Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, September 19, 2014

Zoo Melaka

Sambung entri semalam.. Lepas sarapan, check out dan terus ke Zoo Melaka. Memang pergi sini kali ni nak bawa Adam pergi zoo. Sebab dia dah mula nak kenal haiwan. Kalau berdua je dengan hubby, memang tak pergi la jawabnya. Hihi. Nak pergi zoo ni bagus pergi pagi. Tak panas, nak jalan pun best. Tapi jangan bawa makanan ye, sebab syaratnya memang tak boleh bawa makanan luar masuk dalam zoo. Macam ktorang hari tu tak tahu, roti Adam kena buang. Nak buat macam mana sebab dah tu peraturan ang ditetapkan. Tiket masuk Zoo Melaka untuk dewasa RM16.70 kalau tak silap. Budak bawah 4 tahun foc. Untuk warga emas boleh dapat separuh harga.

Jom layan gambar Adam kat Zoo Melaka ni..







kebetulan masa sampai kat tempat gajah, penjaga zoo tengah mandikan gajah. dah siap mandi gajah tu dilepaskan ke satu tempat khas untuk membolehkan pengunjung bagi makan pada gajah. satu plastik makanan 
RM5.. hubby beranikan diri bagi makan kat gajah ni. fai tukang snap gambar boleh la. hihi.. dah habis bagi makan, minta tolong panjaga gajah ni ambilkn gambar ktorang satu family. ada juga kenangan gambar bertiga. hihi...

okey, cukup dah cerita cuti-cuti malaysia
ke muar dan melaka. jangan bosan ye. hihi... thanks sebab sudi singgah baca kat sini..

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015