Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, March 13, 2014

Adam dibotakkan kali ke-2..

Kisah minggu lepas balik Kluang.. Tak plan pun sebenarnya nak botakkan Adam untuk kali ke-2... Sebab tujuan asal nak gunting rambut hubby. Cine tukang gunting tu tanya bila Adam botak. Fai pun bagitahu lah hari ke-8 dah cukur. Dia terkejut sebab rambut Adam nipisss sangat. Dia cakap patut kena botakkan lagi, kalau tak nanti rambut Adam tak lebat dan tak sekata. Bincang dgn hubby, ktorang pun decide botakkan Adam lagi. Tapi tak botak licin la, guna mata 1.. Sebab kalau dia dah besar nak botakkan lagi kesian. Ni masih baby, kalau botak pun comel lagi. Hehe..

Mule2 Adam tersangat la cool. Siap senyum2 lagi main dengan amoi kat kedai tu..

Lepas separuh kepala dibotakkan, Adam mula menangis. Meraung sekuat hati. Bukan sakit pun. Sebenarnya dia rasa getaran mesin tu.. Dia takut tu yg menangis sakan. Sampai merah2 muka.. Nak tak nak kena teruskan jugak, kang nanti lagi teruk jadinya. Terpaksa la buat sikit2.. Bila Adam dah reda sikit nangis, baru sambung balik. Kesian memang kesian sebab ni lah first time Adam nangis kuat macam tu, sampai tersedu-sedu. Tapi nak buat macam mana, kalau tak botak lagi tak cantik nanti. Hehe..

Jom tengok reaksi Adam..


posing dgn ibu sementara tunggu papa siap gunting







time ni elok je Adam main dgn amoi tu






dah nak start nangis






terpaksa juga teruskn, kalo tak nanti botak sebelah. hihi..




Nampaknya lepas ni kena la beli mesin pencukur ni dan botakkan sendiri. Tapi kena tunggu malam sebab time tu memang Adam tidur nyenyak. hihi..







# kalau nak beli vitamin Shaklee jgn segan-segan ye contact Fai.. (>___<)


Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

3 comments:

Umi Qi said...

Fai comel yer adam kena botak lagi sekali hihihih

Fiza Rahman said...

Comel. suka tgk budak motak ☺

Cho Zila said...

sama masalah ngan auntieler ni.. dulu akak kecik2 memang rambut nipis.. emak kata macam2 caraler dia buat bagi nampak tebal sikit. sekrangpun tak tebal tapi bolehler... antaranyer buh minyak yang orang india gunakantu..memang busuk sikit... nasib akak kecik masatu tak paham lagi...

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015