Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, May 20, 2015

Resepi Kuih Deram

Kuih deram ni antara feveret Fai bila ke pasar malam.. Kalau nampk je, mesti beli.. Biasanya 5 keping RM1... Beli RM2 memang tak puas makan, kejap je dah habis. Tadi blogwalking.. Terjumpa la resepi ni. Simple je rupanya resepi kuih deram ni. Kalau rajin esok boleh la cuba.. lepas tu boleh la makan sepuas-puasnya. Hehehe...


Resepi Kuih Deram

Bahan2:
500g tepung beras (1 peket blended rice flour)
500g gula merah
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)



Cara memasak:

1. Masak gula merah dengan sedikit air hingga pekat
2. Masukkan tepung beras dan kacau hingga kental
Kacau adunan guna senduk (ikutlah guna apapun. jgn guna tangan sudah) sampai die jadi doh. adunan tu die tak keras dan tak lembik tapi macam meluncur je.. 
 
3. Ambil sedikit adunan ini dan leperkan. Kemudian buatkan lubang ditengah2
4. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.


ihsan google



Nanti kalau jadi Fai up entri tentang ni ya... Hihi..





Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

3 comments:

AnneRaini said...

buat sendiri puas makan..hehe

aTieYusof Family said...

memang sedap kuih deram ni Fai.. tapi tulah kt sini susah nak jumpa..klu balik smnjg je lah dpt mkn sllu..:)

Kakzakie said...

Kalau nak ikutkan macam mudah aje buatnya ye Fai. Tapi kakak tak pernah buat tau. Biasa beli aje..

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015