Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, September 21, 2015

Jadilah seperti LEBAH, jauhi labah-labah

Mungkin Fai agak terlambat sebab baru nak follow Page Warga Prihatin ni. Bagi Fai, kesemua penulisan di page ini dapat memberikan makna dan kesan yang sangat mendalam kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Antara penulisan yang terkesan di hati Fai adalah tentang entri ini JADILAH SEPERTI LEBAH, JAUHI LABAH-LABAH... 

Jom kita sama-sama hayatinya...

Al-Quran dijadikan sebagai petujuk kepada umat manusia tentang kebenaran dan kebatilan. Ia juga terkandung bukti supaya dapat kita membezakan baik dan buruknya. Kita diciptakan oleh Allah untuk mengikut petunjuk yang diberikan dalam Al-Quran. Jika kita tidak membaca Al-Quran bagaimana hendak mengetahui petunjuk dan bukti yang diberi? Bagaimana pula kita hendak membezakan yang haq dan batil?

Dah jumpa dimana letaknya naskah terjemahan Al-Quran anda saat ini? Atau anda belum beli lagi? Belum install lagi dalam komputer dan smartfone anda? Memory dah penuh dengan lagu?

Tuhan tidak menciptakan manusia dengan sia-sia. Ada fungsi dan tugas kita sebagai hamba. Jika kita masih bermegah di atas dunia, nyatalah kita masih belum mengaku diri sebagai hamba. Tugas hamba adalah patuh kepada tuannya. Jika tidak patuh maka murkalah tuan punya hamba. 

Fungsi kita di dunia ini sudah terbalik. Kita lupa siapa Allah sebagai PENGATUR. Kita terjerat, menjadi mangsa sistem hidup dan ekonomi aturan YAHUDI. Itulah cara labah-labah. Ia meletakkan sarangnya seluruh dunia. Kitalah mangsanya yang terperangkap tanpa mampu berbuat apa-apa. Rupa kita masih sama, tapi dalaman kita sudah rompong disedut mereka.

Kita hanya membuta tuli mengikut aturan mereka, HAMBA kepada sistem mereka. Kita bekerja dan hidup 24 jam dengan agenda pembodohan manusia untuk sujud patuh pada HARTA, WANITA dan PANGKAT DUNIA. Kita langsung menjauhi nilai Islam yang sebenar. Hilang agama, hilang JEMAAH, malah pohon tauhid kita langsung ditebas, diracun akarnya supaya kita hilang arah mencari diri kenapa dan bagaimana kita harus jadi MUSLIM! 




APA CIRI LEBAH?

Lebah, hanyalah serangga. Besar manalah sangat saiz seekor lebah, jika hendak dibandingkan dengan kita manusia, yang Allah telah lantik untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Hebatnya serangga kecil ini kerana cara hidup berjemaah. JEMAAH LEBAH ini taat pada POHON DAN RUMAH yang SATU. Di situlah tempat bergantungnya SARANG mereka yang SATU. POHON yang terpilih itu pula pohon yang baik; akarnya teguh, cabangnya melangit. Dahan yang dipilih pula jauh dari gangguan. Pokok itulah sistem tauhid Allah yang punya maruah yang tinggi, berdiri dengan sendirinya dan memberi manfaat, merahmati alam semesta. 

Allah sendiri menceritakan perihal lebah dalam Al-Quran (Surah 16; An-Nahl). Adakah Allah menceritakan perihal lebah untuk suka-suka, sekadar untuk kita menghayati keindahan seekor lebah? Sekadar mahu khabarkan yang Allah berkuasa mencipta lebah? Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu dan menceritakannya dengan sia-sia. Setiap yang diceritakan di dalam Al-Quran ada pengajaran, ada manfaat bagi mereka yang sudi mendengar, melihat dan berfikir.

Al-Baqarah :2, “Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; PETUNJUK bagi mereka yang bertaqwa”.
Al-Baqarah :5 “Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.

Maha Bijaksana Allah, dijadikan seekor lebah sebagai perumpamaan. Tidak Allah jadikan sesuatu yang ghaib, yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita sebagai petunjuk, panduan dan pengajaran bagi kita. Segala yang Allah jadikan petunjuk itu wujud dan ada di sekeliling kita. Beruntunglah mereka-mereka yang mencari dan mendapat petunjuk dari Allah.

Carilah yang baik-baik seperti lebah untuk merahmatkan alam, memilih nektus yang terbaik. Lebah sedut madu dari pelbagai bunga, dikumpul jadi makanan dan ubat terbaik untuk manusia. Bunga tidak layu, bahkan lebah membantu pendebungaan. Tidak seperti habit labah-labah yang memangsa bersendirian. Tidak banyak bergerak, hanya dengan memerangkap mangsa saja. Mangsa yang terperangkap akan disedut isinya, meninggalkan rupa saja. 


KAITAN LEBAH DENGAN UMMAT MANUSIA

Dajjal itu berupa-rupa. “Jika datangnya selepas aku tiada, maka setiap diri harus jaga diri masing-masing” nabi kata. Jika Dajjal merosak fahaman, maka lawannya ialan Nur Muhammad, cahaya ilmu dari Nur Allah. Hari ini rasanya sudah lebih 73 ajaran sesat diseluruh dunia. Ironinya, Dajal-Dajjal yang nak menyesatkan kita juga pakai quran. Orang yang kurang berfikir akan bertanya, bagaimana hendak pilih 1 YANG HAK DARI 73? Ramai juga yang takut tersalah pilih? Janganlah bila takut, terus langsung kita tidak memilih dan berusaha. 

Gunakanlah akal untuk berfikir. Allah telah memudahkan Al-Quran sebagai pelajaran. Allah tanya berulang kali dan ditanya lagi, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan? (54 Al-Qamar: ayat 17,22,32,40). Tentu Allah tahu kita tidak mahu ambil pelajaran kerana itu Allah ulang pertanyaan itu berkali kali.

Jika kita masih terkapai-kapai dengan soalan-soalan berkaitan ketuhanan, maka hendaklah kita MENCARI seperti jemaah lebah. Tuhan kurniakan akal untuk kita fikir dan fizikal badan untuk digerakkan dalam usaha MENCARI kebenaran. Ikut proses lebah dalam mencari makanan yang terbaik untuk dibawa pulang ke sarang dengan memilih nektus yang terbaik. Kata kunci disini adalah CARI, PILIH YANG TERBAIK DAN KONGSIKAN. 

Setelah dikumpulkan maka terhasillah satu sarang yang penuh dengan nectar terbaik dari ladang. Begitu juga kehidupan manusia di dalam proses mencari tadi, kita perlu berjemaah yang membawa kepada kesatuan dan bukannya perpecahan. Masing-masing mencari dan bawa kepada jemaah untuk disucikan, dirumus dan laksanakan bersama bagi mendapat kemanisan ilmunya. Itulah sunnah iqra’ dan aqimuddin secara berjemaah. Barulah ia dapat menyembuhkan pelbagai penyakit akhlak di kalangan masyarakat yang kini asyik bersengketa.

Di dalam surah An-Nahl Allah perintahkan kita untuk memerhati tingkah-laku lebah sebagai zikir atau nasihat kepada kita. Di dalam sarangnya ada struktur organisasi yg tersusun dan teratur, ada satu pemimpin dan ada pekerja-pekerjanya yang memainkan peranan masing-masing. Sebahagian lagi ditugaskan untuk mencari madu di luar. Perumpamaan yang Allah hadirkan kepada kita di dalam al-Quran bukanlah untuk dijadikan permainan ataupun senda gurau. Ia memiliki fungsi yg saling terkait untuk satu sama lain. 

Seperti mana dalam firman Allah dalam surah Al-Imran 3:191 bahawa “… tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..”. Maka hendaklah kita bertafakkur dan bertadabbur dengan ayat-ayat Allah ini.





PERANAN UMMAT ISLAM

Cuba kita kaitkan gerak-kerja lebah dan sistem organisasinya dengan ummat Islam hari ini. Apakah kita memainkan peranan kita sebagai seorang insan yg bergelar muslim yakni berserah diri menunaikan tanggungjawab kita dalam menyeru manusia kepada Allah? Lihat sahaja kehidupan ummat dan dunia Islam hari ini. Bagaimana keadaannya? Kita yakin bahawa kita bukan di tampuk yang atas, bahkan kita telah lama tenggelam sedalam-dalamnya. 

Apabila kita melihat saudara seagama kita ditindas apakah reaksi kita? Apakah kita memainkan peranan seperti lebah? Bila sarangnya di serang, sekumpulan lebah akan menyerang kembali. Kita? Bukan kata saudara seIslam, nasib keluarga sendiri pun belum tentu terbela lagi.

Lihat contoh menentukan awal puasa. Kita adalah ummat yang satu, anak bulan yang satu. Kita berpuasa dengan melihat anak bulan yang sama. Itulah satu perintah global yang Allah tunjukkan kepada kita bahawa di mana pun seorang muslim itu berada , petunjuknya hanya satu. Allah mendatangkan al-quran sebagai mukjizat untuk ummat Muhammad. Maka gunakanlah ia sebaik mungkin sebagai syafaat di dunia lagi, bukan sahaja di dalam kubur. Bacalah ia sebagai panduan ketika hidup, bukan DIBACAKAN sewaktu mati nanti !

Nabi Muhammad sentiasa mengenangkan ummatnya yang hidup jauh dari zaman baginda. Bagaimana kita yang masih hidup sihat dan waras ini mengingati dan membalas jasa perjuangan baginda? Apakah sumbangan kita pada agama dalam menghidupkan Islam hatta di dalam rumah sendiri? Di dalam batang tubuh sendiri??

Kesatuan kita amat rapuh kerana berjayanya agenda Yahudi memecah dan perintah jiwa kita yang telah mengikut saja dengan rela dan redha. Kita tidur lena tanpa pakaian agama – bogel tanpa ilmu dan panduan. Masih belum cukup malukah kita bila aurat agama dilondehkan dengan segala penyakit jiwa yang membenihkan jenayah dalam agama. Belum lagi dikupaskan isu-isu fanatisme dan membawa agama sebagai habuan dunia, meraih kekayaan dan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah untuk kesenangan peribadi.

Inilah antara punca-punca Islam itu dipandang sepi dari satu harakah memerintah dunia dengan ADIL dan memandu manusia kepada rahmat seluruh alam. LEBAH yang sepatutnya bersatu sudah kematian RATU. Itulah situasinya sejak sistem Khalifah Islam sedunia yang ditetapkan Allah itu dimansuhkan pada 1924. Hidup kita seperti bangkai yang menagih nyawa – itulah yang Yahudi jenamakan kita! Sewenang-wenang mereka katakan dengan angkuh yang kita Muslim ini sudah macam BANGKAI semata-mata.

Kocak fikir
WARGA PRIHATIN



Banyakkk lagi perkongsian menarik di page Warga Prihatin.. 
Ada masa Fai akan share lagi di sini...






Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015