Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Thursday, September 3, 2015

10 MITOS dan FAKTA tentang kesuburan yang anda perlu tahu

Bagi pasangan yang baru berkahwin, anda mesti pernah dengar beberapa kenyataan tentang kesuburan dan anda merasakan kenyataan tersebut adalah BENAR (fakta)... Hati-hati ye... Anda perlu tahu kenyataan tersebut adalah Fakta atau Mitos tentang kesuburan untuk membantu anda cepat mendapatkan zuriat. Jom kita tengok apakah 10 fakta dan mitos yang biasa kita dengar tentang kesuburan. 




1. Mitos: Jika lelaki berejakulasi itu petanda mereka subur.

Kebenaran: Lelaki mungkin mempunyai jumlah kuantiti sperma yang rendah, kadar motilitas (pergerakan) sperma yang rendah atau sperma yang berkualiti rendah TETAPI masih boleh berejakulasi . Dalam beberapa kes, air mani mungkin tidak mengandungi sperma sama sekali! Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam air mani lelaki adalah melalui analisis makmal.


2. Mitos: Isu tentang kesuburan lebih cenderung kepada wanita berbanding lelaki.

Fakta Kebenaran: Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina sama lelaki atau wanita. Statistik jelas menunjukkan, faktor lelaki dan perempuan menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama iaitu kira-kira satu pertiga. Baki satu pertiga lagi adalah sama ada gabungan kedua-duanya atau atas sebab-seban yang tidak dapat dijelaskan.


3. Mitos: Pasangan mempunyai masa untuk terus mencuba sehingga usia mencecah 40 tahun.

Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kadar kejayaan rawatan kemandulan serta kebolehan semulajadi anda untuk hamil. Kesuburan merosot secara drastik apabila usia anda melepasi 35 tahun. Pada usia 40 tahun, wanita yang sihat mempunyai peluang kira-kira 5 peratus untuk hamil dalam bulan berlakunya hubungan intim tersebut. Namun adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya selepas 12 bulan mencuba masih belum menampakkan hasil. Manakala bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas disyorkan berjumpa doktor selepas 6 bulan jika masih belum hamil.


4. Mitos: Kami tidak mempunyai sebarang masalah kerana kami kedua-dua muda dan sihat.

Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kesuburan tetapi ia bukanlah satu jaminan bahawa anda dan pasangan tidak mempunyai masalah kesuburan. Hanya kerana anda masih muda dan sihat tidak bermakna anda adalah sangat subur. Jika anda di bawah umur 35 dan telah cuba untuk hamil selama setahun tanpa masih gagal, eloklah anda mengatur temujanji berjumpa pakar.


5. Mitos: Wanita akan melalui rawatan kesuburan berakhir dengan kembar atau kembar tiga.

Kebenaran: Majoriti wanita yang berjaya dengan rawatan kesuburan akan mempunyai seorang anak tunggal. Rawatan untuk ketidaksuburan akan meningkatkan risiko kehamilan berganda lebih tinggi daripada biasa namun ianya dapat dikurangkan. Statistik terkini menunjukkan, rata-rata 21 peratus daripada kehamilan melalui kaedah IVF dan ICSI adalah kembar dan hanya 1 peratus adalah triplets.Ini adalah disebabkan oleh amalan ini akan memindahkan beberapa embrio ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang untuk berjaya. Berbincang dengan doktor anda untuk cara-cara mengurangkan risiko kehamilan berganda.





6. Mitos: Mudah hamil bagi bayi pertama, justeru tidak mungkin bermasalah dengan yang kedua.

Kebenaran : Anda ada sebab untuk optimis . Namun mungkin juga banyak perkara yang telah berubah sejak dari kehamilan terakhir itu . Sesetengah pasangan didiagnosis dengan kemandulan sekunder (secondary infertility) , yang boleh berlaku walaupun berjaya hamil dan melahirkan anak sebelum ini.


7. Mitos: Rawatan kesuburan rawatan adalah bertentangan dengan lumrah alam.

Kebenaran: Perkara yang paling sempurna bagi seorang wanita adalah untuk hamil dan menimang cahayamata. Ini adalah perkara semulajadi dalam proses semulajadi kehidupan untuk manusia. Rawatan kesuburan adalah satu usaha untuk mengatasi segala halangan yang menyebabkan berlakunya masalah untuk hamil. Kemudiannya dapat hamil secara semulajadi seperti wanita lain mengikut lumrah semulajadi,


8. Mitos : Pasangan yang sering hamil apabila mereka mengambil anak angkat .

Kebenaran: Tidak ada bukti bahawa kehamilan dan pengambilan anak angkat mempunyai salingkaitan. Jarang kita mendengar tentang mereka pasangan yang mengambil anak angkat akan mudah untuk hamil.


9. Mitos: Kedua-dua pasangan lelaki dan wanita perlu orgasme untuk hamil.

Kebenaran : Sudah tentu untuk berejakulasi, lelaki mesti mencapai kemuncak syahwat. Tetapi, wanita tidak semestinya perlu mengalami kemuncak orgasme untuk hamil. Beberapa kajian menunjukkan orgasme wanita boleh membantu sperma di sepanjang saluran pembiakan. Namun, kaum wanita tidak semestinya perlu orgasme untuk hamil.





10. Mitos: Kekerapan berhubungan seks akan mencerahkan peluang untuk hamil.

Kebenaran: Hubungan seks yang kerap (setiap 1 hingga 2 hari ) menghasilkan kadar kehamilan paling tinggi, tetapi keputusan yang dicapai dengan hubungan kurang kerap ( 2-3 kali seminggu) juga sebenarnya hampir sama. Sebenarnya, pasangan perlu mengetahui bila masa yang terbaik untuk hamil dengan memastikan tempoh “tetingkap subur” iaitu, dalam sela masa 6 hari yang berakhir pada hari ovulasi.Gunakan kalkulator ovulasi untuk membantu menentukan puncak kesuburan anda.




Kesimpulannya, anda perlu bijak membezakan yang mana satu mitos dan fakta untuk mempertingkatkan peluang bagi menimang cahayamata. Usahakanlah tanpa rasa jemu kerana setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan. 

Anda juga boleh hubungi Fai untuk mendapatkan konsultasi secara percuma tentang vitamin yang sesuai untuk membantu dalam masalah kesuburan. I'm more than willing yo help...






FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com






Read more
http://www.celikvitamin.com/blog/10-mitos-tentang-kesuburan-yang-perlu-anda-tahu/

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015