Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Sunday, May 24, 2015

5 Tips Atasi Morning Sickness

Alahan atau morning sickness adalah sebahagian daripada perkara normal yang akan dilalui oleh bakal ibu. Alhamdulillah, masa pregnantkan Adam dulu.. Fai tak kena morning sickness yang teruk. Cuma rasa mual dan loya sikit je. Takde lah sampai termuntah semula apa yang dah dimasulkan ke dalam mulut. Syukur sangat....


Jom Fai kongsikan 5 Tips Atasi Morning Sickness sewaktu hamil.. Tips ini Fai ambil daripada majalah Pa&Ma


Jangan minum terlalu banyak
Minum banyak air terutama air masak sememangnya amalan hidup yang sihat. Namun demikian keinginan untuk minum air masak ketika awal kehamilan biasanya hilang dalam kalangan ibu hamil. Bahkan ada yang akan termuntah atau langsung tidak boleh menelan air masak tersebut. Jangan risau tentang hal ini kerana ia akan kembali normal sebaik melepas fasa alahan. Sebaiknya minum air dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.




Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak
Ada kalangan ibu hamil akan hilang selera makan tetapi ada pula yang semakin menjadi-jadi selera makannya. Tidak kira sama ada anda berada dalam kategori hilang selera makan atau semakin berselera, anda perlu amalkan pemakanan yang sihat dan makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ia juga bagi membolehkan makanan mudah dihadam dan menghindarkan bakal mama daripada berasa mengah.

Amalkan minum teh halia
Rasa halia yang pedas dan hangat dapat mengurangkan rasa mual dan loya yang dialami oleh ibu hamil. Anda boleh minum teh yang dicampur hirisan halia atau air suam dicampur halia bagi melegakan rasa loya.

Elakkan pergerakan mengejut
Apabila hendak bangun daripada tidur, elakkan daripada bangun secara mengejut. Sebaiknya berbaring seketika bagi mengelakkan kepala berasa pening. Begitu juga ketika sedang duduk, jangan terus bangun mendadak dan melakukan aktiviti lain.

Rajin berjalan kaki
Jangan jadikan alasan loya dan mual di awal mengandung untuk malas berjalan kaki. Tahukah ibu, dengan melakukan rutin berjalan kaki anda dapat mengurangkan rasa mual dan loya. Bahkan senaman berjalan kaki juga bagus untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.


Bagi Fai, setiap apa yang terjadi sepanjang kehamilan ni just ENJOY... Ianya pasti akan menjadi kenangan terindah dalam hidup anda...





Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015