Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, September 19, 2014

Happy time di Melaka..

Sambungan entri sebelum ni - Jalan2 Muar.. Lepas balik kenduri kahwin kawan hubby, ktorang decide terus ke Melaka. Waze bawa ktorang ikut lebuh raya AMJ. Dekat je dari Muar, 40-45 minit dah sampai.

Tempat pertama ktorang tuju - hotel.. Survey rate hotel kat Agoda. Memang murah-murah. Lastly ktorang decide nak stay kat Bayview Hotel sebab ada tempat parking. Masa check in memang teruja sebab Bayview ni hotel 4 bintang. Tapi bila dah check in, apa yang digambarkan tak macam dalam website Agota tu. Fai bagi 2 bintang dari 5 bintang untuk keadaan bilik.

Petang dalam pukul 6 lebih hubby bawa ke medan ikan bakar Umbai. Mulanya memang nak makan kat Ikan Bakar Parameswara, tapiiii orang ramai sangat. Perut dah lapar, so ktorang decide makan kat Selera Ikan Bakar Sejati. Kali ni tak sempat lagi nak amik gambar sebab dah lapar sangat. Ktorang makan siakap bakar, udang goreng tepung, kangkung goreng belacan, air sirap dgn kopi.. Semua ni baru RM45. Memang murahhh... Berbaloi ke sini walaupun jauh sikit dari bandar.

Time ni dah 8 lebih, jalan-jalan kat Jonker walk. Sempat la posing kat depan masjid tertua di Malaysia - Masjid Kampung Hulu. Masjid ni dibina pada tahun 1728. Lamaa tu..





Adam memang dah biasa digendong dalam 
Snuggbaby tu. senang nak ke mana-mana. keluar kereta, terus jalan. tak payah nak buka stroller. hihi..

memang meriah kat Jonker walk ni. boleh dikategorikan sesak jugak la sebab jalan berhimpit. kat sini yang best barang souveniour. semua cantik-cantik, ikut hati memang nak beli je. hihi.. first time jalan kat jonker walk ni bertiga. dulu sebelum ada adam, ada juga ke sini tapi siang. kalau korang nak jalan kat sini,  malam lagi happening. hihi..

sampai bayview masing-masing dah penat. lepas solat, terus tido. adam pun tido nyenyak sampai pagi.

tadi fai bagi rate bayview hotel ni 2 daripada 5 kan.. tapiii untuk breakfast, memang sedappp. fai bagi 5 bintang. 


No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015