Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, May 6, 2015

"Berdosa bila mengecilkan hati orang.. Tetapi lebih besarrr dosanya jika kita berkecil hati..."

Kisah yang boleh dijadikan pengajaran... Perkongsian dari rakan telegram. Sebagai peringatan untukdiri Fai juga...


"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati" I'm so confused. kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak berdosa?? Then I asked my dad what's that mean.


Ayah : Jika seseorang hina kita, die berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia. 

Anak : Uikk, tapi kenapa plakk?? Kita tak buat apa2 pun kan?? 

Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. 

Anak : *Blurrr* 

Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. 

Ayah : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan2 kita... 'Dia dah banyak buat macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain... 'Kesian kawan kita tu, budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah tu akan lesap.. 

Anak : *termakan cili*


So conclusion is, jangan mudah terasa hati.. Kalau kita terasa hati, maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na'uzubillah.. Tabarakallah.. Adaklanya kita yang hanya insan biasa ni lebih cepat terasa..sikit-sikit nak terasa asbab dari perbuatan orang pada kita.. sedar tak sedar, mereka yang hadir itupun dengan izin Allah. Allah nk uji kita... Allah nak tegur dan bari peringatan pada kita... Kalau nk ikutkan 'TERASA' mungkin Allah lagi banyak terasa dengan kita asbab perilaku kita yang teruk. Tetapi Allah masih nak bagi peringtan pada kita supaya kita sedar dan masih bagi kita pelbagai nikmat... 











Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015