Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, December 18, 2014

9 RAHSIA Solat Sunat Tahajud dan cara menunaikannya

Solat tahajud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sebentar. Waktunya antara Isyak smpai Subuh . Waktu utama dari puluk 1 pagi sampai subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas, paling kurang dua rakaat. Cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam. Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan solat tahajjud . Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan ALLAH s.w.t .


Fai mula terdedah dengan solat tahajud ni sejak "terjebak" dengan Shaklee. Kami sentiasa diingatkan untuk melakukan solat tahajud kerana ianya salah satu cara untuk MENJEMPUT REZEKI dengan mudah. Mula-mula memang liat sangat nak bangun solat tahajud ni. Dah set jam, lepas matikan jam tidur balik. Hihi.. Antara tips mudah untuk bangun solat tahajud adalah lakukan solat taubat sebelum tidur. InshaaAllah mudah je untuk bangun solat tahajud.
  

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah 9 perkara, lima di dunia dan empat di akhirat."
Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”




Cara melakukan solat tahajud:



1. Niat Solat Tahajud





(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.



2. Bacaan surah selepas selepas Al-Fatihah

Rakaat Pertama: Ayat Al-Kursi 7x
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas 11x

atau

Rakaat Pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas 

atau

10 ayat terakhir Sural Al-Imran
(Rasulullah sering membaca surah ini pada Solat Tahajud Baginda)



3. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali




4. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini




5. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajud berikut 


Maksudnya:



“Ya Allah, Ya Tuhan, bagi Mu segala puji dan pujian. Engkau Raja di Raja. Seluruh langit, bumi, dan segenap isi dan penghuninya, kepunyaan Mu semata. Engkau mengatur semuanya dengan sempurna, tiada suatu pun yang ketinggalan. Engkau Haq dan nyata. Janji Mu tepat. Pasti kita bertemu dengan Engkau. Kata-kata Mu benar. Kenyataan syurga dan neraka, kesejahteraan dan kesengsaraan tidak dapat disanggah. Kebenaran para Nabi dan Muhammad S.A.W tidak dapat pula dibantah. Tuntutan tanggung jawab, perhitungan neraca dan hari pembalasan, pasti tiba saatnya. Ya Allah, Ya Tuhan, aku meyerah dan tunduk pada Mu, beriman dan yakin akan Engkau. Bertawakkal pada Mu. Di pihak Mu aku berdiri dan pada Mu aku bertahkim. Maka ampunilah kelalaian ku dan tutupilah kelemahan ku, baik yang lampau, mahupun yang kini dan yang mendatang, yang lahir dan batin serta yang Engkau lebih tahu daripadaku. Engkau yang memajukan dan Engkau pula yang memundurkan. Dan tiada Tuhan selain Engkau. Serta tiada helah mahupun kekuatan kecuali dengan Mu jua.” 

 

 

Memudahkan Bangun Solat Malam

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.


Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

 

credit










Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015