Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, October 28, 2015

7 khasiat ketam yang korang perlu tahu

Sebenarnya dari hari Isnin malam Fai teringin nak makan ketam. Carinkat Kipmart Masai, ada pun jual. Sekilo RM12..  Petang semalam gigih la masak lemak ketam. Fai masak lemask ketam ikut cara arwah mama. Masak lemak ketam cuma guna santan dengan kunyit je. Perah santan 2 kali, masukkan ketam dengan sedikit kunyit untuk warna nampak kekuningan. Nak lagi sedap guna kunyit hidup. Lepas tu tambah garam sikit. Dah siap... Fai kalau beli ketam, suka pilih ketam betina... Suka makan telurnya... Sedappp... Hihi..






Korang tau tak, ketam banyakkk tau khasiatnya... 
Antara khasiat ketam:


❤️ Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam))

❤️ Ketam di percayai boleh merawat denggi

❤️ Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya

❤️ Ketam mengandungi lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat

❤️ Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.

❤️ Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.

❤️ Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.





Fai sejak kahwin baru lah pandai makan telur ketam.. Memang macam orang jakun, hihihi. Tapi ketam ni memang sedappp kan? 😊







Fai Nardir
I'm more than willing to help



No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015