Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Saturday, August 22, 2015

Pertama kali nak buat, Resepi CONGO BARS...

Singgah blog kawan2, Fai pun terjumpa  la resepi congo bars di SINI... Hmm, menarik ni. Boleh buat kudapan masa tengok tv. Hihi.. Asyik makan kerepek je, kali ni tukar style pula mengunyah congo bars ni. Nampak macam senang sebab main campak-campak je. Hihihi... Fai tak cuba lagi, share dulu resepi ni kat sini. Bila nak buat nanti senang nak rujuk...




Bahan-bahan.

250g Mentega
2 1/2 cawan tepung gandung
3 biji telur
 1 cawan gula perang
secubit garam
1 sudu kecil baking powder
 1/2 sudu kecil esen vanila
3 sudu serbuk coklat

*sekeping Coklat bar
*segenggam kacang badam
*coklat chip
*conflakes

Bahan bertanda * adalah mengikut citarasa awak..


Cara-cara nya

- Panas kan oven

- masuk kan tepung gandung , serbuk coklat ,baking powder dan secubit garam dalam satu bekas..ketepi kan..

- Pukul mentega dan gula perang.tak perlu sampai kembang.
masuk kan esen vanila..
kacau sebati..

- masuk kan campuran tepung tadi kedalam mentega dan telur yang dah dipukul tadi.
kacau sebati guna senduk kayu je ..

- masa ni awak boleh la masuk kan apa bahan yng awak nak..saya masuk kan segenggam kacang badam yang di tumbuk kasar.kemudian saya masuk kan pecahan coklat bar jugak..
supaya bila gigit ada la coklat2 tu..sedap...

kemudian masuk kan dalam dulang..ratakan dan atas nya saya tabur kan coklat chip..
ada sikit lebihan cornflakes masa buat biskut raya dulu..
saya tabur kan jugak atas nya..

kemudian saya bakar ..suhu 170 .. bakar selama 45 minit..
oven awak mungkin lain sikit dari saya ye..

ok..kemudian dah siap..tunggu sejuk baru potong..
sedia untuk dihidangkan...




Inilah rupanya congo bars tu.. tak sabar pula nak cuba...







Fai Nardir 
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

1 comment:

IntaNBerliaN said...

mcm nk try je buat lnkali...

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015