CINTA dengan babywearing ni.... Rasa SANGAT DEKAT dgn Adam. Fai paling sukaaaa tengok Adam tido dalam wrap. Nampak Adam selesa sangat. Bonding antara kami makin dekat... Nak ke mana2 pun senang... Confirm lepas ni Fai akan rinduuu saat berbabywearing dgn Adam...

Ehem..! Nak kena cari jugak ni WCMT (wrap conversation meitai). Hihihi... Sejak dah berjinak2 dgn babywearing ni, rasenya dah tak perlu lagi cari stroller.. Jimatttt duit, hehe..

Kalau korang nak menjinakkan diri dgn baby wearing ni, nak beli wrap belilah WOVEN WRAP atau WCMT... bagi Fai, dua ni memang selesa sangat untuk menggendong baby anda ke mana2. Rasenya SSC Fai tak beli dulu kot sebab dah JATUH CINTA dgn wrap. hehehe...

Antara page yg korang boleh refer tentang babywearing:

BebeSachi

Yammie Babywearing Arts






# iklan jap: sesiapa yang nak COD Vitamin Shaklee area Pasir Gudang, boleh contact Fai... ada harga "special" untuk anda yg COD dgn Fai... (>_____<)



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015