Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, February 6, 2014

Makanan Pertama Bayi 6 Bulan: Puri Avocado

Adam dah pun 6 bulan.. Setelah google segala info, Fai buat keputusan untuk berikan Adam PURI AVOCADO sebagai makanan pertamanya.

Kenapa Avocado?

Menurut pakar, buah-buahan seperti avokado, pisang dan ubi keledek merupakan antara pilihan yang terbaik sebagai makanan pertama bayi pada usia 6 bulan.

Menurut Annabel Karmel, penulis buku terlaris di UK tentang pemakanan kanak-kanak, avokado merupakan makanan yang paling sesuai sebagai makanan pertama semasa proses penceraian susu. Avokado kaya dengan lemak mono-tidak tepu, sejenis lemak yang ‘baik’ dapat menurunkan risiko sakit jantung. Buah ini mempunyai kadar kalori yang tinggi berbanding buah lain, menepati keperluan bayi yang sedang membesar. Ia juga kaya dengan vitamin E yang boleh bertindak sebagai antioksidan mencegah kanser serta meningkatkan daya sistem imun badan. Tambahan pula, avokado sangat mudah untuk dicerna oleh bayi.



Cara menyediakan Puri Avocado



Belah avokado kepada dua bahagian, keluarkan biji




Kaut isi avokado dan lenyekkan menggunakan garfu




Tambah sedikit air masak dan lecek sehingga lumat. 
Abaikan warna dalam gambar ni, kerana sepatutnya ia berwarna hijau. 
Almaklumlah, HP canggih sangat. Hihi..




Tips Penyimpanan Puri Avokado
  • Untuk menjimatkan masa penyediaan puri di masa hadapan, anda boleh menyediakannya dalam jumlah yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk beku (freezer).
  • Puri avokado tahan lama sekurang-kurangnya dua minggu. Simpan puri di dalam bekas kiub ais dan tutup dengan kertas aluminium sebelum disimpan di dalam peti.



Rupa avokado yang telah masak


Tips lain:
  • Biasanya avocado yang dibeli dari pasaraya belum cukup masak untuk dibuat puri - hijau muda/tua, keras.
  • Simpan Avocado dalam bakul, terdedah dengan udara di dalam suhu bilik supaya avocado boleh masak dalam masa satu hingga tiga hari. Avocado tidak akan masak jika disimpan dalam peti sejuk.
  • Tanda-tanda avocado masak - kulit berwarna perang keseluruhannya, lembik bila ditekan. Awas: Jika lebih dari tiga hari di luar peti sejuk, kemungkinan besar avocado menjadi busuk.
  • Isi avocado yang betul-betul masak adalah bertekstur lembut dan berkrim. Baunya memang seperti daun dan rasanya seperti mentega kelat.





sesekali dapat pegang stereng suka betul dia! hihi..


Reaksi Adam?

Adam SANGAT SUKA dengan puri avokado. Laju je dia makan. Rasanya memang macam mentega kelat dan bau seperti daun. Hihi.. Teksturnya juga agak berminyak, sebab tu lah senang je si Adam ni membuang. Tak sempat nak snap first moment bagi Adam makan sebab dia pun sibuk nak pegang sudu. Hehehe...





Sumber: KeluargaBaru, Pama



Your Shaklee Distributor,
 
Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

Fiza Rahman said...

Bagus avocado ni.

Mîss Rôry said...

anak sy xnak mkn puri avocado ni.. die bole bluwekkk kn blk.. adoiii.. sudanye ummi nye la terpaksa abiskn wat jus.. ermmm.. da try ltak susu fm die xnak.. bau nye sgt kuat.. fengsan..

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015