Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, August 26, 2015

Tempat Makan Best di Kluang: ORIGINAL Kluang RailCoffee di Stesen KTM Kluang...

Sabtu lepas balik Kluang, akhirnya kami berkesempatan singgah makan di KLUANG RAILCOFFEE yang original. Hihi... Kenapa Fai cakap original, sebab Kluang Railcoffee inilah yang PERTAMA sebelum adanya cawangan-cawangan lain. Kluang Railcoffee ini terletak betul-betul di Stesen Keretapi Kluang. Biasanya memang penuhhhhh. Kalau nak makan kat sana kena beratur. Tunggu orang habis makan, lepas tu kena lah cepat-cepat "chop" tempat. Hihi... Rezeki kami hari tu, kebetulan ada datu meja kosong. Fai tak sempat nak snap gambar sebab Adam tengah bad mood nak tidur. Gambar-gambar bawah ni semua ihsan dari google...









Tengok tu, ramaiiii kan.. Setiap masa memang penuh macam ni lah. Hihi.. Yang paling femes kt sini mestilah kopinya. Bagi penggemar kopi, korang memang wajibbbbb ke sini. 





Fai pula suka roti bakar kat sini. Memang sedappp. Roti bulat yang dibakar dengan menggunakan arang. Nampak tak butter kat tengah roti tu? Butter ni sebenarnya dah disejukkan terlebih dahulu, kemudian baru diletakkan di atas roti yang dah dibakar dan disapu dengan kaya. Bila kita gigit roti tu, terasa kelemakan butter tersebut bercampur dengan kaya. Butter tu akan mencair di dalam mulut semasa kita mengunyah roti. Memang sedapppp, lebih-lebih lagi dimakan panas-panas... Fai kalau ke sini, 2-3 set roti bakar untuk Fai sorang je. Hihi...





Waktu operasi Kluang Railcoffee di Stesen Keretapi Kluang







Adam boring tunggu lama sangat, nanny bawa Adam jalan-jalan kat kawasan KTM Kluang. 
Nak pula dia posing... Layannnn... Hihihi... 







FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

1 comment:

Liyana said...

kat sendayan ada 1 railway ni.. mmg terbaik food nye :)

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015