Pengedar Sah Shaklee di Pasir Gudang, Johor. Mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2011. Terdapat pelbagai supplement yang ditawarkan, antaranya seperti Set Berpantang Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kecantikan Shaklee, Set Awet Muda Shaklee, Set Kesihatan Optimum Shaklee, Set Sendi Shaklee, Set Jantung Sihat Shaklee dan berbagai-bagai lagi mengikut keperluan anda..

Apa jua yang ditawarkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak syarikat. Harap Maklum.

Wednesday, January 13, 2016

Pertama kali makan Udang Lipan...

Nak share dengan korang tempat Fai selalu pergi beli lauk basah iaitu kat Stulang. Dulu diorang jual kat tepi jalan je, tapi sekarang dah pindah ke bahagian belakang, kawasan parking betul-betul depan trafic light Stulang. Selalu jugak lah kitorang ke sini. Sebulan tu ada lah dalam 2 kali kitorang akan ke sini cari lauk. Sukaaa ke sini sebab ikannya masih FRESHHH... Baru naik dari bot tau, diorang terus jual. Memang tak simpan lama punya. Diorang akan jual ikut hasil tangkapan masing-masing. Ada ikan caru, ikan merah, ikan siakap, udang, sepit ketam, udang geragau, kupang... Banyakkk lagi lah. Tapi tak semuanya ada dalam masa yang sama. Ikut rezeki tangkapan mereka...




Suasana jual beli di Stulang....





Adam memang suka tengok air... 





Korang pernah makan UDANG LIPAN?

Kebetulan masa pergi hari tu ada udang lipan ni. Orang yang jual tu cakap udang ni susah nak jumpa. Fai memang tak pernah makan udang lipan ni. Husband cakap sedap, cubalah beli. Setengah kilo RM10.. Balik rumah, basuh udang bersih-bersih.. terus masak sambal. Sedappp rupanya udang lipan ni. Udang baru, isi pun masih manisss lagi... Puas makan berdua. Hihihi... Minggu depannya kitorang ke sana ingat nak beli lagi udang ni tapi dah takde






Korang selalu beli lauk kat mana?






FAI NARDIR
HP: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

No comments:

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tiada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Fathir:2)

Copyright to FAI NARDIR
Designed by UMIESUEstudio 2015