Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, October 10, 2014

Tetamu Terakhir

Sangat terkesan dengan rancangan Semanis Kurma semalam yang bertajuk Tetamu Terakhir..



Apakah persediaan kita untuk menyambut tetamu terakhir...??

Sudah cukupkah amalan kita untuk mengadapNya??

Sudah cukupkah kita berbakti kepada ibu dan ayah??

Sudah cukupkan kita berbakti kepada suami/isteri??

Apa yang kita tinggalkan di dunia sebagai bekalan di "sana"??

Pernahkah kita menyakiti hati dan perasaan orang lain??



Rancangan Semanis Kurma malam tadi memang sangat terkesan pada diri Fai.. 
Masih banyakkk lagi yang perlu diperbaiki.. 
Astarghfirullah.....


 


Sedikit perkongsian dari Superstage's Heaven:
 

Tahukah anda bahawa kunjungan Malaikat Maut kepadamu akan mengakhiri hidupmu? Menyudahi aktivitimu? Dan menutup lembaran-lembaran amalmu? Setelah kunjungannya itu, kita tidak akan dapat lagi melakukan satu kebaikan pun. Tidak dapat melakukan solat sunat dua raka’at. Tidak dapat membaca satu ayat pun dari kitabNya. Tidak dapat bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, beristighfar walaupun sekali. Tidak dapat berpuasa walaupun sehari. Tak upaya lagi untuk bersedekah meskipun sedikit. Tidak dapat melakukan haji dan umrah walaupun mempunyai banyak wang dan persiapan. Tidak dapat berbuat baik kepada kerabat atau pun tetangga. Suratan amalmu sudah berakhir dan engkau hanya menunggu perhitungan dan pembalasan atas kebaikan atau keburukanmu!!

Oleh itu, mana persiapanmu untuk menemui Malaikat Maut? Mana persiapanmu untuk alam kubur ketika menghadapi pertanyaan, ketika di Padang Mahsyar, ketika hari Hisab, ketika ditimbang di Neraca Keadilan Ilahi (Mizan), ketika diperlihatkan lembaran amal, ketika melintasi Sirat dan berdiri di hadapan Allah Al-Jabbar?


---------------------------------------------------------------


Di akhir rancangan, Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan dua DOA yang kita boleh amalkan agar kita dapat menyambut "tetamu terakhir" dalam keadaan khusnul khotimah.. 
1. Surah Yusuf ayat 101
2. Surah Al-Fajr ayat 21-30















 


Semoga kita sama-sama dapat beramal dengan doa ini dan semoga pengakhiran hidup kita semua dalam keadaan khusnol khotimah.. Amiiinnn.....

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015