Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, September 25, 2014

Petua Menghilangkan Parut Jerawat

Asyik cerita tentang supplement je, mesti korang pun bosan kan? Hihi.. Hari ni Fai nak share tentang petua menghilangkan parut jerawat. Kita cuba cara tradisional pula...






PETUA NO.1

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk.
Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk halus. Nak lebih mudah, kisar guna blender kering. Hihi..
Campur serbuk kulit kayu manis tu dengan bedak sejuk.
Tambah sedikit air.
Lumurkan pada tempat berparut pada wajah.
Lakukan sekerap mungkin.






PETUA NO.2

Ambil daun lidah buaya dan belah daun sehingga lendirnya keluar.
Sapukan lendir daun lidah buaya pada tempat yang berparut.
Lakukan 3 kali dalam seminggu. InshaaAllah parut akan hilang.







PETUA NO.3

Ambil sedikit asam jawa dan ramas dengan sedikit air. Tapi jangan terlalu cair.
Sapukan ramuan asam jawa pada tempat yang berparut.
Biarkan sehingga kering.
Seeloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur.
InshaaAllah setelah beberapa laam, parut mulai pudar.


credit





Tiba-tiba terasa nak memanjakan diri pula dengan rawatan tradisional ni. Hihi.. Malam ni nak cuba la petua nombr satu tu.. Nanti Fai bagi review ye...





Lebih banyak Petua Kecantikan di SINI...



Tuesday, September 23, 2014

Pengedar Shaklee di Masai dan Pasir Gudang, Johor






Fai adalah pengedar Shaklee di kawasan Masai dan Pasir Gudang, Johor. Bagi sesiapa yg tinggal di Masai dan Pasir Gudang seperti Plentong, Megah Ria, Sierra Perdana, Masai, Taman Scientex, Taman Air Biru, Cahaya Masai... dan kawasan yang sewaktu dengannya... dan anda nak COD (cash on delivery) vitamin Shaklee, boleh contact Fai.. Penghantaran secepat mungkin. InshaaAllah... Siang anda buat pesanan, malam tu juga Fai akan hantar vitamin sampai di depan pintu rumah anda... dan yang penting stock sentiasa ada di rumah. So, no worries...






Anda ragu-ragu nak order vitamin Shaklee dengan Fai? Jangan bimbang, kerana Fai adalah pengedar sah Shaklee yang berdaftar. No ID Fai, 852741 (Nurfairuz)... Hampir setiap malam Fai akan membuat penghantaran vitamin Shaklee di sekitar Masai dan Pasir Gudang, Johor. Alhamdulillah pelanggan-pelanggan di sekitar Masai dan Pasir Gudang, Johor semuanya berpuas hati dengan penghantaran Fai yang CEPAT dan menepati masa yang telah dijanjikan. 
Yang paling best, anda juga akan dapat HARGA TERBAIK dari Fai... (^___^)


Apa tunggu lagi, khas untuk anda yang tercari-cari pengedar Shaklee di Masai dan Pasir Gudang, Johor... boleh la hubungi Fai untuk membuat pesanan Shaklee. Anda tidak perlu lagi tunggu 1-3 hari bekerja untuk vitamin sampai di rumah anda...


Tetapi..... tidak terhad di Johor Bahru sahaja ye.. Sebab hampir 90% customer Fai adalah mereka dari alam maya, yang mana penghantaran barang adalah melalui Poslaju ke seluruh Malaysia. Jaminan penghantaran adalah selama 1-3 hari bekerja.








Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com



Monday, September 22, 2014

Permata Hati Ibu

Buah hati pengarang jantung, ke mana-mana dia lah yang teman ibu.. Ada je keletahnya setiap hari yang buat ibu tersenyum. Sekejap je Adam dah 1 tahun 2 bulan. Sakit bersalinkan Adam pun tak hilang lagi.. Semakin hari semakin bijak. Ada je perkara baru yang Adam belajar. Semakin manja pun ye jugak. Hihi.. Semoga Adam Hussin membesar dengan sihat, jadi anak soleh yang boleh bahagiakan ibu dengan papa dunia akhirat...

Side Income dengan Shaklee

Fai mencari 3 orang yang ingin mengubah taraf kehidupan mereka dengan Shaklee. Seeloknya anda adalah pengguna supplement Shaklee. Fai akan bantu anda untuk mencapai side income 4 angka dalam masa kurang dari setahun. InshaaAllah..


Dengan syarat:


  • Anda tahu menggunakan Facebook
  • Anda mempunyai blog
  • BERTEKAD untuk keluar dari comfort zone anda
  • Sanggup korbankan masa (2 jam sehari untuk Shaklee)
  • RAJIN.. buat semua yang mummy (Fai) suruh
  • TAHAN TELINGA kena "marah" dengan mummy.. (yang ni syarat paling dahsyat, hihi..)



Jika anda mempunyai syarat-syarat di atas, Fai mengalu-alukan anda ke dalam Project Millionaire Team. Secret group Fai, di mana inilah tempat Fai guide dan coaching anak cucu cicit untuk dapat side income dengan Shaklee.



Fai mencari 3 orang sahaja supaya Fai boleh LEBIH FOKUS untuk bantu andabertiga untk dapatkan side income 4 angka dengan Shaklee.. 





Apa manfaat yang anda akan dapat sebagai Pengedar SAH SHAKLEE..

  • Daftar Keahlian RM65 + Postage RM10 untuk Seumur Hidup tanpa Renewal
  • Pembelian setiap produk SHAKLEE dengan diskaun sehingga 33%.
  • Insentif SHAKLEE berbentuk Bonus Bulanan sehingga 2,3,4,5,6,7 angka.
  • Isentif lain adalah berbentuk Bonus Kereta, pakej pelancongan vvip bertaraf 6 bintang dan pakej umrah bagi umat islam.
  • Sertai kami di Project Millionaire Team dengan sistem Komuniti Bisnes SHAKLEE secara online tanpa perlu keluar rumah mencari pelanggan.
  • Project Millionaire Team juga menawarkan khidmat kaunseling berkenaan tips-tips marketing, motivasi dan berkongsi pengetahuan segala berkenaan SHAKLEE.









JIKA KITA ADA SERIBU IMPIAN, JIKA KITA INGINKAN KESIHATAN YANG TERUNGGUL, JIKA KITA SERIUS MENJANA INCOME .. 
PILIHLAH SHAKLEE SEBAGAI PENERAJU ANDA UNTUK MENREALISASIKAN IMPIAN ANDA.


JOM SERTAI KAMI DI PROJECT MILLIONAIRE TEAM -InshaALLAH!!!


Kaya dan berjaya dunia akhirat.. InshaaAllah..







Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


 

B Complex Shaklee adalah yang terbaik di pasaran

Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang mencipta B Complex beserta ASID FOLIK dan juga BIOTIN. 







Tahukah Anda?

SHAKLEE mencipta Asid Folik Semulajadi yang Pertama Di Dunia dengan kadar PENYERAPAN (bioavaibility) yang Sangat Tinggi & berkualiti.



Kenapa SHAKLEE Menciptanya?

Kerana Asid Folik di pasaran adalah bersifat  sintetik  tapi  SHAKLEE  adalah 100% Semulajadi.








Perbezaan B-Complex SHAKLEE !!!

Mengandungi kesemua 8 vitamin-B1,B2,B3,B5,B6,B12, 50%-biotin & 50%-asid Folik seperti disarankan oleh RDA (Kesemua perlu diambil pada masa yang sama).



B Complex Shaklee sangat Murah Di Pasaran







kita PERLU Ambil B-Complex SHAKLEE !!!!


  • 1.     kurang Masalah Keletihan
  • 2.     Melawan Stress & Insomnia
  • 3.     Membantu pembinaan DNA & Sel Baru
  • 4.     Membaiki masalah Rambut gugur dan kesihatan rambut
  • 5.     Cegah KATARAK berlebihan
  • 6.     Mencegah Anemia,sakit kepala, mingrain
  • 7.     Meredakan Masalah Senggugut
  • 8.     Mencegah Masalah kerekahan Mulut,jangkitan lidah dan nafas berbau
  • 7.     Meredakan Masalah Alahan




FAQ: 
Mengapa Urin Menjadi Kekuningan? Tak Perlu TAKUT!!

Vitamin B perlu diambil setiap hari kerana ianya larut air dan sebarang lebihan akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. 


Ini Adalah Normal Jika kita ambil B-Complex SHAKLEE. Apa yang kita tahu, Complex SHAKLEE adalah larut air dan mengandungi elemen kekuningan.


Pada peringkat awal pengambilannya, tubuh badan akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapannya. Maka, tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa.

Kami menyarankan agar anda mengambil kadar air masak/mineral pada kadar sekurang-kurangnya 2-3 liter ikut keperluan badan kerana B Complex SHAKLEE 
merangsang metabolisme yang akan menyebabkan pengeluaran haba pada tubuh. Dan ini adalah normal.











Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, September 21, 2014

Testimoni Mealshake Tambah Selera Makan Kanak-Kanak


Alhamdulillah mealshake dapat membantu untuk tamabh selera makan kanak-kanak. Lets the picture speaks for itself... Koleksi testimoni ni Fai ambil dari Shaklee Golden Lounge, iaitu group tertutup untuk customer shaklee kami.



















Sekilas FAKTA tentang MEAL SHAKES

♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
♥ Sumber yang  kaya dengan kalsium, fiber dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik. 
♥ kaya dengan  sumber kalsium dan protin yg sesuai dengan keperluan tumbesaran kanak-kanak
♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
♥ EXTRA -  NO artificial flavor, colors, sweeteners or preservatives added!
♥ sesuai untuk seisi keluarga 





Mealshake ni bukan untuk kanak-kanak je tau, mealshake juga sesuai untuk semua peringkat umur. Jom kita tengok siapa yang sesuai ambil mealshake ni...



Siapa yang perlukan Meal Shakes ni...

Kanak-kanak [terutama yang kurang selera makan, picky eater, sembelit, mudah selsema/demam, asthma, obesiti]
Ibu mengandung – untuk kekal cergas dan bertenaga…
Ibu yang menyusukan anak – mealshake membekalkan vitamin dan mineral penting yg diperlukan badan…
Wanita yg idamkan kulit cantik.. glowing… dan berseri – mealshake mengandungi vitamin antioksidan (Vitamin A, C dan E)
♥ Anda yang sering skip sarapan - makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic, mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta  kaya dengan sumber kalsium dan protein..
Pesakit yg baru lepas pembedahan – mengandungi zinc yg membantu dalam proses cepat baik luka pembedahan…
♥ Seisi keluarga – untuk kesihatan secara menyeluruh…






Nak dapatkan Mealshake COD di kawasan Pasir Gudang..? Contact Fai ye.. (>___<)



Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, September 19, 2014

Zoo Melaka

Sambung entri semalam.. Lepas sarapan, check out dan terus ke Zoo Melaka. Memang pergi sini kali ni nak bawa Adam pergi zoo. Sebab dia dah mula nak kenal haiwan. Kalau berdua je dengan hubby, memang tak pergi la jawabnya. Hihi. Nak pergi zoo ni bagus pergi pagi. Tak panas, nak jalan pun best. Tapi jangan bawa makanan ye, sebab syaratnya memang tak boleh bawa makanan luar masuk dalam zoo. Macam ktorang hari tu tak tahu, roti Adam kena buang. Nak buat macam mana sebab dah tu peraturan ang ditetapkan. Tiket masuk Zoo Melaka untuk dewasa RM16.70 kalau tak silap. Budak bawah 4 tahun foc. Untuk warga emas boleh dapat separuh harga.

Jom layan gambar Adam kat Zoo Melaka ni..







kebetulan masa sampai kat tempat gajah, penjaga zoo tengah mandikan gajah. dah siap mandi gajah tu dilepaskan ke satu tempat khas untuk membolehkan pengunjung bagi makan pada gajah. satu plastik makanan 
RM5.. hubby beranikan diri bagi makan kat gajah ni. fai tukang snap gambar boleh la. hihi.. dah habis bagi makan, minta tolong panjaga gajah ni ambilkn gambar ktorang satu family. ada juga kenangan gambar bertiga. hihi...

okey, cukup dah cerita cuti-cuti malaysia
ke muar dan melaka. jangan bosan ye. hihi... thanks sebab sudi singgah baca kat sini..

Happy time di Melaka..

Sambungan entri sebelum ni - Jalan2 Muar.. Lepas balik kenduri kahwin kawan hubby, ktorang decide terus ke Melaka. Waze bawa ktorang ikut lebuh raya AMJ. Dekat je dari Muar, 40-45 minit dah sampai.

Tempat pertama ktorang tuju - hotel.. Survey rate hotel kat Agoda. Memang murah-murah. Lastly ktorang decide nak stay kat Bayview Hotel sebab ada tempat parking. Masa check in memang teruja sebab Bayview ni hotel 4 bintang. Tapi bila dah check in, apa yang digambarkan tak macam dalam website Agota tu. Fai bagi 2 bintang dari 5 bintang untuk keadaan bilik.

Petang dalam pukul 6 lebih hubby bawa ke medan ikan bakar Umbai. Mulanya memang nak makan kat Ikan Bakar Parameswara, tapiiii orang ramai sangat. Perut dah lapar, so ktorang decide makan kat Selera Ikan Bakar Sejati. Kali ni tak sempat lagi nak amik gambar sebab dah lapar sangat. Ktorang makan siakap bakar, udang goreng tepung, kangkung goreng belacan, air sirap dgn kopi.. Semua ni baru RM45. Memang murahhh... Berbaloi ke sini walaupun jauh sikit dari bandar.

Time ni dah 8 lebih, jalan-jalan kat Jonker walk. Sempat la posing kat depan masjid tertua di Malaysia - Masjid Kampung Hulu. Masjid ni dibina pada tahun 1728. Lamaa tu..





Adam memang dah biasa digendong dalam 
Snuggbaby tu. senang nak ke mana-mana. keluar kereta, terus jalan. tak payah nak buka stroller. hihi..

memang meriah kat Jonker walk ni. boleh dikategorikan sesak jugak la sebab jalan berhimpit. kat sini yang best barang souveniour. semua cantik-cantik, ikut hati memang nak beli je. hihi.. first time jalan kat jonker walk ni bertiga. dulu sebelum ada adam, ada juga ke sini tapi siang. kalau korang nak jalan kat sini,  malam lagi happening. hihi..

sampai bayview masing-masing dah penat. lepas solat, terus tido. adam pun tido nyenyak sampai pagi.

tadi fai bagi rate bayview hotel ni 2 daripada 5 kan.. tapiii untuk breakfast, memang sedappp. fai bagi 5 bintang. 


Jalan-jalan Muar

14 September lepas, kawan satu universiti hubby kahwin kat Muar. first time ni pergi 
Muar. hihi..

Hari Ahad tu pukul 7.30 pagi dah bertolak dari JB. Singgah dulu kat rumah "cucu" Shaklee Fai. Sambil menyelam minum air,sambil makan angin sempat lagi singgah coaching anak buah. Hihi..

Awal-awal lagi kak ija dah pesan suruh sarapan kat rumah dia. First time sarapan kat Muar. Pelik + jakun sikit sebab pagi-pagi dah jumpa sate. Kalau kat JB, malam baru dapat makan sate ni. Hihi.. Tapi satenya memang sedapppp, tip top! Pagi tu, kak ija ada Mi Rebus Muar juga. Kak Ija cakap tempat mi rebus ni kalau hari cuti memang orang beratur panjang. Apa taknya, Fai makan memang sedapppp sangat. Kuahnya memang umphhh! Hihi.. Lama juga Fai kat umah kak ija ni, ada dalam dua jam. Yela, first time offline coaching. Nak jumpa memang susah sebab kak ija ni duduk kat Selayang. Kebetulan dia balik rumah ibu dia kat Muar, boleh la Fai jumpa sekejap. Nasib baik la en.hubby tak kisah tunggu lama.



Sebelum pegi wedding kawan hubby, singgah 
Wetex dulu beli hadiah. sebenarnya saje nak jalan-jalan wetex. hihi.. perjalanan dari 
JB ke rumah kak ija dan ke rumah pengantin, semua berpandukan encik waze. fai mula guna waze ni sejak pergi kl hari tu. masa first time guna waze, memang rasa was-was. sampai ke tak ni. tapi bila dah sampai, lega sangat. hihi...


First time pergi kenduri kahwin orang muar, memang jakun. makanan macam-macam. ada nasi minyak, laksa pinang, ketupat dan lodeh, bubur pulut hitam, kuih muih. air jangan cakap la, ada dalam 3-4 jenis. fai dapat makan masi minyak dengan laksa je. memang sedap. nak rasa semua en. hubby dah menjeling. hihi...

kesimpulannya, makanan kat muar memang sedap-sedap. ada rezeki nak jalan-jalan cari makan pula kat sana. hihi..


# sorry tak sempat nak amik gambar makanan sebab bekejar nak ke melaka pula lepas tu..

Saturday, September 13, 2014

Performance Drink Shaklee, minuman terbaik untuk para atlit


Mari kenali Performance Drink SHAKLEE

Performance Drink atau nama sebenarnya Perfromance Natural Orange SHAKLEE daripada ujian Klinikal telah membuktikan dapat meningkatkan tenaga otot 6 kali ganda untuk membekalkan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.


Ini adalah minuman sukan pertama sejak 1980 untuk para atlet Amerika dan para angkasawan.






Apa Keunikan Performance Natural Orange SHAKLEE??

Digelar Performance Natural Orange SHAKLEE kerana keupayaannya membekalkan lebih banyak elektrolit berbanding minuman lain.


credit: DailyNaturalSupplement




Apa Manfaat Pengambilannya???

  • 1.     Meningkatkan daya ketahanan Badan iaitu meningkatkan daya tahan otot dan menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal.
  • 2.     Mencegah Penyahidratan dan kehausan.
  • 3.     Melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  • 4.     Memelihara paras gula darah yang penting untuk tenaga otot & Stamina.
  • 5.     Mempercepatkan sembuhan pada kecederaan otot.
  • 6.     Menjaga kestabilan bendalir badan agar tidak kering.
  • 7.     Sebagai sarapan apabila dicampur dengan ESP & Meal Shakes SHAKLEE.




Siapa yg memerlukan Performance Drink SHAKLEE??  

1.     >>  Para Atlet
2.     >> Mereka yang BERPUASA
3.     >> Tidur lewat malam
4.     >> Penyahidratan otot dan kulit
5.     >> Rendah Paras Gula
6.     >> Sebelum dan selepas pembedahan




Jaminan Ketulenan SHAKLEE
Tidak Mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang pengawet tambahan.




Nutrisi untuk Para Atlet SHAKLEE:

Beri apa yang diperlukan tubuh, sebelum, semasa dan selepas latihan.

Ini telah terbukti secara klinikal untuk bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga lebih cepat.


_________________________

Testimoni dari hubby Fai sendiri. Beliau sebelum ni tak pernah training badminton tanpa Performance Drink.. Stock Performance Drink habis, malam tadi terpaksalah training tanpa Peformance Drink. Balik je training, hubby cakap, baru training sekejap.. dah pancit. Rasa cepat penat. Kaki pun cepat je rasa nak cramp. Memang lain la training tanpa PD ni... 



Performance Drink ni highly recommended untuk para atlit.. Untuk anda yang aktif bersukan. Rasailah kelainannya dengan Performance Drink. Anda PASTI teruja... Percayalah...







Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, September 12, 2014

Membeli sambil berkasih sayang





Membeli sambil berkasih sayang...

Setiap kali anda membeli 'Mealshakes Promosi ni >> Buy 3 Free 1... 10% dari hasil jualan akan disalurkan ke 2000 keluarga kurang mampu selama setahun. Pihak Shaklee mensasarkan pengumpulan satu juta ringgit untuk diberikan kepada 2000 keluarga kurang mampu dalam masa setahun ini.


Dahla dapat free 1 tin, sambil tu dapat peluang bantu mereka yang kurang mampu.. Best kan?


Mealshake promosi cuma RM341.25... Satu family boleh ambil, dari baby umur setahun sampai la nenek kita yang berumur 80 tahun. Best kan? Hihi.. Sebab mealshake ni multivitamin dalam bentuk serbuk, memang sesuai untuk semua.  Kalau orang dewasa, setin tahan untuk sebulan..untuk kanak-kanak, setin tahan untuk 2-3 bulan... 


Info Mealshake boleh klik link di bawah..

Tujuh sebab kenapa perlu belkan Mealshake untuk anak anda

Rita Rudaini pun ambil Mealshake??

Apa kata ibu-ibu yang dah try Mealshake??





Jika anda berada di sekitar Pasir Gudang, Fai boleh terus COD Mealshake ke rumah anda.. (>___<)



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, September 11, 2014

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Asyik cerita tentang diri sendiri je.. Mesti ada yang boring kan? hihi.. Hari ni Fai nak cerita tentang salah seorang LEADER HEBAT Fai yang tinggal di Kuala Lumpur, Nur Fariza Mahfar. Atau lebih mesra Fai panggil beliau Kak Eiza... 

Kak Eiza ni sebenarnya pangkat "cucu" Fai.. Antara leader Fai yg lajuuu. Tak silap bulan ke-3 register member dah naik Rank Supervisor dan merasa income 4 angka. Alhamdulillah sekarang beliau dah pun stabil dengan income 4 angka dan sekarang menuju ke rank seterusnya iaitu Senior Supervisor. Apa yang Fai sangat kagum dengan Kak Eiza ni, dia sangat2 rajin. Komited dengan apa yang dia buat. Kalau buat sesuatu tu mesti sungguh2..

Kampung Kak Eiza kat Muar. Sebenarnya tak jauh pun dengan kampung Fai kat Kluang tu. Tapi bila Fai balik Kluang, Kak Eiza pula kat KL. Memang tak pernah nak bertentang 4 mata dengan dia. Tapi itu bukan alasan untuk beliau. Fai biasa coaching beliau via phone je. Sebab Kak Eiza ni memang rajinnn whatsapp Fai tanya tentang Shaklee. Hihi... National Conference 2014 pada 7-9 June lepas la yang menemukan kami. Pertama kali jumpa kat NC tempoh hari Fai cakap dalam hati "alahai comelnya akak ni. Lemah lembut je bila cakap..." Hehe.. Kak Eiza jangan marah naa...  



Masa ni Kak Eiza ambil award New Rank Achiever.


Bergambar dengan Presidential Master Shareeza


Jauh bukan penghalang untuk berjaya. Leader Fai ni dah pun buktikan. Walaupun tak pernah jumpa, tapi Kak Eiza dah buktikan yang beliau juga boleh merasa income 4 angka dengan Shaklee hanya coaching melalui telephone (whatsapp) dan juga coaching melalui secret group Project Millionaire Team... Apa yang penting, DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN. Anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur atau Muar, boleh contact Kak Eiza jika berminat untuk jana SIDE INCOME dengan SHAKLEE. Fai yakin beliau dapat membimbing anda dengan baik. 


InshaaAllah entri seterusnya Fai akan cerita tentang 2 orang lagi LEADER HEBAT Fai yang berada di Johor Bahru...







Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, September 10, 2014

Garlic Complex : Antibiotic Semulajadi


Bawang putih memang terkenal sebagai antibiotic semulajadi.. Banyakkk khasiat yang kita akan perolehi dari bawang putih ni. Sanggup ke nak telan selabu bawang putih setiap hari? Selabu ye, bukan seulas.. Dengan baunya lagi? Rasanya lagi..?  Fai awal-awal lagi memang “surrender’… Tak sanggup….. Hihi..


Dengan Shaklee, tak payah susah-susah nak telan selabu bawang putih. Makan 2 biji Garlic Complex sehari dah cukup untuk keperluan seharian.





Kenapa perlu beli Garlic Complex Shaklee?

  • Dibuat dari bawang putih jenis PREMIUM, bebas racun perosak dan ditanam secara ORGANIK di California USA sewaktu musim panas.
  • Dihasilkan secara EKSLUSIF pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan PENGEKALAN 100% ALICIN AKTIF (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Alicin aktif).
  • DWI Teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic.
  • Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari KOMBINASI 2 EKSTRAK HERBARosemary dan Spearmint.
  • Mengandungi pelbagai Vitamin E untuk MENINGKATKAN SEBATIAN AKTIF GARLIC dan KEBERKESANANNYA dalam tubuh.
  • Setiap 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ULAS GARLIC SEGAR






Khasiat Utama Garlic Complex:

  • Mengandungi Spearmint – tingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
  • Antibiotic Semulajadi – TINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH, halang penyakit berkangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Mengurangkan Alergi
  • Tingkatkan Sistem Penghadaman – seperti kembung perut, gastric dan ketidakhadaman.
  • Memoderatekan Tekanan Darah Tinggi – kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet Garlic sehari mampu menurunkan tekanan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi – mampu MENGELUARKAN RAKSA DARI TUBUH DENGAN PANTAS. Garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan logam dan MENGHALANG KEROSAKAN HATI OLEH BAHAN KIMIA.
  • Menurunkan Kolesterol – Menurunkan kolesterol LDL, trigliserid dan kelikatan darah; mengurangkan darah beku, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok.
  • Mencegah Kanser – MENCEGAH dan MERAWAT KANSER dengan mengurangkan bahan pencetus kanser : Nitrosamine


Garlic Complex ni antara supplement yang termurah, tapi banyakkkk khasiatnya. Sebotol cuma RM47.50 sahaja..





Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, September 9, 2014

Rahsia cantik bakal pengantin dengan Shaklee Collagen Powder

Teruja dengan testimoni dari anak buah Fai sebelum beliau naik pelamin 5 bulan lepas.. Minum Shaklee Collagen POwder sachet ke-18 dah mula nampak kesan... Jom bacaa....




Halimah memulakan tindakan dengan mencuba produk SHAKLEE COLLAGEN POWDER ini. Waktu tu memang rasa sukar untuk nak keluarkan sejumlah wang yang banyak utk beli SCP ni, tapi hati ni melonjak sangat nak tau dan dapatkan kesan sisik ikan merah pada muka ni. pejamm mata dan bayar. setlle! dapat sekotak SCP.hihi :))


Ok, bila dah beli maka bermula lah hari-hari halimah dengan SCP. Jadi, bila barang dah depan mata halimah 'plan' pulak bila nak pakai.Yelah barang ber'harga' kenalah hargai betol-betol ye dakk?? Waktu tu halimah beli sebulan sebelum NAIK PELAMIN :))

Alhamdulillah, masa hari ke 18 'consume' SCP ni, halimah dah mula rasa kelainan, apa dia??.

>> kulit muka mula menegang, anjal!
>> waktu tu ada jugak jerawat,biasalah bile majlis dah dekat hati ni gelisah semacam. bila consume SCP jerawat cepat kecut. 'amazing' yer disitu!
>> kulit muka rasa fresh (siapa pernah consume, dia tau bukan nak overclaim ok hehe )

masa ni, 50% dah mula yakin . Ok nak cerita masa hari kejadian pulak iaitu masa halimah disolekkan oleh mak andam. Waktu kahwin haritu, Halimah 'hired' 2 mak andam. Yang menjadikan keyakinan halimah 'loading' sampai 100 % bila 2  mak andam ni nak mulakan solek tu, mak andam siap  telek muka halimah dan terkeluar plak dr mulut beliau 'dek, kulit adik cantik sgt, macam akk tak perlu byk sgt nak 'kerjakan' muka adik utk mekap .tak perlu tutup cela bagai bla..bla..bla..'

aduhhhh!macam nak nangis tepi bucu katil je waktu tu. haha~ SCP kau buat hatiku bunga-bunga.belom nikah lagi dah bunga-bunga mcm mana ni???

syukur alhamdulillah, waktu tu memang rasa MISIKU HALIMAH BERJAYA!


untuk entri penuh, boleh baca di SINI



Berseri-seri muka pengantin kesan Shaklee Collagen Powder.. hihi...




Shaklee Collagen Powder ni JISIM MOLEKUL yang SANGAT RENDAH (1000 Dalton) dan PENYERAPAN UNGGUL - boleh diserap dengan BERKESAN di dalam usus. Sebab itulah kesannya kita akan nampk lebih cepat... 







Untuk bakal-bakal pengantin yang inginkan kesan cantik segera, inilah masanya untuk anda mencuba Shaklee Collagen Powder ni.. Lagi awal ambil lagi bagus... Highly recommended di ambil bersama-sama dengan Sustained Released Vitamin C untuk kesan yang superb amazing.. InshaaAllah...







Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015