Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, December 3, 2014

Pisang Kaki... Pisang yang tidak berbentuk seperti pisang. Hihi...



Beli kat pasar malam, 8 biji RM10



Korang pernah makan tak pisang kaki ni? Fai pun baru tahu tentang pisang kaki ni sejakberkenalan dengan hubby. Mula-mula tu macam jakun juga bila MIL hidangkan buah pisang kaki ni. Nak makan pun fikir 2-3 kali. Hihi.. Tapi bila dah makan, memang sedapppp. Kulitnya rangup dan rasa manisss.. Rupa-rupanya buah pisang kaki ni sangat banyak khasiat... JOm kita baca apa khasiat sebenar buah pisang kaki ni...





Pisang kaki ini dipercayai berasal daripada China dan tergolong dalam keluarga Ebenacea. 

Antara khasiatnya:

  • Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi 
  • Mengandungi hampir dua kali ganda serat pemakanan sama macam buah epal. 
  • Mengandungi vitamin A, vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium, kalium, protein, karbohidrat, asid organic 
  • Seperti biasa kandungan potassium yang tinggi sama macam pisang-pisang yang lain.

 
Satu kajian yang dibuat di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki yang mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia. Senag cerita boleh buat kita AWER MUDA la. Hihi..


Tannin yang terdapat dalam pisang kaki ini juga dipercayai boleh digunakan bagi merawat strok. Seperti biasa kandungan gula yang ada dalam pisang ni baik untuk kesihatan kardiovaskular yang mana ia menguatkan otot jantung kita. Namun begitu, pesakit diabetes sama sekali tidak boleh makan buah pisang kaki nih sebab kandungan gulanya lebih tinggi daripada pisang biasa. Pisang kaki ini juga tinggi kandungan diuretic, so ia bagus diamalkan kepada penghidap masalah paru-paru dan jantung.







No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015