Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Tuesday, July 7, 2015

Resepi Red Velvet Cookies yang sedappp dan mudah..

Tahun ni tetiba datang pula mood nak buat biskut raya. InshaaAllah kesemua biskut raya tahun ni HOMEMADE. Tapi Fai pilih resepi yang simple je. Mana nak melayan si Adam lagi... Hihi.. Resepi Red Velvet Cookies ni Fai ambil dari Facebook Dari Dapur Seorang Amatur. Senang sangat resepi ni. Ikut je kesemua sukatan yang diberi. Memang jadi... InshaaAllah...











Ada banyak Q&A tentang resepi red velvet cookis ni dalam facebook beliau yang akan memudahkan lagi untuk kita buat biskut ni. Fai tak guna tepung susu, tapi Fai gantikan dengan ESP... Hehehe... Rasanya..?? Lemak-lemak lagi sedappp dari tepung susu. Ops... Hihihi... Nak rasa Red Velvet Cookies ESP ni meh la datang rumah Fai ye...

Bawah ni gambar Red Velvet Cookies yang dah siap dibakar dari facebook beliau. Fai tak guna pun 3 pewarna tu.. Fai gunakan pewarna Cochineal. Hihi...






Resepi Red Velvet Cookies ni Fai share di sini untuk rujukan sendiri juga. Bila-bila nak buat lagi boleh refer kat sini ni... sebab dua tahun lepas Fai ada buat tat gulung, resepi tat nya memang sedapppp. Tapi sayanggg, resepinya dah hilang. Tu yang tahun ni Fai nak simpan semuaaa resepi biskut raya yang Fai buat..

Red Velvet Cookies ni memang rasa sebiji macam kek Red Velvet tu. Sedapppp sangat. Fai dah buat 1 adunan, tapi dah habissss. Hihihi. Mak mertua Fai pun cakap sedappp. InshaaAllah hari ni buat 3 adunan terus. 

Selamat mencuba..




FAI NARDIR 
KEY COORDINATOR JULAI'15
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com
Hp: 019-7428120



No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015