Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, October 20, 2014

Solat Sunat Syukur

Apabila kita mendapat sesuatu nikmat, atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan, maka sewajarnyalah kita bersyukur kehadrat Allah swt, cara menunjukkan syukur ini ada pelbagai cara. Antaranya ialah, sujud syukur, sembahyang sunat syukur dan yang paling penting, menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah. 
Sembahyang ini dilakukan dalam dua rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam, asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang.




Firman Allah s.w.t:
Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Quran, surah Ali-Imran, 3:145)

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Quran, surah Ibrahim, 14:7)



Solat ini dilakukan dalam 2 rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang.



CARA MELAKSANAKANNYA

1. Lafaz dan niat solat ialah:
Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah taala"


2. Lakukan sembahyang ini seperti biasa. Surah yang dibaca boleh dipilih dari mana-mana surah.
3. Selepas memberi salam, bacalah doa kesyukuran. Antara doa yang boleh dibaca ialah seperti ini: 

 
  

Sejak terjebak dengan Shaklee la baru Fai amalkan solat sunat Syukur ni... Fai biasa akan buat solat sunat syukur ni bila dapat rezeki yang tak disangka-sangka. Ataupun bila apa yang Fai "minta" dimakbulkan... Terasa hina dan kerdil sangat diri ni jika nak dibandingkan dengan kuasaNya... Subhanallah...
Fai bersyukur sangat ditemukan dengan group Jutawan Shaklee yang amat menitikberatkan tentang kebergantungan pada yang Maha Esa.. Dalam group Jutawan Shaklee ni, kami dididik untuk meletakkan sepenuh pergantungan hanya padaNya kerana hanya Dia Maha Pemberi Rezeki.. Kita semua tak punya apa-apa, apa yang kita ada sekarang adalah berkat ihsan dan kasi sayang dariNya...
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015