Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, February 25, 2015

Panas ekstrem melanda negara.. RISIKO terdedah dengan Stroke Haba yang boleh membawa MAUT..!

Petikan berita daripada MINGGUAN MALAYSIA...

____________________________________


KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat."

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku."




 “Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.


___________________________


Buletin Utama jam 8.00 malam semalam pun PM dah umumkan tentang FENOMENA EQUINOKS ini dan ia mungkin berpanjangan.. Panas ekstrem ini menyebabkan kita semua terdedah dengan STROKE HABA.. Poster di bawah ini antara langkah yang boleh kita ambil untuk mencegah stroke haba daripada terjadi.








Alternatif lain yang Fai ambil untuk mencegah stroke haba ini adalah dengan pengambilan MINUMAN ISOTONIK Shaklee iaitu PERFORMANCE DRINK...


1) Performance Drink Shaklee adalah ALTERNATIF TERBAIK kerana:

Membekal TENAGA dan memberi IMBANGAN ELEKTROLIT secara optimum. Rumusan OptiLyte merupakan  rumusan 6 jenis elektrolit untuk HIDRASI secara OPTIMUM.
 




2) TERBUKTI SECARA KLINIKAL dalam memelihara paras gula dalam darah. Gula sangat penting dalam darah bagi mereka yang mengalami dehidrasi. Maka, tubuh badan akan BERTENAGA dan MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN. 







Performance Drink

Performance Drink ini sesuai diambil oleh seisi keluarga. dari kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah orang tua. Ibu hamil dan menyusu pun amat digalakkan untuk minum Performance Drink ini untuk kekal bertenaga sepanjang hari..


* petang ni nak ke branch, nak beli 3 tin Performance Drink, satu tin untuk stock sendiri... Lagi 2 tin nak pos ke ibu. Risauuu sebab ibu Fai tu setiap hari terdedah dengan cuaca panas, yelah balik sekolah pukul 2.00 petang. Cuaca masih panas pula tu.. Dah la ibu kurang minum air masak... Moga dengan Performance Drink ni dapat elakkan ibu daripada dehidrasi... InshaaAllah...





Fai Nardir
Senior Coordinator Februari'15 (6pts)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015