Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Monday, October 12, 2015

Semoga tahun baru Hijrah kali ini memberi 1001 makna untuk kita semua. Salam 1437H...

Dua hari lagi, semua Umat Islam akan masuk ke Tahun Baru Hijrah.... Tapi sayangnya tahun baru hijrah ini sering kali diabaikan sambutannya oleh masyarakat hari ini. Sedarkah kita, dengan rahmatNya lah kita diberi kesempatan untuk berada di muka bumi di tahun baru Hijrah ini dalam keadaanya yang SIHAT sejahtera DISAMPING seluruh ahli keluarga dan ORANG-ORANG YANG KITA SAYANGI. Jangan lupa sebagai insan yang amat lemah, sudah pasti kita banyak melakukan kesalahan atau perbuatan yang tidak disukai oleh Allah disepanjang tahun Hijrah. Oleh itu, sempena kemunculan tahun hijrah yang baru sama-samalah kita menginsafi diri dan memohon keampunan kepada Allah semoga tahun Hijrah yang bakal ditinggalkan dan tahun hijrah yang baru, kita semua akan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Berikut adalah doa akhir tahun dan awal tahun hijrah untuk kita sama-sama membacanya. (Peringatan untuk diri sendiri juga yang seringkali terleka)


Doa Akhir Tahun Hijrah
Dibaca pada 30hb Zulhijjah, Yakni sebelum masuk 1 Muharam





“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah Tuhan Pemerintah Alam, Rahmat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, Ya Allah apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya da Engkau tidak meredainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi daku sedang Engkau berkuasa menyeksa akan daku, dan Engkau memerintahkan daku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadap Mu, maka aku memohon keampunan kepada-Mu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripada-Mu. Ya Allah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah daripadaku, janganlh Engkau putuskan harapanku terhadap-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Allah telah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya”




Doa Awal Tahun Hijrah
Dibaca selepas Maghrib, 30hb Zulhijjah





“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan Pemerintah sekelian alam. Allah menurunkan rahmat dan kesejahteraan-Nya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarga dan sahabat handainya sekalian.
Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaan-Mu yang besar, kemurahan-Mu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepada-Mu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan. Dan menolong daku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepada-Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah telah menurunkan rahmat dah kesejahteraanNYa ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam. Amin.”




Sumber Terjemahan Doa : Buku Indahnya Hidup Bersyariat, karangan Dato’ Ismail Kamus







Fai Nardir
I'm more than willing to help

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015