Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, August 24, 2015

Percubaan pertama memasak ayam lemak cili api Negeri Sembilan...

Lunch hari ni Fai masak Ayam Lemak Cili Api Negeri Sembilan. PERTAMA kali ni tau Fai masak ayam lemak cili api. Hihi... Beza ayam lemak cili api negeri sembilan ni, tak guna bawang. Memang senanggg... Meh tengok apa bahan-bahannya:

Ayam
Santan (2x perah - asingkan santan perahan pertama (santan pekat) dengan santan perahan kedua (santan cair)
Cili Padi – blend
Kunyit hidup – blend (fai guna kunyit serbuk je)
Daun kunyit?(tak guna daun kunyit sebab takde kat rumah.hihi..)
Serai - diketuk
Asam keping (1 keping)
Garam

Cara memasak:

Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. 





Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.

Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap...


.

Bagi yang suka pedas boleh letakkan  cili padi/api lebih.

Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak.

Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.







Senanggg je kan resepi ni.. Alhamdulillah percubaan pertama Fai memasak ayam lemak cili api ni berjaya. Hihi... Lepas ni boleh la masak lagi...




L










FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com






1 comment:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah Fai..
Berjaya masak lomak cili api nogori sombilan tu..
Podeh berdenting tu..
Kato orang nogori :)

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015