Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, March 11, 2015

Pisang Goreng Cheese, Taman Mawar, Pasir Gudang...

Pisang goreng cheese ni rasanya dah lama jadi fenomena kat Malaysia.. Tapi baru-baru ni je Fai teringin nak makan. Hihi.. 

Ni pun kes "terpengaruh" dengan anak buah Shaklee jugak.. Hihi.. Tengok si Halimahtus Saadiah ni post kat facebook macam sedappp je.. Fai pun terjah la kedai pisang goreng cheese makcik kat Taman Mawar, Pasir Gudang ni. Tak sempat pula nak snap gambar kedai makcik tu sebab masa nak beli ni cuaca macam nak hujan. Untuk first time ni, Fai beli pisang goreng cheese kotak kecil RM3.. 

Tak sempat sampai rumah Fai dah habiskan dalam kereta. Mulanya niat nak rasa je. Tapi bila dah makan rasa nak lagi... Dan lagi... Hihi... Bagi Fai pisang goreng cheese Taman Mawar ni sedappp. Terasa creamy cheese dengan manis chocolatenya... Nyummm..!!! Fai ni PEMINAT TEGAR CHEESE. Apa sahaja yang ada cheese, memang Fai sukaaa. Cheese tart, cheese cake, blueberry cheese cake, nan cheese.. Semua tu sedap lah.. Hihi... 

Korang kalau ada nak bagi Fai something, bagi yang ada cheese je. Confirm Fai sukaaa.. Hehehe (^_____^)

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015