Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, April 3, 2015

"Hapuskan Pemberat Hidup"..... Jika tidak dihapuskan, kehidupan kita akan semakin sempit dan terhimpit...

Hapuskan Pemberat Hidup ini ditulis oleh Razzi Ar Mansur. Buku ini SANGAT EKSLUSIF, kerana ianya tak dijual di mana-mana kedai buku. Buku Hapuskan Pemberat Hidup ini diterbitkan khas untuk Kumpulan Shaklee Jutawan.





Pemberat Hidup yang dimaksudnya adalah DOSA dan HUTANG. Ya, semua orang tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa, dan semua orang mesti sedikit sebanyak ada berhutang. Betul tak..?? Fai habiskan baca buku ni dalam sejam setengah je. Memang bestttt... Apa yang disampaikan oleh penulis di dalam buku ini sangat memberi kesan dan menginsafkan....

____________________________
Antara petikan buku Hapuskan Pemberat Hidup...

Sekiranya kita tidak ada sebarang kemahuan untuk menghapuskan pemberat hidup, seterusnya tidak sehabis daya untuk menghapuskannya - akibatnya yang PASTI menimpa diri adalah kemurungan, tertekan, berduka, rezeki semakin menjauh, semakin sempit, selalu ditimpa musibah, bukan sesekali tetapi sepanjang hayat, selagi tidak ada sebarang usaha untuk menghapuskan pemberat hidup, sama ada berdikit-dikit atau sekaligus.

Yang lebih menakutkan, pemberat hidup itu tidak kita tinggalkan di muka bumi ini apabila sampai masa - sebaliknya kita membawanya, secara automatik, ke alam akhirat, dan menjadi beban di alam akhirat pula. Menakutkan? Ada yang lebih menakutkan lagi - di akhirat tak terdaya untuk berbuat apa-apa melainkan berterusan ditimpa "berat" ciptaan sendiri.



"Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, seandainya ada seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian ia dihidupkan lagi, lalu terbunuh lagi, kemudian dihidupkan lagi, sedang ia memiliki HUTANG, sungguh ia tidak akan masuk syurga sampai hutangnya dibayarkan."
(HR: An-Nasa'i, hadis bersifat hasan)


"semua dosa orang yang mati syahid diampuni, kecuali HUTANG" (HR: Muslim)


"Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni di halang daripada tempat yang mulia dengan sebab HUTANGnya sehinggalah hutang itu dijelaskan."
(HR: At-Tirmizi dan Ibnu Majah)




Orang yang aman sejahtera, tenteram boleh menjadi kucar kacir tidak tentu arah akibat dari berhutang, apatah lagi orang yang jiwanya tidak tenteram dan kucar kacir. 








Antara cara dan tindakan yang kita boleh ambil untuk menghapuskan pemberat hidup ini adalah dengan mencari EXTRA INCOME... Tak kisah la jual tudung ka, jual baju ka, buka kedai kecil-kecilan ka... Jika kita memang berniat nak hapuskan pemberat hidup ini, dan kita seryai dengan USAHA SUNGGUH-SUNGGUH dan BERMATI-MATIAN... Allah pasti akan permudahkan jalan kita untuk menghapuskan pemberat hidup ini. Ianya harusss dihapuskan dengan segera, jika tidak, apabila sudah sampai masa, pemberat hidup ini akan "membebankan" kita di alam sana...







Fai Nardir
KEY COORDINATOR APRIL'15 (9 points)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015