Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, October 6, 2014

Adam dah pandai jalan..

Malam tadi tidur kat Kluang.. Adam macam biasa tidur awal, pukul 9.00 dah tidur. Tak lama dia tidur tu, dia menangis menjerit-jerit. Memang dah kenal sangat kalau nangis macam ni Adam sakit perut. Agaknya sebab semalam makan macam2 sangat. Semua benda yang dia nampak, minta ibu suapkan.. Fai pun panggil hubby minta tolong urutkan betis dgn perut Adam.. Kali ni Adam nangis agak lama. Biasanya lepas urut Adam akan terus kentut dan sambung tido. Panic juga Fai time tu. Bukakkan seluar Adam dan minta hubby urutkan dari peha sampai le betis Adam... Nampak Adam semakin lega. Tak lama lepas tu dia kentut. Alhamdulillah... Biasanya lepas kentut baru Adam akan tidur nyenyak. Memang Adam tidur nyenyak sampai pagi, syukur sangat...

Petang tadi lepas zohor, sebelum balik JB.. Singgah rumah mak angkat Fai di Felda Ayer Hitam. Kat rumah mak kebetulan ada cucu-cunya yang tak balik lagi. Suka la Adam sebab ada kawan.. Tetibe Fai dengan hubby perasan yg Adam dah mula menapak dengan lepas tangan. Ada la dalam 10 langkah. Main sekejap dengan cucu mak, Adam prektis jalan lagi.. Macam tu je la sampai ktorang balik JB.
Sampai rumah.. Adam sambung lagi skill dia petang tadi. Tapi kali ni dia bangun sendiri dan berjalan dalam 10-15 tapak. Langkah semakin panjang. Hihi.. Bila jatuh, dia akan bangun dan sambung jalan lagi. Rupa-rupanya malam tadi Adam nangis sebab nak minta upah pandai jalan.. Hihi...

Hari ni, 6 Oktober 2014, genap setahun dua bulan 12 hari, Adam Hussin permata hati ibu papa pandai jalan walaupun masih "goyang" lagi langkahnya. Alhamdulillah....






Gambar pagi tadi sebelum keluar jalan2 bandar kluang.. masa ni berjalan masih kena ada orang pimpin lagi...

2 comments:

Kakzakie said...

Kakak rasa lagi pulak kaki Adam selesa sangat lepas kena urut dgn en papanya.. Ahaha... lepas ini asyik kerja mengejar Adam ajelah langkah makin laju tau:)

Selamat Hari Raya Aidil Adha Fai..

Mar Mansor said...

lepas ni lagi laju lah adam..

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015