Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Friday, January 22, 2016

Vivix Shaklee Mahal..??

Vivix RM475 sebotol Mahal..??

Tak dinafikan memang mahal, TETAPI setanding khasiatnya. Kita beli kereta Viva, takkan nak kualiti macam kereta BMW ye tak? :-)

Naik Viva dari JB ke KL, tak sama dengan naik BMW dari JB ke KL. Mestilah jauh lebih selesa naik BMW beranding Viva. Tak sakit badan, kereta lebih besar, tak penat nak drive. Macam tu lah ibaratnya VIVIX ni. Vivix akan beri kesan yang sangat CEPAT terutamanya untuk pengidap penyakit kronik, seawal 2 minggu dah boleh nampak kesan POSITIF... 


Mahal ke VIVIX jika nak dibandingkan dgn tangisan melihat kaki insan tersayang dipotong??

Mahal ke VIVIX jika nak dibandingkan keperitan melihat insan tersayang menderita kanser??

Mahal ke VIVIX jika nak dibandingkan kesayuan melihat insan tersayang terlantar strok??







Jom anak-anak...
Kalau tak mampu, kita share duit adik beradik..belikan VIVIX utk mak ayah..

Sahabat Fai beritahu, beliau ada beberapa orang customer tetap yang setiap bulan akan belikan VIVIX untuk mak ayah diorg. Ada antara mereka cuma berkereta kancil je... Bila sahabat Fai tanya "tak rasa beban ke beli tiap2 bulan beli vivix"...

Jawapan dia... "Selagi mereka ada....kalau dah takde...duit beratus utk beli VIVIX tu takde erti dah..."


Sesunguhnya kesihatan itu Mahal harganya,  ia tidak boleh diganti dengan wang ringgit...







FAI NARDIR
nnurfairuz@gmail.com

Tuesday, January 19, 2016

Ikhtiar merawat diabetes dengan Vivix Shaklee.. Alhamdulillah nampak perubahan positif..

Ikhtiar merawat diabetes dengan Vivix Shaklee.. Alhamdulillah nampak perubahan Positif selepas 2 minggu...


Dari bacaan 19, turun mendadak ke paras 7.9... Alhamdulillaj



Luka pesakit diabetes bertambah baik selepas konsisten selama 3 minggu...


Hari ke-11 minum Vivix, abah yang kena Stroke dan Diabetes dah boleh bangun.. Alhamdulillah..



TERBUKTI..!!!

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit-penyakit serius, antaranya :

• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh



10 KEBAIKAN VIVIX!

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.





Di kala usia semakin meningkat, terutamanya untuk warga tua.. pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU VIVIX sahaja sehari dan ianya mampu merawat masalah diabetes, stroke, kolesterol, buah pinggang, jantung... InshaaAllah dengan IzinNya...

Berikan yang terbaik kepada insan tersayang..

Sesunguhnya melihat kedua orang tua sihat di depan mata kita adalah nikmat yang paling indah yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit...
Setuju tak..??







Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com



Monday, January 18, 2016

Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX Baca habis untuk testimoni best ini!

Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX
Baca habis untuk testimoni best ini!
-----------------------------------------------

Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout.

Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama. Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout. Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebakan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau. Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya.

Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata. “Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.” Jawap saya - InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah - jawab saya.

Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM400+. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni.

Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah. Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.

Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015. Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang.

Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri. Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.

Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya. “Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.

Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.





Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.

Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.

FB: Hawatif Ali

----------------


Dengan izin Allah, asbab sebotol Vivix mampu mengubah kehidupan mak cik ini.. 

Dari terlantar akibat menderita sakit buah pinggang, makcik ni boleh duduk, berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anak... 

Subhanallah..

Kesihatan itu sangat mahal nilainya..
Berilah yang terbaik kepada kedua ibu bapa kita..
Melihat mereka sihat adalah sesuatu yang amat2 berharga untuk kita sebagai anak... ❤️







I'm more than willing to help,
Fai Nardir
#ShakleePasirGudang

5 tahun bersama...

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di A’rash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya




Harta dunia akhirat






Ya Allah sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan ini sebagai ibadah kepadaMu serta bukti cinta kami kepada RasulMu..
.
.
❤️ 7 Rabiulakhir 1432H - 7 Rabiulakhir 1437H ❤️

Abang, terima kasih atas segala susah senang, pahit manis selama 5 tahun ini... 

Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga di Taman Syurga... Aamiiiiiin...







FAI NARDIR
Email: nnurfairuz@gmail.com

Friday, January 15, 2016

Petua Redakan Gatal Tekak

Sebenarnya dari semalam lagi tekak dah mula rasa tak sedap. Macam nak batuk.. Fai cuma tambahkan dos Vitamin C je. Malam sebelum tidur telan OmegaGuard. Nampaknya pagi ni masih tak kurang jugak. Nampak gayanya Fai kena makan GARLIC COMPLEX juga baru reda rasa gatal tekak ni. Tapi Garlic dah habis pula tu. Nak tunggu husband balik keje petang nanti macam dah tak tahan, tekak semakin rasa gatal merenyam... asyik nak batuk je. Tiba-tiba teringat pula petua yang ibu Fai pernah buat dulu.. Iaitu sapukan kapur bersama dengan limau nipis.





Kebetulan memang ada limau nipis kat rumah ni. Apa lagi, Fai pun ambil sebiji dan belah dua. Kemudia sapukan dengan kapur masak. Limau yang dah diletakkan dengan kapur tadi, disapu kat kawasan leher di mana tekak rasa gatal sambil selawat.

Alhamdulillah, reda rasa gatal tekak ni.. Takde lah asyik nak terbatuk-batuk je. Lebih-lebih kagi sekarang ni dah nak masuk 7 bulan. Seksa rasanya bila kena batuk macam ni. Petua ni untuk sementara boleh la guna, tapi ubat tetap kena makan ya.

Waktu macam sekarang ni, Fai memang tak berani nak makan ubat batuk.. Takut efek kat baby... Fai lebih yakin untuk ambil supplement. Apa yang Fai ambil untuk kurangkan rasa gatal tekak dan batuk:

Garlic Complex - 4biji
Vitamin C - 6biji
OmegaGuard - 3biji


Fai memang ambil high dose vitamin-vitamin ni.. Alhamdulillah, biasanya lepas 3-4 hari konsisten makan ikut dose ni... batuk dan gatal tekak tu berkurang. Bila dah ok dan kurang rasa gatal tekak tu, Fai ambil ikut dose normal. Tak perlu makan ubat πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š








FAI NARDIR
Email: nnurfairuz@gmail.com


Thursday, January 14, 2016

Musim demam kanak-kanak. Sediakan "perisai" di rumah...

Selasa petang, bangun tidur je Fai mula rasa badan Adam hangat. Mulanya ingat sebab panas biasa je. Lepas maghrib makin panas pula. Tapi si Adamnya pula lincah macam biasa, tak nampak macam budak yang tengah demam pun. Nak check suhu, thermometer dah rosak dibuat main Adam. Masa makan malam, Adam tak nak makan. Dia cakap tak sedap. Biasanya feveret dia makan ikan siakap kukus. Kemudia dia mengadu sakit kepala. Fai mula tak sedap hati, ajak husband ke klinik. 

Sampai klinik, Adam dah mula flat. Baring terlentok je. Allahu... Fai dah mula risau. Bila doktor check suhu, memang tinggi.!! 39.5... Terus disuruh nurse masukkan ubat ikut dubur. Bawa Adam makan askrim McD sebab dari tadi dia tak nak makan langsung. Sampai rumah masakkan bubur dengan ikan bilis. Banyak juga Adam makan. Malam tu Fai tuam kepala Adam dengan air campuran Basic H (first aid zaman moden)... Pukul 3.30 pagi terasa badannya mula nak panas balik. Kejutkan husband untuk bagi Adam ubat. Lepas makan ubat baru Adam tidur lena...


Budak demam tengah tidur



Lewat dia bangun semalam, pukul 11.30 baru bangun. Alhamdulillah suhu dah kembali NORMAL. Lepas makan bubur, bagi Adam minum PERFORMANCE DRINK. Performance Drink ni bagus untuk seimbangkan bendalir dalam badan. Membantu dalam mengurangkan "panas dalam" anak yang sedang demam. 

Dalam pukul 2, Adam request MEALSHAKE. Bagi dia makan 2 sudu besar Mealshake. High dose daripada biasa supaya Adam cepat recover dari demamnya.. Mealshake ni memang bagus untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan, kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak.

Kemudian Fai bagi pula multivitamin untuk kanak-kanak kat Adam, VITALEA FOR CHILDREN. Fai bagi high dose, 3 biji kat Adam.. Vitalea ni Adam makan macam kunyah gula-gula je. Dia lagi suka kalau ibunya bagi banyak. Hihi... Setiap tablet Vitalea ni mengandungi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Kalsium dan sebagainya untuk tumbesaran, minda yang cerdas dan badan yang cergas.

Multivitamin kanak-kanak - Vitalea For Children



Alhamdulillah, malam tadi Adam tidur lena. Cuma sekali je makan ubat, lepas tu dah tak makan ubat lagi. Dia lagi relaaa makan vitamin daripada makan ubat. Bila ditanya nak makan ubat ke tak, Adam akan jawab "tak sedap, nanti Adam muntah"... Hihihi.. 

Musim demam ni, memang perlu standby vitamin-vitamin ni kat rumah.. At least, sebotol Basic H mesti ada.. Sebab Basic H ni mampu untuk menurunkan suhu anak yang tengah demam panas. Sementara menunggu nak ke klinik tu, boleh la tuam kepala anak dengan Basic H dulu...







Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Bellpalsy, kelemahan sebelah otot muka.. Rawatan alternatif bellpalsy menggunakan vitamin...

Fai pun baru PERTAMA KALI dengar tentang bellpalsy ni, iaitu KELEMAHAN SEBELAH OTOT MUKA... Rupanya ramaiii yang pernah mengidap bellpalsy ni. Allahu, berat mata memandang berat lagi bahu yang menyandang. Sesiapa yang pernah mengidap bellpalsy ni, anda memang seorang insan yang sangat tabah. Fai sangat kagum dengan semangat korang... Jom baca sharing dari rakan Shaklee Fai, Faiza Suhada... beliau mengidap bellpalsy ni pada Oktober 2015... Alhamdulillah kini telah pulih sepenuhnya...



Assalammualaikum


Sekadar berkongsi experience yg diberikan.. saya tahu ramai yg sedang fight.. keep fighting and be strong... yakin korang bole kembali normal semula.. lambat atau cepat..



1.jumpa DR pakar untuk lebih detail
2.fisioterapi
3.amalkan makanan yang sihat dan ambil makanan tambahan serta gaya hidup sihat
Saya ambik shaklee sbg ikhtiar
4.tawakal kepada Allah



Sabar ye sahabat



Xoxo
Faiza










Alhamdulillah beliau kini telah pulih sepenuhnya... Beliau mencuba sendiri rawatan alternative menggunakan supplement Shaklee iaitu:

Special Dose Vivix
Omega Guard
B Complex
Vitamin E




Pertanyaan lanjut mengenai supplement yang beliau ambil untuk merawat bellpalsy yang pernah dihidapinya.. Jangan segan-segan hubungi Fai... I'm more than willing to help







Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Wednesday, January 13, 2016

Si kecil cili api. Zinc Complex Shaklee supplement Shaklee yang paling murahhh, tetapi manfaatnya sangat PENTING dalam sistem tubuh badan kita.

Si kecil cili api. Zinc Complex Shaklee supplement Shaklee yang paling murahhh, tetapi manfaatnya sangat PENTING dalam sistem tubuh badan kita. Salah satunya, ia MENGAKTIFKAN 200 JENIS ENZIM DALAM BADAN. 

Zinc Complex Shakle dirumus khas dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.





Jom kita tengok 11 manfaat Zinc kepada badan kita..


1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.


2. Membentuk Kolagen
Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.


3. Memperbaiki Diabeties
Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.


4. Bintik Putih di Kuku
Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.


5. Mempertingkatkan Sistem Imun
Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.


6. Mempercepatkan Pemulihan Luka
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.


7. Memperbaiki masalah Prostat
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.


8. Kemampuan Seks Lelaki
Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.


9. Ovulasi Wanita
Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.


10. Memperbaiki Radang Kulit
Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.


11. Mengekalkan Deria Bau
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).


Ihsan google :-)



ZINC COMPLEX SHAKLEE, 120 biji, RM33.75

Terbaik Januari, beli 3 botol Zinc Complex PERCUMA sebotol Zinc Complex






FAI NARDIR
Email: nnurfairuz@gmail.com

Pertama kali makan Udang Lipan...

Nak share dengan korang tempat Fai selalu pergi beli lauk basah iaitu kat Stulang. Dulu diorang jual kat tepi jalan je, tapi sekarang dah pindah ke bahagian belakang, kawasan parking betul-betul depan trafic light Stulang. Selalu jugak lah kitorang ke sini. Sebulan tu ada lah dalam 2 kali kitorang akan ke sini cari lauk. Sukaaa ke sini sebab ikannya masih FRESHHH... Baru naik dari bot tau, diorang terus jual. Memang tak simpan lama punya. Diorang akan jual ikut hasil tangkapan masing-masing. Ada ikan caru, ikan merah, ikan siakap, udang, sepit ketam, udang geragau, kupang... Banyakkk lagi lah. Tapi tak semuanya ada dalam masa yang sama. Ikut rezeki tangkapan mereka...




Suasana jual beli di Stulang....





Adam memang suka tengok air... 





Korang pernah makan UDANG LIPAN?

Kebetulan masa pergi hari tu ada udang lipan ni. Orang yang jual tu cakap udang ni susah nak jumpa. Fai memang tak pernah makan udang lipan ni. Husband cakap sedap, cubalah beli. Setengah kilo RM10.. Balik rumah, basuh udang bersih-bersih.. terus masak sambal. Sedappp rupanya udang lipan ni. Udang baru, isi pun masih manisss lagi... Puas makan berdua. Hihihi... Minggu depannya kitorang ke sana ingat nak beli lagi udang ni tapi dah takde






Korang selalu beli lauk kat mana?






FAI NARDIR
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Tuesday, January 12, 2016

Set Hamil Paling Lengkap.. 5 sebab kenapa anda perlu dapatkannya...

YES PRENATAL SHAKLEE... Set Hamil Paling Lengkap... 5 sebab kenapa anda perlu dapatkannya:

1. Set LENGKAP sepanjang tempoh kehamilan

2. Majoriti customer berikan FEEDBACK yang sangat POSITIF dengan Set Hamil Shaklee  – rasa lebih energetic, tiada rasa sakit2 pinggang, tiada masalah kaki krem, tiada masalah sembelit, bacaan HB cantik

3. Boleh diteruskan sewaktu pantang – Cuma perlu tambah dengan suplemen zinc complex  dan alfalfa.

4. Set yang berbaloi – sangat sesuai untuk anda yang merancang nak FULLY BREASTFEED BABY

5. Boleh dikongsi bersama dgn suami anda












Yang paling besttttt, bulan ni masih ada PROMOSI untuk Set Healthy Pre Natal ni, iaitu diskaun 5%... 

Korang boleh jimattt sehingga RM30 tau.. 
.
.
Best ke best..??

Sebarang pertanyaan, feel free to pm Fai ya..
.
.
Fai Nardir
#ShakleePasirGudng

Friday, January 8, 2016

Resepi Begedil Paling Senang

Resepi begedil ni Fai dapat dari Fecebook, tapi tak ingat pula apa nama tuan punya facebook tu. Maaf sangattttt.....

Petang semalam cubalah buat. PERTAMA kali ni nak buat begedil. Hihihi.. Alhamdulillah jadi, lembutttt je sebab tak letak tepung. Tapi kalau korang nak keras sikit, boleh la tambah tepung gandum.
Adam pun suka, habis 2 ketul dia makan sorang 😊😊😊 

Bahan-bahan:

Isi ayam (agak sepotong ayam)
Kentang (Fai guna 5 biji yang kecil sebab makan berdua je)
Daun sup
Garam
Telur


Cara-caranya:

1. Ayam tu direbus terlebih dahulu. Dah empuk, toskan dan siat isinya halus-halus.

2. Ketang dibuang kulit, potong bulat dan goreng dalam api yang panas. Agak-agak kentang dah bertukar warna keemasan, angkat dan toskan minyak. Biar sejuk sekejap dalam 5-10 minit kemudian tumbuk hingga lumat.

3. Campurkan isi ayam yang dah disiat dengan kentang yang dah ditumbuk, daun sup dan garam secukup rasa. Dah sebati, buatkan bentuk bulat ikut citarasa korang. Fai buat kecil je, senang sekali ngapp dalam mulut. Hihihi...

4. Panaskan minyak, tunggu dah betul-betul panas baru mula menggoreng. Celupkan begedil tadi dalam telur yang dah dipukul. Tunggu hingga betul-betul garing baru terbalikkan untuk mengelakkan begedil tu hancur.




Senang kan... Cubalah.. Makan panas-panas memang sedappp. Kalau style orang Johor, makan begedil ni dengan sup. Makan dengan mihun sup ke, soto ke.. Hihi...

Selamat mencuba! 






I'm more than willing to help,

FAI NARDIR

Wednesday, January 6, 2016

Promosi Januari 2016

Untuk korang yang tertunggu-tunggu Promosi Januari... tadaaaa...

1. Yes Wellness Pack (Healthy Pos Natal, Healthy Pre Natal, Healthy Young Living, Healthy Fitness)

2. Vitalea for Children, beli 3 dapat 4 botol

3. Zinc Complex, beli 3 dapat 4 botol






Ramaiii yang suka bila Set Yes wellness Pack ni masih diteruskan...


Korang yang nak order, meh pm Fai ye 😊😊😊







Fai Nardir
Email: nnurfairuz@gmail.com





Monday, January 4, 2016

Petua Wean Off... Alhamdulillah akhirnya berhasil juga...

Sekejap je dah 4 Januari kan.. Tak terasa pun masa yang berlalu. Seronok semalam tengok kawan-kawan update facebook tentang anak-anak diorang dah baru mula sekolah. Bermacam ragam... Macam mana lah agaknya si Adam ni nanti bila dah mula sekolah. Hihihi... Lamaaa lagi si Adam tu nak sekolah. Tahun ni Adam baru 3 tahun. Pagi ni Fai nak share petua wean off yang Fai buat kat Adam setelah beberapa petua lain yang Fai buat GAGAL untuk wean off kan Adam... 

Petua ni mak angkat Fai yang bagi. Mak angkat Fai tu bidan. Sebelum ni Fai pun tak pernah dengar petua ni. Yang buat Fai nakkk sangat wean off kan si Adam ni, sebab bila dia menyusu dah semakin sakittt. Lagipun susu dah takde.... Setiap kali dia menyusu tu memang pedihhh. Fai cuba je petua ni sebab dah cuba petua lain tapi semuaaa tak jalan. Dah sapu dengan asam jawa, sapu kapur. Tapi masih nak mengempeng lagi. Tu yang Fai tak tahan... Fai nekad je buat petua yang mak angkat Fai bagi ni. 

Petua ni cuma menggunakan 2 biji telur ayam dengan nasi kepal. Tapi kena buat pada hari Jumaat sahaja, buat selama 3 Jumaat berturut - turut. 


Cara-caranya: 

1. Rebus dua biji telur ayam. Guna telur ayam biasa je.. Buang kulit dan letak di tengah - tengah pinggan. Nasi putih kepal 3 biji, disusun keliling telur.

2. Susunkan macam dalam gambar.




3. Letakkan pinggan tersebut di antara kawasan meja makan dengan dapur masak / kawasan ruang tamu dengan dapur masak. Masa nak letakkan pinggan tu baca Selawat 3 kali,

4. Bila azan Jumaat je, panggil anak tersebut makan. 




Alhamdulillah, lepas 3 Jumaat Fai buat petua ni...Adam dah tak mintak sangat. Mula-mula memang dia masih minta kagi especially nak tido. Tapi bila dia minta je...Fai cepat-cepat alihkan perhatian dia, buatkan air sirap ke.. Buatkan air milo... Genap 2 tahun 4 bulan Adam dah wean off sepenuhnya. Syukurrr... Sekarang nak tidur pun senang, baring je tepuk-tepuk sikit dah tidur. Makan pun makin banyakkk. Alhamdulillah...


Korang yang dah cuba bermacam-macam petua untuk wean off anak tu tapi tak berjaya.. Cubalah petua ni, inshaaAllah berhasil. Kalau ada yang korang tak paham macam mana nak buat, feel free to contact Fai ya. I'm more than willing to help :-)


Sharing is caring.






FAI NARDIR
Email: nnurfairuz@gmail.com




Friday, January 1, 2016

Tahun Baru 2016 semoga lebih bermakna

Dah nak masuk 2 Januari 2016 dah... Tapi masih belum terlambat lagi untuk Fai ucapkan Selamat Tahun Baru kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk singgah di sini. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan Fai... Terima kasih kerana sudi menjadi "silent reader" Cerita Cinta Fai...



Tak Terasa Tahun 2015..
Dah pun menjelang tahun baru 2016..


πŸ‘†Buat Keluarga : 
Kamulah Yang Terpenting Dalam Kehidupan Saya. 😘😘😘

πŸ‘†Buat Kawan-Kawan :
Maaf Ya Kalau Saya Ada Silap & Salah, Tak Disengajakan πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

πŸ‘†Buat Sahabat : 
Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah 😭😭😭

πŸ‘†Buat Yang Tak Sependapat :
Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Dimata Kamu 😭😭😭

πŸ‘†Buat Yang Sayang Pada Saya :
Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan Terlebih lagi.. 😍😍😍

πŸ‘†Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya:
Terima Kasih Kerana kamu Mengajar saya Bagaimana Untuk Terus Bersabar... πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

πŸ‘†Buat Yang Tak Kenal Dengan saya:
Terima Kasih Sebab Setia Save Saya Di Contact kamu... 😁😁😁



Terima Kasih Semua Sebab Ada Dalam Hidup Fai

Yang Menjadikan Tahun 2015 Saya Sebuah Coretan Hidup Yang  Bermakna... 😊😊😊

Sorry And Thanks For Everything...






2015 dalam kenangan....
2016 membawa sejarah baru.....
Semoga segala yang diimpikan akan tertunai.....
Aamiiinnnn







I'm more than willing to help

Fai Nardir,
Email: nnurfairuz@gmail.com






“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015