Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Saturday, September 12, 2015

Resepi Cheesekut Paling Simple

Semalam tekak ni tiba-tiba pula teringin samgat nak makan CHEESEKUT. Apa lagi, Fai pun google lah resepi. Senanggg je rupanya nak buat cheesekut ni. Meh tengok apa bahan-bahannya, kot-kot korang pulak teringin nak makan cheesekut lepas ni. Hihi...


Bahan-bahan yang diperlukan :

Cream cheese Philadelphia (250g)
1/2 tin susu pekat manis
biskut hup seng crackers
Milo dan nestum
Susu segar dutch lady Fullcream (untuk celup biskut)


Cara penyediaan :

pukul cream cheese 1/2 tin susu pekat (boleh kurang atau lebihkan jika suka manis) saai BERKILAT. 

masukkan 3 sudu makan susu segar (agak2 jangan banyak sangat takut creamcheese tercair)

putar bahan hingga sebati.

ambil biskut dan celupkan ke dalam susu segar (jangan terlalu lembik sangat)

susunkan biskut ke dalam loyang/bekas kecil (tak perlu patahkan).



Gambar ihsan google


sapukan cream cheese yang dipukul tadi ke atas susunan biskut dalam loyang dan taburkan nestum.

ulang semula step yang sama, celup biskut, susun dalam loyang, sapu cream cheese dan taburkan dengan milo pula.
(Fai dapat buat 3 lapisan je, jadi cuma lapisan tengah je yang ada nestum. Lapisan paling bawah dengan lapisan atas Fai gabur milo)

bila dah siap susun, lebihkan cream cheese dan nestum di bahagian topping atas.

sejukkan dalam peti ais.



Tuan Punya Resepi: KLIK SINI 






Inilah rupa cheesekut yang Fai buat semalam. Memang sedappp... Lepas ni nak buat dalam bekas kecil-kecil pula..








SELAMAT MENCUBA!








Fai Nardir
I'm more than willing to help

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015