Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, April 6, 2015

8 panduan memilih bisnes MLM yang betul

8 panduan memilih bisnes MLM yang betul ini Fai ambil daripada buku penulis terkenal Razzi Ar Mansur, Menghapus Pemberat Hidup (Bab 5: Banyaknya Peluang). Fai suka baca buku yang ditulis oleh beliau kerana cara penyampaiannya sangat mudah difahami, berbentuk cerita dan amat santai. Razzi Ar Mansur ini terkenal dengan bukunya yang bertajuk "Jutawan MLM"... 


Semoga panduan ini dapat membantu anda memilih bisnes MLM yang TEPAT. 




Pilihlah Bisnes MLM :


1. Yang sudah KUKUH, benar-benar kukuh bukan dihebohkan kukuh atau dikukuhkan dengan penglipur lara.

2. Mengutamakan PRODUK. Kerana dari produk datangnya bisnes.

3. Hindari jauh-jauh jika kedengaran, "Tidak perlu menjual." Dari mana datangnya pendapatan jika tidak menjual? Ada yang tak kena jikalau bisnes, apa sahaja bisnes tetapi tidak perlu menjual.

4. Pilihan juga berdasarkan kemahuan menjual. Tidak mengapa jikalau tidak tahu menjual, sebab bolehlah mempelajari sedikit demi sedikit. Masalahnya ialah jikalau tidak mahu menjual. Apa bisnes pun tidak akan berjaya jikalau tidak mahu menjual. Sebaliknya cari cara lain untuk melangsaikan hutang, bukan melalui bisnes.

5. Hindari sama sekali syarikat MLM yang dikhabarkan "laju", "tengah hot". Tanyakan kembali, "lepas laju jadi apa?" "kalau sudah sejuk bagaimana? tutup?"

6. Hendak mengenali syariktnya, kenalilah pengedar (usahawan?). Jikalau usahawan (?) pelik, lebih banyak berbohong, lebih menipu dari berkata benar, yang Islam tidak menunaikan solat 5 waktu, kita boleh faham budaya yang dibawa oleh syarikat MLM itu.

7.  Hindari sejauh-jauhnya syarikat MLM yang ada Dato', Datin, Datin Palsu. Juga tidak pernah belajar sampai PhD atau doktor perubatan, menggelar dirinya Dr., meletakkan DR., di depan nama. Mudah sahaja, tanyakan di universiti mana doctorate, jadi bolehlah menghantar emel untuk bertanya tesis PhD yang kononnya diperoleh. Apa perlunya gelaran dan jawatan (seperti prof.) itu di dalam bisnes, kalau bukan untuk memperdaya? Tidak majukah bisnes jikalau tanpa Dato'? Akan tutupkah bisnes jikalau tidak meletakkan Dr. palsu?

8. Bagi pihak kita sendiri - bisnes adalah TIDAK SESUAI untuk kita jikalau kita mahukan cepat menjadi, cepat berhasil, cepat kaya. Sesungguhnya, bisnes adalah untuk kita jikalau kita mengamalkan "membina". Kita membina bisnes kerana sememangnya bisnes perlu dibina. Jika benar bisnes untuk melangsaikan hutang, Allah SWT akan menolong, Namun ada syaratnya iaitu mestilah bersungguh-sungguh!





Alhamdulillah, MLM yang Fai ceburi sekarang ini adalah MLM yang betul.. Shaklee adalah syarikat yang kukuh, TIDAK pernah sekali gagal untuk membayar "bonus" bulanan kami setiap bulan. Dr Forest C Shaklee sangat mengutamakan produknya, Shaklee merupakan SATU-SATUNYA syarikat MLM yang mempunyai saintisnya yang tersendiri untuk menjalankan Ujian Klinikal bagi setiap produk yang dikeluarkan. Alhamdulillah, Fai berada dalam group yang betul iaitu group Jutawan Shaklee yang diasaskan oleh Master Shareeza.. Kami bukan sahaja diajar tentang bisnes semata-mata, tetapi sentiasa diingatkan untuk mengumpul saham akhirat... <3


Gambar semasa dinner Appreciation Jutawan Shaklee pada & Mac 2015







Fai Nardir
KEY COORDINATOR APRIL'15 (9 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015