Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, December 31, 2014

"Standing In The Eyes Of The World" khas untuk semua warga PMT...

Entri ini KHAS untuk semua Warga PMT (Project Millionaire Team) sempena CLOSING TERAKHIR untuk tahun 2014... 

YAKINlah dengan kehebatan yang ada pada diri korang sendiri. Mummy doakan yang TERBAIK untuk semua... Mummy YAKIN korang semua akan jadikan closing December ini closing yang TERINDAH sepanjang tahun...






video




Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah



Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"


Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"




MUMMY SANGAT BANGGA DENGAN ANDA SEMUA.... <3 <3 <3 <3 <3









Fai CeritaCinta
Senior Coordinator Feb'15 (5pts)
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Tuesday, December 30, 2014

Doa Kebahagiaan Rumahtangga (part I)

Lumrah alam rumah tangga, kita semestinya inginkan hanya yang TERBAIK untuk pasangan kita. Selain jaga penampilan agar sentiasa kelihatan CANTIK di hadapan SUAMI, kita juga boleh mengamalkan beberapa DOA KASIH SAYANG yang terdapat di dalam Al-Quran. Selain itu, boleh juga amalkan doa di bawah ini... Doa ini dikongsikan oleh MamaCery (mama Shaklee Fai) di instagram beliau... Semoga dapat kita sama-sama amalkan..



Menyusukan anak ketika hamil.. Apa yang anda perlu tahu...

Satu ilmu baru untuk Fai, semoga ianya juga bermanfaat untuk semua..

Menyusukan anak ketika hamil.. atau istilah lain dipanggil "TANDEM NURSING.." 

Apa yang anda perlu tahu..??

 


 
sy akui ramai ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan keadaan tersebut (menyusukan anak ketika hami) tetapi tertekan dgn desakan "bijak pandai" di sekeliling mereka membuatkan proses penyusuan ketika hamil mengganggu emosi mereka..sebaiknya minta pandangan Doktor atau Pakar Laktasi berhubung perkara ini..apa yg sy tahu selagi ibu sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau sejarah komplikasi kehamilan sebelum ini boleh meneruskan penyusuan seperti biasa cuma perlu bersedia mental dan fizikal kerana kemungkinan lain akan berlaku..in sya Allah sy akan terangkan selanjutnya dalam point seterusnya..


Bagaimanapun, anda perlu bersedia dengan kemungkinan2 seperti ini :- 
  1. Anda akan berasa sedikit letih dan kurang bermaya terutama jika sedang 'mabuk'..sebaiknya berehatlah secukupnya..pastikan diet harian anda di ambil sebaiknya dan jangan skip mengambil menu sihat, cukup zat dan seimbang..pastikan air juga diminum secukupnya..
  2. Ada ibu yg berasa sakit/ngilu pada puting sewaktu anak menyusu..ini kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil..kebiasaannya perkara ini berlaku di awal penyusuan dan beransur hilang selepas itu..pastikan anak menyusu dlm posisi yg tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada anda.
  3. Paling penting bersedialah untuk menghadapai fasa 'KEMERUNDUMAN'..adalah normal jika ibu dapati hari demi hari penghasilan susu akan semakin kurang dan terus berkurangan..ada ibu yang terus 'kering susu'..jangan panik kerana anda tidak salah sebaliknya ia berlaku secara semulajadi kerana perubahan hormon ketika hamil..waktu ini anda tidak perlu buat power pumping kerana penghasilan susu tidak dapat ditingkatkan seperti biasa.
 


 


Anda juga perlu tahu bahawa :-
  1. Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya.
  2. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu.
  3. Penghasilan susu (Fasa Laktogenesis 1) untuk baby dlm kandungan telah bermula dr awal lagi..dan penghasilan kolostrum bermula dari trimester kedua kehamilan..hikmahnya kerana ada bayi yg dilahirkan sewaktu usia kandungan memasuki trimester kedua..jadi Allah Yang Maha Bijaksana mempersiapkn bekalan untuk anak manusia pada waktu yg sepatutnya..di fasa ini rasa susu juga akan berubah..kebanyakan anak yg menyusu akan bercerai susu dengan sendirinya..bagaimanapun ada juga anak yang meneruskan kehamilan sehingga hujung kehamilan.
  4. Setakat ini, masih tidak terdapat kajian yg mengesahkan bahawa ibu yang menyusukn anak sewaktu hamil berisiko untuk melahirkan anak yang kekurangan zat yg sepatutnya diterima..ini merupakan mitos semata2. Ini kerana ciptaan Allah swt ini hebat dan badan akan menghasilkannnya mengikut priority. pastikan ibu mendapat rehat yg cukup dan makan makanan yg berkhasiat sepanjang tempoh ini.
  5. Setakat ini juga tiada lagi pertembungan atau perbalahan pendapat di antara ulama jika benar penyusuan ketika kehamilan benar-benar memberi mudarat kepada bayi yang dikandung.
 


 


 


Bagaimanapun, terdapat ibu yang berisiko untuk meneruskan penyusuan ketika hamil..anda di nasihatkan untuk tidak melakukannya jika anda :-
  1. Ibu yg pernah melahirkan bayi pra matang
  2. Hamil kembar
  3. Pernah keguguran
  4. Kehamilan yang berisiko tinggi
  5. Mengalami komplikasi sewaktu kehamilan terdahulu seperti pendarahan ketika hamil
  6. Di akhir fasa kehamilan, jika anda menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan ( ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang )
Menurut kajian, tindakbalas oksitosin terhadap rahim untuk memulakan kontraksi tidak berlaku sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Maka, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu2 tak perlu tergesa2 menghentikan menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri mengandung. Namun begitu, amat penting bagi ibu2 yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan (Tandem Nursing) mengambil kira perkara2 dibawah bagi menjamin perkembangan kandungan yg sempurna, kesihatan ibu, dan emosi anak yg menyusu :-
  1. Sejarah perubatan
  2. Doktor mengesahkan yg kandungan anda berada dalam keadaan baik dan boleh meneruskan penyusuan
  3. Tahap keselesaan fizikal dan emosi
  4. Usia anak dan keperluan penyusuannya (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya.
  5. Pengambilan makanan yg berkhasiat
  6. Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal
  7. Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi
 



_______________________________________

Itu dia serba sedikti info yang dapat Fai kongsikan untuk hari ini.. Semoga info ini bermanfaat untuk anda yang masih lagi berfikir-fikir untuk menyusukan anak ketika hamil... Tiada larangan untuk susu kan anak sehingga usia berapa. Malah dalam islam juga tidak menyebut haram menyusukan anak sehingga usia lebih 2tahun. Jika diberikan peluang untuk Fai menyusukan anak ketika hamil, Fai TIDAK AKAN SESEKALI WEAN OFF Adam... Biarlah Adam nak menyusu selagi mana dia sendiri yang nak. InshaaAllah, bila tiba masanya.. Adam akan wean off sendiri tanpa perlu paksaan daripada sesiapa.



cinta hati ibu papa








Fai CeritaCinta 
Senior Coordinator Feb'15 (5pts) 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Monday, December 29, 2014

Mee Bandung Wak Radol, Taman Sierra Perdana Masai, Johor

Sejak Restoran Kesinambungan Wak Radol di bukan di Taman Sierra Perdana, Masai... Ada la juga beberapa kali Fai dengan husband makan Sate Wak radol yang terkenal tu di situ. Hihi... 

2 minggu lepas, family Fai datang tidur di rumah. Sesekali diorang datang JB memang bawa "meronda" lah satu JB ni. Hihi... Mulanya pergi ke Kaher, di Plentong Johor. Tempat pemborong dan pembekal alatulis. Ayah nak tengok barang-barang alatulis untuk sekolahnya. Lepas tu bawa diorang ke Jusco Tebrau. Sesekali jalan-jalan dengan family memang besttt. Adamlah yang paling EXSITED sekali. Suka sebab ramai yang melayan. Hihi...






Berbalik kepada tajuk entri "Mee Bandung Wak Radol".. Dah penat berjalan di Jusco Tebrau, kitorang pun singgah la Restoran Kesinambungan Wak Radol untuk makan petang. Sebab restoran ni dibuka pada jam 5.00 petang hingga 12.00 malam sahaja. Fai dengn ibu order Mee Bandung. Yang lain order masakan panas. Macam biasa, SATE adalah menu WAJIB jika makan di sini. Hihi. Rugi kalau tak merasa sate Wak Radol ni. memang sedappppp... Hubby tengok Fai bukan main selera lagi makan Mee Bandung Wak Radol tu, dia pun rasa sikit. Katanya memang sedappp... Susah nak dengar hubby puji mee bandung sedap sebab dia memang tak suka makan mee bandung ni... Hihi..


Sabtu lepas, balik dari Kluang... hubby ajak singgah restoran Wak Radol, katanya nak bungkus mee bandung. Dah mula addicted la tu.. Hihihi... Fai pun sukaaa denga mee bandung kat sini, rasanya memang kena dengan tekak. Nak ke Muar makan mee bandung jauh sangat, kitorang makan mee bandung Wak Radol ni je lah... Restorannya pun dekat belakang rumah je. Hihihi...



ihsan Google


Peminat setia Mee Bandung, korang boleh la cuba Mee Bandung Wak Radol ni.. Restorannya di Taman Sierra Perdana, Masai Johor... bersebelahan dengan Lebuhraya EDL...












3 hari lagi sebelum jualan Shaklee Collagen Powder diberhentikan selama setahun...

Entri ni khas untuk PEMINAT TEGAR SHAKLEE COLLAGEN POWDER....



Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Shaklee Collagen Powder akan DIBERHENTIKAN PENJUALAN buat sementara waktu bermula 1 Januari 2015.

Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9-12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI SHAKLEE COLLAGEN POWDER BELI 3 PERCUMA 1.. Promosi ini akan BERAKHIR pada 31 December 2014.. 


Ini bermakna anda cuma ada masa 3 HARI SAHAJA lagi untuk membeli Shaklee Collagen Powder ini sebagai STOCK anda...





PENGGUNA TEGAR Shaklee Collagen Powder, anda harus beli stock Shaklee Collagen Powder anda sekarangggg....!!!!!! Nanti tahun depan bila Shaklee dah berhentikan penjualan Shaklee Collagen Powder, dan anda pula nak beli collagen kerana stock anda dah habis..... Time tu jangan cakap yang Fai tak inform anda tentang hal ini ye... Jadi, sila sediakan payung sebelum hujan. Standby awal-awal... Hihi... (>____<)


Untung sebenarnya kalau anda beli Shaklee Collagen Powder BELI 3 PERCUMA 1 ni..  Jika anda beli 6 kotak Shaklee Collagen Powder, dapat PERCUMA 2 kotak. Jimat berganda-ganda..... 



Fikir-fikirkan lah ye....



___________________________________________________________


.
.
.
.








Fai CeritaCinta
Senior Coordinator Feb'15 (5pts)
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Jangan bersedih... Sesugguhnya ujian BANJIR ini disertai dengan KASIH SAYANG dariI-NYA...

Fai sangat tertarik dengan facebook post dari anak buah Fai ni...  Memandang kejadian banjir ini sebagai suatu HIKMAH... Jom baca...


_____________________________________


Di balik titis-titis hujan yg jatuh, Allah membawa bahasa cintaNya kpd manusia...

Allah tidak zalim...
Malah Allah kasih...
Lihatlah dengan hatimu..



 

Andai air bah ini tidak menjadi tragedy, pasti konsert2 ambang tahun baru itu akan diadakan..
Betapa ramai anak2 luar nikah akan dilahirkan...

Lihatlah lagi..
Allah memberi kita ruang untuk memberi sedekah...menghulur bantuan..

Lihatlah lagi...
Masjid2 diwarnai dengan bacaan yasin, tahlil dan solat hajat...
Jika tidak kerana air bah, barangkali jemaah hanya datang untuk bersolat sahaja..

Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dari mereka duduk saja..

Lihatlah lg..
Dana kerajaan dapat disalurkan pada jalan yang betul..
Andai air bah ini tidak hadir, mungkin juga rasuah melata sana sini...
Allah memelihara Malaysia dgn kasihNya..

Ini ujian...ujian ini pasti tidak lama..
Ujian utk menyatukan seluruh insan..



Sampaikan kepada mangsa2 banjir..
Supaya mereka juga dapat melihat musibah ini sebagai jalan untuk mereka membantu negara menyelamatkan 'sesuatu' dr 'sesuatu'.


_____________________________________



ihsan Google


Semoga mang-mangsa banjir diberikan KESABARAN dan KEKUATAN untuk hadapi musibah ini.. Sesungguhnya ujian ini kerana Allah sayangkan kita semua...







Fai CeritaCinta
Senior Coordinator Feb'15 (5pts)
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Sunday, December 28, 2014

Tempat lepak baru, di Kluang RailCoffee....

Sekarang ni kalau balik Kluang, wajib "lepak" di Kluang RailCoffee. Hubby suka dengan coffee nya, Fai pula suka dengan roti bakarnya. Biasa kalau order roti bakar di Kluang RailCoffee ni, Fai mesti order 2-3 set untuk Fai sorang je... Hihi... sedappp kalau makan panas2, terasa kerangupan roti tu. Yang buat roti ni rasa sedap sebab butter yang digunakan tu tak sama dengan butter yang dijual di pasaran. Memang sedapppp... Tak percaya sila cuba...


Kalau nak ke Kluang RailCoffee ni memang kena bersabar sebab biasanya memang PENUH.


Fai biasa pergi Kluang RailCoffee yang dekat Tasik. Ni alamat penuhnya...

Kluang RailCoffee

20 & 21, 1st Floor & Ground Floor,

Jalan Tasik 1,

Pusat Perniagaan Tasik,

86000 Kluang,

Johor, Malaysia.



Ada lagi 2 tempat iaitu di Kluang RailCoffee di Stesen Keretapi Kluang, dan juga Kluang RailCoffee berhadapan dengan Kluang Parade... Kalau yang kat Tasik tu penuh, Fai pergi Kluang RailCoffee di hadapan Kluang Parade. Hihi...








Balik kampung pun bisnes tetap berjalan sepertia biasa... semuanya di hujung jari. Tu yang bestnya Shaklee ni. Hihi...





Fai CeritaCinta
Senior Coordinator Feb'15 (5pts)
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Adam nak adik..???

Fai tengah sibuk coaching, Si Adam ni baring sebelah baby dan terus sayang baby tu... Hihi.. Adam ni sebenarnya suka sangat berkawan. kalau ke mana-mana, dia dulu yang tegur orang. Peramah... Hehe..


Baby ni baru 3 bulan, baby Shaklee tau.. Kedua-dua abang baby ni kena prolong jaundiced sebab ibu dan ayahnya berdarah "O" tetapi baby ni, tak kena pun prolong jaundice macam abang2nya. Alhamdulillah berkat si ibu consume Shaklee sewaktu pregnant. Ibu baby ni juga mengaku, senang nak bersalinkan anak ketiga ni, tak rasa sakit pun. Hihi...




Mentor Shaklee anda di Muar Johor...

Nanny turun padang coaching cucu cicit di Muar, Johor... "nanny"... siapa pula yang dah jadi nanny ni..?? Fai la yang dah jadi nanny... Bukan nanny je, malah Fai dah jadi super grand nanny... Pangkat lebih atas lagi dari moyang, hihihi... Inilah KEUNIKKAN bisnes Shaklee. Muda2 lagi dah ada pangkat super grandnanny. Dalam group Jutawan Shaklee, kami tidak diajar menggunakan perkataan upline >> downline... Tetapi, upline tu dipanggil mak dan downline tu dipanggil anak. Jadi hubungan antara upline dengan downline tu akan jadi lebih mesra macam hubungan mak dengan anak... (>___<)



Jumaat lepas, Fai "turun padang" ke rumah cucu Fai, Kak Fariza di Muar, Johor.. Ni kali kedua Fai ke rumah beliau dan kali ke-3 Fai berjumpa dengan beliau. Hihihi... Sebenarnya ni sesi coaching Kak Fariza dengan "anak" Shaklee beliau, Kak Yana... Fai cuma "monitor" je dan  "suntik" semangat pada mereka... Yang buat Fai sangat kagum adalah semangat dan kesungguhan Kak Yana untuk menuntut ilmu. Pagi tu di Muar hujan. Kak Yana "angkut" ketiga-tiga anak lelaki beliau yang masih tidur ke rumah kak Fariza. Anaknya yang bongsu baru berusia 3 bulan pula tu.. Selepas baringkan ketiga-tiga anak lelaki beliau, kak Yana terus keluarkan buku nota untuk menyalin apa yang patut. Bukan  coaching formal pun, coaching santai je... Sambil tu kami saling berkongsi testimoni. Yang kelakarnya, Fai dengan Kak Yana sampai ternganga dengar Kak Fariza share testimoni collagen beliau.. Dengar sharing dari Kak Fariza, terus Fai rasa nak minum collagen time tu jugakkkk. hehehe... Kak Yana pun ada kisah beliau sendiri, beliau berjaya turunkan berat badan selepas bersalin, dari 90kg ke 70kg dengan Shaklee. Memang Fai macam tak percaya dengan apa yang beliau kongsikan, tetapi itulah kenyataannya... Banyakkkk lagi sebenarnya perkara lain yang kami kongsikan hari tu. Nak cerita semua kat sini sampai esok tak habis. Hihi...



Fai bangga dengan cucu dan cicit Shaklee Fai ni... Mereka berdua mempunyai SEMANGAT dan KESUNGGUHAN yang LUARBIASA untuk berjaya kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan >>> mereka ingin bantu tambah income keluarga, ingin bantu orang ramai lebih sihat, cantik dan langsing dengan Shaklee dan mereka ingin bantu anda merealisasikan impian anda dengan Shaklee... DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN... Dengan tunjuk ajar dari Mentor yang betul, inshaaAllah kejayaan itu milik anda.



Orang-orang Muar yang ingin mendaftar keahlian Shaklee, sangat dialu-alukan untuk hubungi mereka berdua..

Facebook: Nur Fariza
Contact No: 013 2082 985

Facebook: IlyanaJamil Elman



Dari kiri: IlyanaElman Jamil, Fai Nardir, Nur Fariza








Fai CeritaCinta
Senior Coordinator Feb'15 (5pts)
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Thursday, December 25, 2014

12 Tanda-tanda kekurangan Vitamin C dalam Badan

Entri kali ni biar gambar berbicara.. Hehehe... Agak-gaknya, pada korang ada tak salah satu daripada tanda-tanda yang ada dalam gambar ni..??







Masa zaman sekolah menengah dulu kawan baik Fai, Liyana selalu tegur kulit Fai nampak kering. Dia siap "bising" lagi kat Fai suruh sapu losyen setiap malam sebelum tidur. Hihi.. Ingatkan kurang minum air, rupanya KULIT KERING tu TANDA KEKURANGAN VITAMIN C DALAM BADAN. Bukan kulit muka Fai tau yang kering, tapi di bahagian tangan. Bila "goreskan" kuku pada kulit tangan akan nampak garisan putih... Alhamdulillah sejak konsisten makan vitamin C setiap hari, kulit Fai dah tak kering lagi... 


Dulu masa kecik, ibu memang ada bagi Fai vitamin C.. Tak ingat jenama apa, tapi bila pegang lama sikit kat tangan nanti warna oren vitamin c tu akan luntur pada tangan. Tu tandanya vitamin c tersebut mengandungi pewarna. Bermaksud ianya BUKAN SEMULAJADI...





Pilihan Fai adalah SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE... 100% SEMULAJADI, TIADA PENGAWET DAN TIADA PEWARNA... 


Sustained Released Vitamin C Shaklee adalah vitamin C pilihan Fai sekeluarga


KEUNIKKAN Vitamin C Shaklee, ia mengandungi BIOFLAVANOID... Secara UMUMNYA, Bioflavonoid bekerja efektif bersama vitamin C dan membantu vitamin C tersebut dalam menjalankan fungsinya dengan BAIK... So, takde lah membazir vitamin C yang kita makan tu kerana dapat DISERAP SEPENUHNYA KE DALAM TUBUH BADAN...







Fai CeritaCinta
Senior Coordinator Feb'15 (5pts)
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Resepi Potato Fritters

Resepi ni Fai dapat dari anak buah Shaklee Fai, Nur Syafiqah. Iqa ni memang suka memasak. Ada je resepi yang beliau kongsikan di facebook dan instagram beliau. Bestnya bisnes Shaklee ni, kami bukan sahaja berkongsi tentang bisnes.. Malah lebih dari itu. Kami saling berkongsi resepi, berkongsi petua, berkongsi tips jaga anak demam... Eh, banyakkk lagi la yang kami saling kongsikan... Hihi... 


Jom tengok macam mana nak buat potato fritters ni...










Ni pula rupa Potato Fritters yang Fai dah buat.. Tapi Fai tak guna kentang yang bulat tu, Fai guna kentang goreng segera sebab kat rumah ni takde sagat. So, kita guna je mana yang ada. Hihi... Kentang tu Fai potong kecil-kecil baru campurkan dalam bancuhan tepung. Goreng garing-garing.. Memang sedappppp... Rangup sebab ada campur tepung jagung.. Adam pun suka. Hihi...




Wednesday, December 24, 2014

Dulu cuma biasa-biasa.. KINI berubah menjadi LUARBIASA... Beliaulah MENTOR SHAKLEE di Pasir Gudang yang anda cari...

Hari ni Fai nak cerita tentang CUCU SHAKLEE Fai iaitu Halimahtus Saadiah. Beliau ni muda 2-3 tahun dari Fai.. Beliau ni sebenarnya agak CEREWET tentang produk kecantikan kerana beliau seorang yang sangat selektif dalam memilih sesuatu  produk. Tetapi akhirnya beliau sendiri mengaku sudah JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE kerana Shaklee adalah satu-satunya syarikat produk kesihatan yang menjalankan UJIAN KLINIKAL terhadap KESEMUA PRODUK keluarannya... "Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!"


Halimah ni seorang yang rajin. Sangat KOMITED dengan apa yang beliau lakukan. Beliau akan cepat-cepat bertanya jika ada sebarang kemusykilan. Dengar cakap, buat semua yang disuruh tanpa banyak soal. Beliau tahu apa yang beliau nak capai dengan Shaklee. Baru-baru ni beliau telah mengadakan PRIVATE CLASS khas untuk anak buah Shaklee beliau. "Cikgu" siap turun padang untuk sampaikan ilmu. Untung korang yang register under Halimah ni... Bukan senang "cikgu" nak datang ke rumah mengajar tau. FREE lagi... Siap dapat FREE gift... 


Fai ikuti perkembangan Halimah dari awal beliau register ahli sampai sekarang. Beliau dah banyak berubah. Dari tak tahu apa-apa, sekarang nampak beliau rajin study tentang produk. Sekarng ni beliau PAKAR dalam MASALAH KULIT.. Lagi yang Fai nampak, ada ciri-ciri seorang LEADER yang HEBAT dalam diri beliau. Yang buat Fai sangat bangga dengan beliau ialah kerajinan dan kesungguhan beliau "tackle" anak buah untuk study produk...Bukan senang ye nak datangkan minat kepada anak buah untuk mereka rajin study produk.. Memang kena pandai "tackle" diorang ni, ala-ala cikgu "tackle" anak murid untuk minat dengan sesuatu subjek...  haa macam tu la lebih kurang...

Perbualan kami malam tadi...

"akak actually halimah swap study produk dengan anak buah..agih2kan..harini dia study vitalea,halimah study garlic..setiap hari satu...sebenarnya saje je nak galakkan diorang rajin study produk..at the same time takkan saya nak goyang kaki kan..so sama2 lah study...esok kami akan tunjuk bukti hasil malam ni study..gitu lah..."


Halimah ni juga seorang yang TIDAK BANYAK ALASAN... Kalau orang lain sibuk cakap takde masa nak update status Facebook.. Beliau gunakan kaedah BUFFER untuk update Facebook. Setiap hari banyakkk info-info best yang beliau kongsikan di facebook beliau. Kalau orang lain kata takde masa nak update blog, beliau sebolehnya akan peruntukkan masa untuk update blog walau satu entri sehari...


Halimah, akak sangat bangga dengan awak.. Akak doakan semoga dipermudahkan jalan untuk awak naik rank SUPERVISOR Januari 2015 ni.. Semoga impian Halimahtus Saadiah untuk WAHM dengan Shaklee tercapai. Aminnnn...





Jika anda tercari-cari MENTOR SHAKLEE di Pasir Gudang yang boleh membimbing anda untuk jana SIDE INCOME dengan Shaklee, Halimah adalah orangnya.. Anda pasti tidak akan menyesal mendaftar keahlian di bawah empayar beliau. Segala tunjuk ajar akan diberikan kepada anda...





Fai CeritaCinta 
Senior Coordinator Feb'15 (5pts) 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Kegembiraan yang tidak dapat dijual beli...

Sebenarnya setiap hari banyak perkara yang boleh buat Fai rasa gembira (happy)... Happy dikeliling insan tersayang.. Happy anak buah Shaklee share sales diorg banyak minggu ni.. Happy sebab dapat bawa family jalan-jalan JB... Hihi..

Fai akan rasa lebih happy bila Fai dapat buat orang sekeliling rasa happy... It's PRICELESS.. Lebih-lebih lagi bila Fai dapat tolong customer selesaikan masalah mereka.. Yang ada masalah jerawat bernanah, semakin pulih.. Yang ada parut chicken pox, semakin pudar parutnya.. Yang ada masalah HB low ketika hamil, semakin meningkat bacaan HB mereka.. Anak yang ada masalah sembelit, semakin pulih.. Banyakkk lagi lah.... :-)
 
Alhamdulillah syukur kerana dapat BERKONGSI KEBAIKAN SHAKLEE pada semua orang. Apa pun, semuaaa ini atas izinNya juga. Fai cuma membantu dalam berikan consultation terbaik untuk semua customer Fai..... 

Fai juga happy bila tengok kejayaan anak cucu cicit Shaklee Fai. Kejayaan mereka adalah kejayaan Fai juga.. Kerana mereka adalah TULANG BELAKANG kejayaan Fai sekarang. Tanpa mereka, Fai tidak punya apa-apa. Seronok tengok masing-masing bersemangat untuk skor target bonus bulanan. Ada yang nak naik rank.. Ada yang nak bonus RM200 bulan ni.. Ada yang baru bangkit dari "tidur yang lena"... Ada yang nak efektif semula di rank masing-masing... Memang bermacam-macam ragam... Tetapi mereka semualah yang membuatkan hari-hari Fai bertambah ceria... U make my day dear :-)


Terima kasih ya Allah atas segalanya.......




Tuesday, December 23, 2014

Bukti saya nampak muda 9 tahun dari usia sebenar...








Asyik share testimoni orang je.. hari ni Fai nak share testimoni sendiri pula... Hihi.. Gambar sebelah kiri tu masa Fai 19 tahun. Waktu belajar di Matrikulasi Johor. Sebelah kanan, gambar terbaru Fai. Nampak lebih muda dan berseri kan..?? Rahsianya mestilah Shaklee. Hehe...

Alhamdulillah nampak perubahan pada kulit muka Fai.. Dulu kusam tak bermaya, gelap, berminyak. Sekarang ni lebih "fresh" dan berseri. Malah nampak lebih muda pula dari yang dulu. Ececeh... Hihi.. Apa taknya, "body age" Fai 9 tahun lebih muda dari usia sebenar. 

Makan supplemen ni ambil masa. Bukan makan hari ni, esok lusa dah nampk cantik.. esok lusa dah nampak muda.. NO NO NO... Fai selalu nasihatkan customer-customer Fai, untuk betul-betul nampak kesan, makan vitamin ni perlu konsisten 90 hari berturut-turut kerana sel badan kita memerlukan 90 hari untuk betul-betul bertindak balas dengan vitamin yang kita makan...

Nak cantik pada usia 40 tahun.. Nak nampak muda dari usia sebenar... Kena lah mula dari sekarang. BETTER LATE THAN NEVER....





Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, December 18, 2014

Testimoni Masalah Kulit: Jerawat bernanah semakin berkurang selepas 2 MINGGU menggunakan Shaklee

Alhamdulillah... 15 December lepas Fai dapat feedback dari seorang customer yang menggunakan Shaklee untuk merawat masalah jerawat bernanah beliau. Nampak perubahan ketara SELEPAS 2 MINGGU beliau menggunakan supplement Shaklee...


Mulanya beliau hubungi Fai melalui weechat. Beliau beritahu, selepas 2 minggu menggunakan produk XXX... mukanya ditumbuhi jerawat bernanah di pipi dan rasa gatal di tempat yang berjerawat. Fai cadangkan beliau 3 vitamin untuk membantu merawat masalah jerawat beliau iaitu ZINC COMPLEX, GARLIC COMPLEX dan SUSTAINED RELEASED VITAMIN C.


  • Zinc Complex untuk membantu mengurangkan bengkak dan mengecutkan jerawat.
  • Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi. Untuk membunuh kuman dan mengurangkan rasa gatal.
  • Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Membantu untuk cepat baik kesan nanah.
 \





DUA MINGGU selepas itu, beliau whatsapp Fai pula beritahu yang muka beliau semakin pulih. Berdasarkan gambar yang beliau hantar di whatsapp, memang nampak PERUBAHAN YANG SANGAT KETARA berbanding dengan gambar sebelum mengambil vitamin Shaklee. Customer happy, Fai 1000 kali happy. Syukur tak terkira.. Rasa macam nak melompat pun ada... Seronok sangat bila dapat bantu customer atasi masalah beliau. Its priceless....


Gambar sebelum dan selepas pengambilan vitamin Shaklee



Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama seperti beliau, jangan segan-segan untuk hubungi Fai.. Dengan konsultasi CARA PENGAMBILAN VITAMIN YANG BETUL... InshaaAllah masalah jerawat anda dapat diatasi...




I'm more than willing to help (>_____<)



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 langkah mudah MENGHILANGKAN PARUT demam campak/chicken pox

Perkara utama yang sangat membimbangkan bila kita terkena demam campak/chicken pox adalah risau parut demam campak atau chicken pox tak hilang. Betul tak?? Alhamdulillah setakat ni Fai tak pernah lagi kena demam campak. Fai cuma ada pengalaman hubby yang terkena demam campak. Masa tu tahun 2011, baru kahwin dan Adam pun takde lagi. Kali pertama hubby kena demam campak ni, teruk pulak tu. Katanya rasa bisa satu badan terutamanya rasa bisa di kepala. Bila tengok memang ngeri, kudis besar2. Seminggu jugalah hubby dapat mc masa tu.


Masa hubby kena demam campak, selain ubat doktor.. Fai bagi juga supplement pada hubby. Fai bagi dia NUTRIFERON, ESP, Vitamin C dan Vitamin E.. Selain daripada vitamin2 asas yang lain (B Complex, Vitalea)... Tapi 4 supplement tu memang Fai bagi setiap hari dengan konsisten.


Nutriferon dan Vitamin C untuk TINGKATKAN IMUN SISTEM. ESP dan Vitamin E untuk membantu mengurangkan kesan parut demam campak. Alhamdulillah memang nampak perubahan pada kesan parut demam campak di kulit muka hubby. Nampak semakin pudar dan lama-kelamaan parut demam campak tu hilang dalam masa 3 bulan...








Di bawah ini adalah testimoni terbaru daripada sideline Fai.. Beliau cuma mengambil VITAMIN C dan VITAMIN E sahaja untuk membantu menghilangkan kesan parut demam campak beliau.

Menurut beliau, beliau cuma KONSISTEN selama dua minggu untuk dapatkan kesan seperti dalam gambar di bawah.










Anda yang ingin menghilangkan parut demam campak/chicken pox ini, boleh la aplikasikan DUA LANGKAH MUDAH UNTUK MENGHILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK.


LANGKAH 1:

Makan Vitamin C dan Vitamin E mengikut jadual yang diberikan (untuk merawat dari dalam)


LANGKAH 2: 

Buat masker Vitamin E (minyak vitamin E dipercayai berkesan untuk memudarkan parut)

Cara-caranya:- Cucuk vitamin E dgn jarum dan picit perlahan-lahan sehingga keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka nipis2. Biarkan semalam. Keesokkan paginya, basuh muka seperti biasa. Lebihan vitamin E simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti ais. (untuk muka Fai, sebiji vitamin E tu boleh guna untuk 4-5 hari).



Kesan pengambilan vitamin adalah berbeza mengikut individu. Seeloknya KONSISTEN SEHINGGA 90 HARI untuk dapatkan kesan OPTIMUM kerana sel badan kita memerlukan masa 90 hari untuk bertindak balas dengan vitamin yang kita makan.





Tips ini boleh juga diaplkasikan untuk anda yang ingin memudarkan parut jeragat atau jerawat... Dengan kosnultasi cara makan vitamin yang betul, inshaaAllah dapat membangtu anda untuk mengurangkan kesan parut di muka...



Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

9 RAHSIA Solat Sunat Tahajud dan cara menunaikannya

Solat tahajud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sebentar. Waktunya antara Isyak smpai Subuh . Waktu utama dari puluk 1 pagi sampai subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas, paling kurang dua rakaat. Cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam. Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan solat tahajjud . Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan ALLAH s.w.t .


Fai mula terdedah dengan solat tahajud ni sejak "terjebak" dengan Shaklee. Kami sentiasa diingatkan untuk melakukan solat tahajud kerana ianya salah satu cara untuk MENJEMPUT REZEKI dengan mudah. Mula-mula memang liat sangat nak bangun solat tahajud ni. Dah set jam, lepas matikan jam tidur balik. Hihi.. Antara tips mudah untuk bangun solat tahajud adalah lakukan solat taubat sebelum tidur. InshaaAllah mudah je untuk bangun solat tahajud.
  

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah 9 perkara, lima di dunia dan empat di akhirat."
Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”




Cara melakukan solat tahajud:



1. Niat Solat Tahajud





(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.



2. Bacaan surah selepas selepas Al-Fatihah

Rakaat Pertama: Ayat Al-Kursi 7x
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas 11x

atau

Rakaat Pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas 

atau

10 ayat terakhir Sural Al-Imran
(Rasulullah sering membaca surah ini pada Solat Tahajud Baginda)



3. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali




4. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini




5. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajud berikut 


Maksudnya:



“Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun kekuatan kecuali dengan Mu jua.” 

 

 

Memudahkan Bangun Solat Malam

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.


Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

 

credit










Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


Wednesday, December 17, 2014

Bersyukur berada dalam support group bisnes yang betul... 10 Tips Hebat untuk menjadi insan yang LUARBIASA HEBAT






Pejam celik dan hampir 3 tahun Fai "terjebak" dengan Shaklee... Banyakkkk perubahan yang fai dan family dah rasa terutamanya dari segi kesihatan. Alhamdulillah kesihatan kami sekeluarga bertambah baik. Jarang sakit dan jarang makan ubat. Bila ada yang mula rasa tak sihat je, vitamin Shaklee la yang Fai akan "sumbat" kat mulut diorang. hihihi... Dengan izin Allah jua kesihatan kami sekeluarga bertambah baik.


Fai bersyukur sangat kerana berada dalam support group yang betul iaitu di bawah payung JUTAWAN SHAKLEE yang diterajui oleh Presidential Master Shaklee, Shareeza Hashim atau lebih glamour dengan nama MamaFaiz. Kamai bukan sahaja diajar cara berbisnes, malah lebih dari itu. AMALAN ROHANI SANGAT DITITIKBERATKAN kerana kita semua tidak punya apa-apa dan kita hanya mengharap belas ihsan dari Allah SWT... Kami diajar cara MENJEMPUT REZEKI, dan kami tidak diajar cara untuk meminta rezeki. Kerana rezeki itu datang dari Allah SWT bukan dari manusia.. Kita akan berasa kecewa jika meminta dengan manusia, kerana hati manusia ni hanya Allah yang pegang... Fai ingat pesan MamaFaiz, "jangan meminta rezeki dengan manusia, nanti kita akan kecewa dan penat. mintalah rezeki hanya pada Sang Pemberi Rezeki..."









Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Pencuci Organik, untuk mandian kucing anda >>>BEBAS TOKSIK, KEPEKATAN BERGANDA, BIOSURFAKTAN, SEMULAJADI dan BEBAS FOSFAT..






Kucing kesayangan kami, Muizza ni memang dah selalu sangat dimandikan dengan Basic H. Muizza ni bulu putih, cepat nampak kotor. Dua minggu sekali WAJIB mandikan dia dengan Basic H... 3 titik Basic H campur dengan setengah baldi air. Memang bestttt... Buih banyak.. Gosok-gosok sikit je kat badan dia...  bilas dengan air... Bila dah kering, memang Muizza akan nampak PUTIH GEBU. BERSIHHH je... Dia pun nampak sangat selesa lepas kena mandi. Yelah, kucing pun ada perasaan jugak kan. Bukan manusia je... Hihi..




APA BASIC H tu..??? Meh Fai perkenalkan korang dengan BASIC H ni...


Nama penuh, Basic H Organic Super Cleaning Concentrate. Basic H ni salah satu produk pencuci dalam senarai Get Clean Shaklee. BEBAS TOKSIK, KEPEKATAN BERGANDA, BIOSURFAKTAN, SEMULAJADI dan BEBAS FOSFAT..







Antara kelebihan @ 1001 kegunaan BASIC H Shaklee

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
Menghapuskan kutu di atas kepala.
Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan etc.



Ni baru sebahagian kegunaannya Basic H ni.. Ada beratus-ratus lagi kegunaan lain Basic H kerana ianya mempunyai 1001 kegunaan... Hihi...


Fai memang akan pastikan Baisc H ni sentiasa ada kat rumah. Sebab Basic H ni memudahkan kerja seharian terutamanya kerja-kerja di dapur... Fai biasa akan guna Basic H ni untuk basuh sayur, rendam ikan/ayam dari peti ais. Rendam kerak nasi.. Sembur semut.. Lap kesan berminyak kat dapur.. Ishkkk... Banyakkkkkk lagi la kalau nak disenaraikan kat sini. Hihi...


Basic H ni memang besttt... SEBOTOL cuma RM47 tetapi untuk 1001 kegunaaan. Hanya gunakan 2-3 titik sahaja sudah memadai kerana ianya SANGAT PEKAT.... Fai biasa guna sebotol tu tahan dalam 5-6 bulan. Memang berbaloi-baloi..






Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Time freedom... Boleh balik kampung bila-bila masa sahaja. Hihi...

Time freedom dengan Shaklee.. Inilah yang Fai idamkan dulu. Fai bebas nak buat apa sahaja tanpa perlu memikirkan tentang kerja...


Kalau dulu, nak balik kampung kena tunggu weekend. Ataupun kena apply cuti dulu. Kalau cuti dah habis, terpaksalah unpaid leave. Memang tak merasalah nak stay kat kampung lama-lama... Sekarang ni bila-bila masa jer Fai boleh balik kampung. Tak perlu nak apply cuti dulu.. Tak perlu nak semak berapa lagi baki cuti yang ada.. Tak perlu nak fikir tentang unpaid leave.. Syukur alhamdulillah.


Kebetulan hubby ada outstation di Kajang, sementara hubby outstation Fai tinggal kat rumah ibu di Kluang. Dapat la tidur 2 malam di sana. Adam la yang paling happy sekali sebab ramaiiii yang melayan. Main je... Makan pun banyak. Suka betul bila nanny suapkan dia makan.



Suka betul adam duduk kat belakang dengan Mummy, Umi dan Nanny













Indahnya WAHM (work at home mom)..... Orang lain pergi kerja, Fai kat kampung jalan-jalan dengan family... Hihi..









Nak tanya tentang supplement Shaklee? Feel free to contact Fai. I'm more than willing to help...


Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Sunday, December 14, 2014

Senangnya bisnes Shaklee...

Siapa kata bisnes Shaklee ni susah..??

Bak kata my mentor, Cery Mamafaiz.. "Buat Shaklee ni senang je.Sambil baring boleh reply message customer, boleh coaching anak cucu.."


SANGAT SETUJU...


Macam Fai sendiri, sambil BF Adam.. Reply whatsapp customer, reply telegram anak cucu, update status FB.. Semua all-in-one.. Hihi... Susah ke? senang kan..?? Hihi

Dalan group kami (Jutawan Shaklee) DITEKANKAN bahawa bisnes ni adalah BISNES KAMI SENDIRI. Bukan bisnes upline atau downline kami.. Apa yang kita usahakan, apa yang kita buat. Itulah hasil yang kita akan dapattt... Banyakkkk usaha kita pada bulan tu, banyakkk la "bonus" yang kita akan dapat..

Tak perlu nak mengadap laptop 24 jam. Cuma perlu spend masa 2-3 jam sehari untuk Shaklee. Yang nak buat Shaklee sebagai part time tu memang senanggg sangat. Setakat 2-3 jam je untuk buat Shaklee boleh sangat kan.. Hihi... Lagi satu SYARAT PENTING, buat sebab kita sukaaaa... bukan sebab terpaksa.. Haa, agak-agak boleh tak? Kalau korang boleh spend masa 2-3 jam sehari dan korang dah pun jatuhhhh cinta dengan Shaklee.. Bisnes Shaklee ni memang senang la untuk korang. Hihihi...

Nak lagi senang? Sekarang ni dah ada ONLINE SISTEM. Dari situ korang boleh buat order secara online, boleh check uv (point) yang korang dah kumpul.. Nak check bonus terkini untuk bulan tersebut pun boleh... Kalau dulu, nak order kena melalui email.. ataupun by call. Lepas tu kena follow up tanya barang yang kita order tu dah di"post out" ke belum... Dulu tak boleh tahu berapa bonus yang kita akan dapat. Fai dulu kira bonus secara manual je... Tapi sekarng semuanya main klik-klik je. Memang senangggg...

Apa lagi yang senang dalam bisnes Shaklee ni?? SISTEM.. Dah ada sistem (resepi) untuk berjaya. Dah ada cara untuk skor bonus RMxxxx.. dah ada cara/tips untuk naik rank. Ada cara untuk boost sales.. Ada tips untuk "pikat customer".. Banyakkkk lagi la... Kita cuma perlu BUAT sahaja apa yang diberitahu. Tak perlu dah nak fikir lagi... JUST DO IT... Senang kan..??








Nak rasa senangnya bisnes Shaklee ni..?? Jom sertai Fai dalam Project Millionaire Team group, dibawah payung besar Jutawan Shaklee yang diasaskan oleh Presidential Master Cery MamaFaiz.. SUPPORT GROUP yang SANGAT KUAT. Setiap hari kami akan saling berkongsi idea, berkongsi kisah suka duka, berkongsi maklumat, berkongsi karenah customer.. Macam-macam lagi lah.... Memang seronok..... Walaupun tidak pernah berjumpa, tetapi ukhwah antara kami ibarat satu keluarga. Saling membantu antara satu sama lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 







Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com



Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? - Ar Rahman

Ar Rahman, surah yang sangat meruntun kalbu. Dulu masa pregnantkan Adam, Fai suka sangat dengar surah ni. Setiap malam sebelum tidur, wajib alunankan surah ni melalui handphone sampai  Fai tertido. Kalau hayati betul-betul tafsir Ar-rahman ni, maksudnya memang sangat menyentuhhhh perasaan...  "maka nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan.." Banyakkkk sangat nikmat yang diberikanNya, tak terhitung... Sesungguhnya kita ni amat hina dan kerdil disisiNya, kita tak punya apa-apa.. Kita semua tak punya apa-apa tanpa kasih sayang dan ihsan dariNya. Jika dihayati betul-betul, surah Ar-Rahman ni memang boleh buat kita menangisssss...

"maka nikmat tuhanMu yang manakah yang kamu dustakan.."





 

Kelebihan Surah Ar-Rahman


Rasulullah saw bersabda : "barangsiapa yang membaca surah Ar-Rahman ,Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya," (Tafsir Nur Ats-Tsaqalan 5/187) 


Imam Ja'far Ash-shadiq (sa)berkata :"Barangsiapa yang membaca surah Ar-Rahman,dan ketika membaca kalimah 'Fabiayyi alai Rabbikuma tukadzdziban,' ia mengucapkan : La bisyay-in min alaika Rabbi akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid." (Tsawabul A'mal,hlmn 117)

Imam Ja'far Ash-shadiq (sa)berkata :"jangan tinggalkan membaca surah Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramakn hati orang2 munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat, wujudnya seperti manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat didunia dan tekun membacamu . Ia menjawab : Ya Rabbi, fulan bin fulan , lalu wajah mereka memjadi putih ,dan ia berkata kepada mereka : berilah syafaat orang2 yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang2 yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka ; masuklah kalian ke syurga, dan tinggal lah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan." (Tsawabul A'mal,hlm 117)





Semoga kita sama-sama dapat istiqamah baca Surah Ar-Rahman ni setiap hari...






“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015