Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, September 19, 2014

Jalan-jalan Muar

14 September lepas, kawan satu universiti hubby kahwin kat Muar. first time ni pergi 
Muar. hihi..

Hari Ahad tu pukul 7.30 pagi dah bertolak dari JB. Singgah dulu kat rumah "cucu" Shaklee Fai. Sambil menyelam minum air,sambil makan angin sempat lagi singgah coaching anak buah. Hihi..

Awal-awal lagi kak ija dah pesan suruh sarapan kat rumah dia. First time sarapan kat Muar. Pelik + jakun sikit sebab pagi-pagi dah jumpa sate. Kalau kat JB, malam baru dapat makan sate ni. Hihi.. Tapi satenya memang sedapppp, tip top! Pagi tu, kak ija ada Mi Rebus Muar juga. Kak Ija cakap tempat mi rebus ni kalau hari cuti memang orang beratur panjang. Apa taknya, Fai makan memang sedapppp sangat. Kuahnya memang umphhh! Hihi.. Lama juga Fai kat umah kak ija ni, ada dalam dua jam. Yela, first time offline coaching. Nak jumpa memang susah sebab kak ija ni duduk kat Selayang. Kebetulan dia balik rumah ibu dia kat Muar, boleh la Fai jumpa sekejap. Nasib baik la en.hubby tak kisah tunggu lama.



Sebelum pegi wedding kawan hubby, singgah 
Wetex dulu beli hadiah. sebenarnya saje nak jalan-jalan wetex. hihi.. perjalanan dari 
JB ke rumah kak ija dan ke rumah pengantin, semua berpandukan encik waze. fai mula guna waze ni sejak pergi kl hari tu. masa first time guna waze, memang rasa was-was. sampai ke tak ni. tapi bila dah sampai, lega sangat. hihi...


First time pergi kenduri kahwin orang muar, memang jakun. makanan macam-macam. ada nasi minyak, laksa pinang, ketupat dan lodeh, bubur pulut hitam, kuih muih. air jangan cakap la, ada dalam 3-4 jenis. fai dapat makan masi minyak dengan laksa je. memang sedap. nak rasa semua en. hubby dah menjeling. hihi...

kesimpulannya, makanan kat muar memang sedap-sedap. ada rezeki nak jalan-jalan cari makan pula kat sana. hihi..


# sorry tak sempat nak amik gambar makanan sebab bekejar nak ke melaka pula lepas tu..

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015